Feb 29, 2012

Princess in My Heart.

2012

2011


Sleepy....Sleepy...Sleepy...zzzzz



Korang mesti pernahkan alami masalah mengantuk nikan x kisah la time dlm kelaske, tgh studyke, tgh kejeke(mcm aku skrg ni), tgh drive ke....or mayb time tgh makan(dah tahap kritikal tu kalau tgh makan pun boleh ngantuk, hehehe..). Mustahilla kalau xda sape yg x pernah alami. Pelik tu kalau x pernah rasa ngantuk seumur hidup....



So, mesti mcm2 cara korg buatkan untuk ilangkan ngantuk tu. Cthnya paling biasa aku buat...buat air coffee mcm skrg ni (sbb aku tgh ngantuk la ni...). X pun kalau coffee dah abis stock kat ofis aku ni, aku mknla gula2...or org utara pggl coklat.(gula2 pun coklat, coklat pun coklat...confius aku.). Mcm2 lagila yg aku buat utk ilangkan ngantuk aku ni tp keberkesanannya 50% je..hahaha....sbb mata aku ni degil sikit mcm tuan dia, huhu...Last2 aku g surau...hehe bukan solat sunat tp tido jap tapi time line clearla...kalau x aku yg kene diclearkan dr ofis ni. huhu....x boleh buat selalu.


Ok la, kat sini aku nak bagi tau sbb2 mengantuk & cara nak atasinya. So, cubala praktikkan ye....

10 Punca Mengantuk & Tip Untuk Mengatasinya...

Welcome to 29th February 2012


Xda apa yg menarik bagi aku dengan date ni, tapi bagi orang lain yg besday dia jatuh pd 29hb February mesti sgt2 happykan. Yela, 4 tahun sekali br dapat celebrate besdaykan...Untungla sbb x payah nak bagi besday present tiap2 tahun tp rugilakan pd empunya besday sbb 4 tahun sekali je br dapat present. Yeke??? Jgn mara ha....Yg besday every year pun lom tentu dpt present setiap tahun kan????? cth. paling dekat akula...hehehe..


Tp kiira korang bertuah gakla, sbb bukan sng nak dapat lahir time date 29/2 ni. Lain drpd lain ape. Confirm sekali celebrate mesti meriah & gempakkan....Ape pun aku ucapkan HAPPY BIRTHDAY kpd korang2 yg besday ari ni...

Feb 28, 2012

Perkembangan fetus - 16 minggu

Saiz bayi anda sekarang lebih kurang sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 5 inci / 11.6 sentimeter dan berat sekitar 4 auns / 100 gram). Dalam tiga minggu ke hadapan ini ia membesar secara memecut, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci. 


Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan mahluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya - tali pusat - yang dia suka menarik dan mencekau. Kadangkala ia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang lalu masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama untuk memudaratkan. Sistem peredaran dan trek kencing sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 

Kadangkala, apabila anda bergerak secara serta-merta, anda akan terasa sakit sedikit di sisi anda. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus anda dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi anda membesar. Anda sudah tentu merasakan sakit-sakit ringan, tetapi sekiranya ia berlanjutan atau bertambah kuat, beritahu doktor anda. 

Kami mempunyai panduan untuk memastikan anda makan secara sihat di tahap kehamilan anda seterusnya. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


info : Baby Centre

Rania & Cinta Muka Buku

Selain drpd lagu nasyid, Rania da byk lagu yg dia suka dengar. Salah satumya lagu ni, kira  favorite dia gak la. X tau mcm mn dia boleh suka lagu ni. 1st time ms dia dengar lagu ni ms kat tv, ms tu br perasan dia suka dengar lagu ni. Kecik2 dah pandai dengar lagu cintan-cintun ni.

Siap nak menari lagi tu, diri pun tergoyang-goyang lagi

Rania Excited Tengok..........................?

Masa ni pegi pasar malam.


Birthday My Hubby...

Hari ni besday en hubby yg ke 31..12 mlm tadi x sempat nak wish sbbnya tertido. Sedar2 je dah kul 1, en hubby pun dah lena du ulit mimpi. Ntah2 dia tunggu besday wish drpd wife dia ni......sorry sayang, ngantuk sgt, tertido sampai terlajak kul 12.


Tp pagi tadi sebelum g keje sempatla wish besday kat dia & bagi 1 kiss kat pp dia. (sekali kiss je la kan, x bleh byk2, malu nnti org tgk sbb kat car park time tu...(^^).Tba2 en hubby kata..."eh, ari ni ke?" Dia sendiri pun lupa besday dia...@ buat2 lupa x taula..... X kisahla, sekurang-kurangnya xdelah dia merajuk ke kecik hati ke sbb aku lambat wish besday kat dia.

So, x tau lagi nak buat apa time besday en hubby ni. Nak beli present???mmm..gaji x masuk lagila...Rasanya nak masak je lauk favorite dia >>>>> ayam masak lada hitam & daging goreng kunyit. Masak lauk simple je la, sbb takut x sempat. Balik keje pun dah 5.30, pastu bukan nya boleh fokus kat msak je sbb si kecik Rania tu nak kena jaga jugak. Bukan boleh biar je dia main sorg2...nnati dia masuk kluar dapur, kemas itu ini, turun naik sofa..mcm2 lagila keje dia yg boleh buat ibu dia ni x boleh sng nak buat keje lain.Almaklumla, br nak belajar berjln, time2 nila bahaya takut dia jatuh.

Mmm...kalau x sempat ari ni, postponela time ujung mggu ni. Xdelah kelam kabut sgt, lagipun boleh buat kuih ke, kek ke...(en. hubby mesti x kisah punyala...kan3...hehehe(^_*).


Lamanya x update blog...

Br perasan hampir 2 bulan x update blog. Org lain berblog, kita pun nak berblog. Tp bila dah ada blog, malas plak nak update, so jdla camni...nak update blog pun ikut mood. Cerita terbaru sekarang....xda ape cerita yg menarik. Aku masih lagi ibu & isteri yg bekerja. En hubby pun still kerja kat tempat lama...masih tinggal di penang.

Si Kecil Rania

Puteri kami Rania tu dah pun setahun 2 bulan. Dah pandai apa???Mcm2 di pandai..antaranya "mengemas", mcm2 la dia kemas. Dia suka mengemas bawang2 ibu dia kat dapur, baju2 yg dah lipat, kasut2 dalam almari kasut,barang2 dlm almari, brg2 mainan dia x pyh ckplakan...mmg sentiasa dia "kemas". Pastu kuat membebel (x taula dia bebel apa, sbb dia sorg je yg faham bahasa dia) & lagi 1 kuatla menjerit (ikut ibu dia masa kecik2 dulu kot kuat menjerit.hehehe..). Rania dah boleh berdiri sendiri w/pun x brp nak stabil & skrg tgh beljar nak bertatih. 1-2 langkah tu bolehla, pastu jatuh. So mmg kene sentiasala ada kat sisi dia time dia nak bertatih..takut dia jatuh.

Hobi dia, masih setia dengan kartun animasi Upin & Ipin tu.Bila sampai umah lps ambik dia dr umah Kak Linda, trus buka TV bg dia tgk cite tu. Pastu kul 6.30. Dia pun mcm dah hafal time bila cite upin & ipin tu akan kluar. Sbbnya biasa 5.30 lps cite upin ipin tu ada drama indon, dia suka dengar lagu tema cite indon ni, pastu lps abis cite indon ni kul 6.30 start plak upin ipin sampai kul 7.00. Kalau dia tgh main kat dapur ke, kat dlm bilik ke..aku akan pggil "adik, meh sini, upin ipin nak start dah ni..." terus dia dtg, mcm faham je apa yg aku ckp. W/pun bila dia tgk kat tv tu start lagi, dia still akan duduk depan tv tu tnggu sbb dia tau mmg cite upin ipin tu nak start dah...bila start je ..menjerit suka dia, x jemu2 tgk w/pun cite tu dah di ulang byk kali. Lagi 1, bila tgk yg tajuk Terbang Tinggi2 tu-part 3, ada part yg ipin ckp "ha...ha...x tau", sebelum part tu kluar, dia dulu akan buat mcm tu sambil goyangkan jari telunjuk dia tu (nak ckp x pandai lagi..) Dia mmg dah hafal sgt bila part tu akan kluar.Mcm tu jugak kalau dia dengar azan, dia suka tengok azan maghrib tv1 sbb last azan tu ada tunjuk penyu. Sebelum gambar penyu tu kluar, dia akan tunjukkan jari dia dulu sbb dia dah tau bila masa penyu tu akan kluar. Yg paling bagusnya, bila azan abis, terus dia tadah tangan mcm bc doa & amin.X sia2 ibu ajar dr awal.Pandai ank ibu ni..


Angry bird....ni la yg Rania minat sgt2 skrg. Boleh dikatakan peminat fanatik jugakla. Pantang nmpk semua yg berkaitan dgn angry bird mcm gambar, belon, beg, patung..semuala yg ada gambar angry bird mesti dia akan menjerit suka sambil tunjukkan benda tu. Suara dia mmg bingit telinga di buatnya. Kadang2, gmbar yg kecik kat sandle org pkai pun dia boleh nmpk, kat tuala yg berlipat w/pun nmpk separuh je gmbr angry bird tu pun dia boleh kenal. Kalau pergi mn2 tu tba2 dia jerit, mmg dah taula mmg dia nmpkla tu gambar @ patung angry bird. Budak2 yg dekat dgn dia kalau pakai baju angry bird, confirm baju kene tarik. Kalau tgh tido, confirm Rania naik atas badan dia semata2 nak pgg gambar angry bird yg ada kat baju tu. Disbbkan dia minat sgt dgn angry bird tu, kak Linda sampai belikan dia baju, selauar & kasut yg ada gmbr angry bird. Aku pun belikan dia beg angry bird, kecik je beg tu mcm beg sekolah.Igtkan xnak beli tp sbb dia dah menangis2 nak, xnak lpskan beg tu so kenalah beli jugak. Lari gak budget Rm50 time ujung2 bulan, ank punya pasal x kisah yg penting kita happy bila tgk anak pun happy.


Ada lagi Rania ni suka...roti gardinier potong tu.Kalau bw si kecik tu pegi kedai kalau xnak beli roti tu, jgn bw kat bhgian roti tu, confirm panjang je tangan dia nak ambik. Kalau beli, memamng kena bagi dia. Dia kan pgg kuat, nak scan harga tome bayar pun dia xkan bagi. Sampai naik motor/kereta, kuat dipeluknya. Sampai umah, dia buat main. Kalau mintak pun dia akan menjerit x bagi. Sampai 1 ari tu, dia tido pun sampai peluk roti tu xnak lepas. Igtkan dah tido bila ambik dia x sedar tp sedar jugak. last2 biarkan je sampai roti tu dah xda rupa roti, dah jadi penyek. x taula kenpa dia suka sgt main dgn roti tu, bukannya dia suka sgt mkan tp saja nak buat main, buat peluk. Agaknya  bila peluk tu best mcm peluk bantal peluk kot. mm..mcm2la ank ibu sorg ni.(kalau ada sape2 yg nak model kecil untuk iklan roti gardiner bolehla contact2 sy ye...hehehe..)

Sebenarnya byk lagi ragam/minat si Rania ni. Tp xpelah, akan diceritakan dlm entry lain. Nnti boring plak bc kisah dia panjang sgt...boleh buat novel lagi. (^_^)


Baby

Baby...baby dalam perut dah pun nak masuk 4 bulan. Jap je kan, tapi perut masih lagi x nmpk...so ramaila x tau lg yg aku pregnant. Family pun mak je yg tau, yg lain aku suruh mak rahsiakan dulu.Sj je nak surprise...biar time dekat2 nak bersalin nnti br diaorg tau. Sng nak simpan rahsia sbb aku duk jauh dgn dieorg.

Bulan lps masa buat check up kat klinik, berat badan aku naik sikit je sbb mmg berat badan aku ssh nak naik. rsnya pregnant kali ke-2 ni pun badan aku stil kurus mcm pregnantkan Rania dulu, harap perut jela besar nnti. Ibu2 lain yg pregnant semua kuat mkn, tp aku ttp mcm biasa xdela asik nak mkn je. Pelik gak aku.. Tp x kisahla, yang penting baby dalm rahim ku ni sihat. Aku harap baby yg ke-2 ni xda kena kuning mcm kakak dia. Biarla dia sihat & selamat dilahirkan.

Huh, panjang plak entry kali ni. Mentang2 dah lama x update. Sampai lenguhla jari-jemari ku ni menaip. Jgn boring baca ye...(^_*)