Nov 28, 2011

Public Holiday ~ 2 Muharam 1433 Hijrah

Nama je public holiday..tp aku bukannye cuti pun.... Tgk kat tempat car parker umah aku semua full..nmpk sgt aku sorg je yg keje ari ni. En Husband pun cuti, so dia kena jaga si kecik Rania tu...kebetulan plak pengasuh Rania(aku paggil kak linda) g KL, ada family holiday katanya.

Jalan raya pun x byk kete....mmm..Buat aku ber++++ malas nak g keje. Apsal la company aku keje ni x nak ambik cuti awal muharam ni???? Taula bos cina, tp company lain pun bos cina ambik gak cuti ni....Dsbbkan tahap kemalasan yg melampau, aku pun ajakla En Husband break1st kat kedai mamak sekali dgn antar aku g keje pdhal dah kul 8 a.m dah, mmg time aku sepatutnya dah masuk keje. Sekali sekala(tp sbnrnye slalu masuk lambat)hehehehe....

8.30 a.m br sampai ofis..Fuh, lega..org lain x sampai lg. Cepat2 aku buka pintu, on lampu, air cond & pc... pastu kluar balik g kedai mamak(dekat je dgn ofis aku).Ni kali ke-2 bw Rania break1st kat kedai mamak ni. 1st time bawa Rania, semua org kat situ geram tgk Rania termasukla pelanggan & mamak2 yg keje kat situ. Abis pp ank ibu kena cubit.Mamak yg tngh tebar roti cana pun asik duk tersengih-sengih usha Rania je...(dlm hati aku kata jgn sampai hangus roti canai tu dahle...) Rania pulak asik senyum. ketawa...ber+++la kecomelannye....lagilah org geram tgk dia. Aku & en husband senyum je la(dlm hati banggala jugak sbb dapat ank yg comel & sihat....terima kasih ya Allah).

9.00 a.m br siap makan..En Hisband & Rania terus balik umah. Aku plak trus ler masuk ofis...(bosannyer...)

1 Muharam 1433 Hijrah ~ Ahad, 27hb November 2011

Doa Akhir Tahun (dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar/sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah)

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin..."

Doa awal tahun (dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram)

"Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin..."


Nov 18, 2011

Bila Rania tgk TV

Ni la gayanya si kecik ni tgk TV..apalagi kalau bukan rancangan kesukaan dia Upin & Ipin....


Lagi 1 suka sgt dengar lagu..x kisah lah lagu apa, lagu indon pun layan. hehehe..


Nov 13, 2011

Berhujung minggu di Taman Bunga, Penang

Tgh on the way, lom sampai lagi Rania dah tido plak. tula...tadi kat ruma suruh tido xnak tido, asik nak main je.. org nak jln br nak tido..Parking2 kereta je trus dia terjaga sendiri..nasib baik x nangis..Dah lama x pergi...ranya last pergi 2/3 tahun lps kot...x brp nak igtla. Sampai2 je tgk dah byk perubahan..makin cantik tempat ni. mcm biasa Rania kena naik stroller dia....x larat nak dukung..besar tempat ni..x larat nak jalan.

Geramnyer..dgn pp tue...
Mmmm...Chak!!!

Tempat ni sesuai utk joging..lepak2....nm je taman bunga tp bukannye ada bunga sgt pun...byk pokok2 & rumput2 hijau...rasanya lebih sesuai taman ni di tukar nama taman hijau..hehe(sesuka ati je aku).Lg 1 kat sini byk monyet, so sape2 yg x pernah tgk monyet or suka sgt dgn monyet, boleh la dtg kat sini....& kalau yg nak bw makanan tu, pastikan mknn anda selamat dgn anda sebelum di selamatkan oleh monyet2 kat situ..hehehe. 



Disbbkan pemandanagn kat sini cantik...so, sesuai sgtla kalau nak ambik gambar kat sini. Pengantin nak ambik aoutdoor photoshoot kat sini pun di alu-alukan...mmg cantik. So aku ni yg mmg suka sgt ambik gambar, terutama gambar si kecik Rania tu terusla cr port yg sesuai nak photoshoot(poyo je...pdhal guna camera hp je)... jgn gelak ye...senyum xpe. okla tukan, just utk gambar kenang-kenangan....Ni la gambar2 kiteorg kat taman bunga yg xda bunga ni...



kul 6. ptg, kiteorg pun balik...ikutkan xnak balik lg tp dsbbkan Rania dah ngantuk & dah meraga (keletihan kena paksa ibu & ayah dia jd model, huhu..)so kenala balik. Lgpun dah time utk mandikan Rania, lg2 dia dah bergolek2 atas rumput ni..x mandi nnti confirm xleh tido mlm.. so...nnti kita dtg lagi( xpuas ambik gambr lg).

Nov 6, 2011

Rania demam panas

Sabtu,5/11/10- Kul 4.00 pg ms nak bagi Rania minum susu baru perasan badan Rania panas sgt. Rania demam...tp x pernah badan panas sgt mcm ni.Ibu terus ambik coolfever & tampal kat dahi Rania, lps abis menyusu, Ibu terus bg Rania mkn ubat. Lps tu ibu & ayah trus bw Rania g hospital, risau sgt.
Alhamdulillah...lps DR check, Rania cuma demam biasa. tp DR cakap kalau Rania demam sampi 3 hari masih x baik, Rania perlu di bw ke hospital semula. Risau ibu kalau Rania kena demam denggi sbb skrg musim denggi....semoga Allah jauhkan la ank ibu dr penyakit yg bahaya & semoga ank ibu cepat sembuh.

Demam2 pun x reti nak duduk diam

So ari tu, ibu ambik emergency leave nak jg Rania. X senang hati nak tgglkan Rania dgn kak linda dgn keadaaan Rania demam panas camni.Pg sabtu tu, badan Rania masih panas lg. Ibu sapukan air asam jawa(petua yg nenek selalu buat pd ank2 dia yg demam) kat badan & kepala Rania utk kurangkan panas. Tp Rania masih lg aktif pg ni, main mcm biasa(tgk gambar atas), tp start tghari, Rania mula merengek & badan Rania semakin panas. Ssh hati ibu di buatnya, air asam dah byk kali sapu tp mcm x berkesan je..Lps bg makan, ibu tidokan Rania. Nasib baik Rania nak makan. Tp Rania tido kejap2 je, mayb x selesa sbb demam.

Nov 4, 2011

Rania bila x tido siang...

Khamis,3/11/10 ~ ujan lebat lg..so lpas blk keje kul 5 terpaksa ambik Rania lewat sejam dr biasa. Sampai je umah kak linda(pengasuh Rania), tgk2 Rania dah tertdo atas pangku kak linda. Kak linda cakap 1 ari x tido, asik nak main je....skrg dah ngantuk sgt sampai terlentok. kesian anak ibu...



Sampai2 umah je trus masukkan Rania dlm buaian, terus tido.Dah mmg ngantuk sgtla tu...tu la, asik nak main je keje. Tp bagus jugak bila Rania tdo time ni, so blehla masak & buat apa yg patut. Kul 7.00 ayah balik, ibu dah siap masak dah. Kalau x, kul 7 ibu br nak start masak sbb kena tggu ayah balik dulu. Rania masih tido lg. Igtkan malam akan berjaga...tgk2 sampai ke 6.30 pg esok br bangun. Bangun 2x tgh malam minum susu je, pastu tdo balik. Kalau x malam2 pun nak main..letih sgtla tu siang asik main je sampai xnak tido. Adik...adik...

Tapi jgn tiap2 ari mcm ni dah la...rindu ibu nnti x sempat nak bermain dgn Rania. Dahla Rania lebih byk duk dgn kak linda dr ibu. Nnti silap2, Rania confius plak mn 1 ibu Rania yg sbnrnya.


Nov 1, 2011

Rania ~ 10 month already (ke Bukit Bendera)

31st October 2011, Si kecik Rania genap 10 bulan...Semakin aktif, x reti duk diam..celik2 mata dr tido terus nak main. Merangkak kluar masuk bilik, kluar masuk dapur. Buka tutup almari, rajin kluarkan & sepah2kan  baju yg dah lipat...(sj nak + kerja ibu yg dah mmg ber+++).Suka layan cite upin & ipin, cite indon pun kdg2  layan(jgn nnti ckp indon dahler..), suka dengar azan & lagu nasyid (alhamdulillah..), suka tgk burung & kucing(kalau bleh tangkap, mmg dah kena tangkap dah), suka golek2 atas tilam (buat aksi ala-ala gimnastik), suka sgt jalan2 (ibu ayah yg ajar, nak wat camne..), mcm2 lg la....tp yg paling terbaru...Rania suka menggigit (taula gigi dah 4 batang)..

Ms ni Rania x pandai berdiri lagi kecuali ada benda yg bleh dipaut/pegang utk berdiri sendiri. Insyaallah..x lm lg bleh la tu...Gg br 4 btg, depan 2 ats & 2 bwh..tp nmpk mcm nak tumbuh lg 2 bts kat ats. (sbb tu makin suka menggigit).Mulut dah kuat berceloteh w/pun sepatah haram ibu & ayah x faham. perkataan yg biasa dengar...."nam...nam...nam...".(comel je bila dengar, hehehe..).

Gambar  ni ms g Bukit Bendera semalam...ntah bila kali terkahir pergi pun dah x igt..sebelum ni bilan nak pergi, asik la train rosak lg. Nasib baik kali ni dah ok...train dia mmg dah baru, paling best dah laju, mcm naik roller coster..hehehe...xdelah mcm dulu siap kena naik 2 train br sampai atas..lmbap plak tu..Train baru ni rsnya x sampai 10 min je dah sampai..

Mmm rasanya hari nila hari paling seronok Rania. X tau kenapa tp dr awal lg sampai Rania asik ketawa senyum je....sampai2 semua org geram tgk dia. Ms dah naik train nak naik bukit bendera tu...tba2 ada 1 family Arab tu mintak permission kat aku nak ambik gambar Rania.. terkejut aku sambil pandang en husband..tp aku & en husband senyum jela...bukan ape, x sangka org Arab boleh suka Rania..comel sgt kot ank ibu ni...hehehe.. sebelum ni aku suka sgt tgk ank org Arab-comel giler...harap sgt dapat anak muka mcm org Arab, tp mustahil sgt sbb aku xda ketutunan Arab..kawin pun dgn org Malaysia gak..Tp aku ttp bersyukur sbb Rania ttp comel...kalau x. xkan org Aran pun geram dgn Rania kan, siap ambik gambar lg. Gambar ank ibu dah sampai Arab dah...hehehe..Mmg aku xkan lupakan la benda ni...cuma terkilan x dapat nak ambik gambar Rania dgn dieorg dsbbkan tgh crowded dlm train ms tu...

Sampai je kat atas, terus g taman burung...sbb Rania suka sgt tgk burung. Lgpun aku x pernah lg masuk taman burung ni...okla...byk  parrot. Ada jugak burung yg aku x pernah tgk, cantik2. Rania??? apalagi, bukan main suka dia, jerit2 dia tgk burung tu. Nasib baik burung2 tu dlm sangkar, kalau x mesti nak dtangkap & dipicit2 nya..hehehe..kelakar ank ibu ni. Dah puas tgk burung, kiteorg pun just pusing2 je...atas bukit bendera ni xda la luas sgt pun. Tp adalah surau utk sembahyang, kedai makan & hotel...


Rania ttp dgn happy go lucky dia, semua org dia senyum ketawa...sampai semua org geram dgn dia x kira melayu, cina or india. Tp yg paling x boleh tahan, dia boleh senyum ketawa kat sorg mamt bangla ni...adeh...oh, ank ku..tolong la.. Mamat bangla tu pun suka Rania senyum  kat dia. Pemurah senyuman sgt Rania ari ni. Tgkla gambar Rania ni...kenapa pakai singlet je??? mm...igtkan pakaikan dia singlet tu sbb nnti nak pakaikan sweater..yela kat atas bukit bendera tukan sejuk...tp sampai2 je kat atas, x sejuk langsung...(lapisan ozon dah semakin menipis....) tu yg Rania pakai baju tu je..Kalau x dulu, sampai pucat2 tangan muka sbb sejuk..skrg dah x rs sejuk langsung..

Dah puas melepak, kiteorg pun turun dr bukit bendera tu(x tau bila lg akan sampai)..kena tggu train dulu la....ape pun...bye..bye..bye..