Bagi setiap ibu mesti mempunya pengalaman yg berbeza .Begitu jugak dgn aku & entry kali ni aku nak ceritakan sikit pengalaman aku ketika sampainya masa untuk melahirkan Rania Iman Insyirah, anak pertama kami. Bagi ibu2 yg sdg hamil & sdg menunggu saat kelahiran bayi masing2 mesti berdebar-debarkan. Perasaan takut, gembira, teruja semua bercampur-campur. Begitu jugak dgn aku, dsbbkan ini adalah pengalaman pertama dah tentu perasaan tu semua ada dlm diri, lebih2 lagi aku x tau langsung apa tanda2 yg akan berlaku apabila bayi dalam rahimku ini akan kluar. Sampaila saat melahirkan Rania Iman Insyirah tu tba....
30/10/2010-Khamis, aku still lg keje. Xda rs lagi tanda2 nak bersalin & kebetulan ari tu mmg ada appointment ke klinik utk check up aku & baby. Mcm biasa semuanya ok, xda apa2 mslh pd aku & baby.
So, sampaila aku balik keje kul 5 p.m, still xda rs apa2 lagi. Aku still bleh drive, berjalan, naik & turun tangga mcm biasa. Pastu sampai malam lepak dpn tv dgn husband sampaila kul 12 mlm aku masuk tido stil xda rs sakit apa2 lagi.
Tapi...start 12.30 a.m perut aku dah mula rs sakit. Tp ms tu pk sakit nak buang hajat je...sbb mmg masuk toilet buang hajat pun. Cuma yg peliknya sampai 3-4 x aku buang hajat tp perut still lg sakit. Rs sakit tu datang sekejap-sekejap, dalam 10-15 min. Serius mmg x boleh tido, korang tau x mcm mn kucing nak beranak???ha...mcm tula aku lebih kurang. X senang duduk, kluar masuk toilet, kluar masuk bilik, bangun, baring, bangun balik. Ms tu mmg aku x pk langsung yg aku dah nak bersalin sbbnya due date aku lambt lg, 2 mggu lagi. Tp en husband pun dah ssh hati tgk aku mcm tu, dia pun x boleh nak tido. Dia ajak aku g hospital terus tp aku kata nnti dulu, boleh tahan lagi w/pun kdg2 aku x tahan gak sakit tu. En husband terus prepare beg aku & baby utk bw g Hospital siap2. Tp sampai kul 4a.m sakit perut aku masih lagi x hilang tp makin sakit, trus aku ajak en husband g hospital.
Kiteorg trus g Hospital Bukit Mertajam-goverment hospital, mmg hospital ni 1st choise aku sbb hospital ni benarkan husband masuk sekali dlm labour room. Dr rumah ke Hospital dalm 20-25 min, dsbbkan time tu pagi buta so x bykla kenderaan kat jalan raya. Sampai je Hospital trus ke emergency ward bhagian bersalin. Lps daftar, sorg nurse tu terus bw aku masuk bilik & check aku tp pintu rahim aku masih lom buka langsung. Dsbbkan aku dah sakit, aku kene masuk ward jugakla.En husband plak disuruh balik & pihak hospital akn call bila aku dah sampai ms nak bersalin & x dibenarkan tggu dlm wad tu sbb dalam wad tu semua perempuan kan...Time tu la rs takut aku mula dtg, rs nak nangis pun ada bila xda sape kat sisi aku. Sebelum en husbadn balik, aku pesan dgn dia suruh inform kat mak aku.
Dalam wad tu ada 4 org lagi ibu2 yg sedang menunggu saat bersalin tp ada jugak yg dah pun selamat bersalin. Kat pergelangan tangan aku dicucuk dgn jarum utk masukkan air. Dahla tangan aku kecik, xda isi kene cucuk plak jarum besar mmg sakit gakla d+ lg dgn sakit perut aku masih lagi x hilang. Mata aku mmg dah ngantuk sgt2, badan letih tp x boleh nak tido. Kul 6.30 a.m tba2 air ketuban aku pecah. Aku tau tu air ketuban sbb byk giler, xkan air kencing plak kot. Mmg basahla tilam & cadar katil yg aku duduk tu. Trus aku bg tau nurse yg ada kat wad tu yg air ketuban aku dah pecah. Nurse tu kata, tggu dulu....(tggu ape lg pun x tau). Pastu 6.45 a.m, kluar darah pulak. Time kluar darah ni lah Ya Allah, sakitnya hanya Allah yg tau. Mmg aku dah x tahan sgt2, aku nak nangis dah. Harap sgt ms tu mak @ en husband ada kat sisi. Kebetulan time tu nurse tadi dah kluar ntah ke mana, x tau nak inform kat sape. Perut ni dah sakit sgt2, rs baby dalam perut dah nak kluar sgt2.
Dlm 15 min pastu, br nurse tadi masuk & aku trus inform kat dia darah dah kluar. Dia suruh aku masuk 1 bilik nak check pintu rahim aku dah buka brp cm. Dahla sakit, kene bangun sendiri masuk bilik tu plak w/pun bilik tu dkt je dgn katil aku tp dah tgh sakitkan..Lps2 check, nurse kata dah buka 5cm so trus aku d bw masuk ke labour room, nasib baik guna wheelchair. Time ni mmg rs makin takut sgt2 sbb aku tau dah tiba ms aku akan bersalin.Aku suruh nurse yg bw aku ke labour room tu call en husband suruh dtg.
Aku rs aku org 1st yg masuk labour room tu sbb xda org lain selain aku or mayb ada cuma aku x perasan sbb byk katil dlm tu & terlindung dgn langsir.Bila aku dah naik atas katil, nurse pasang alat kat perut aku utk dengar degupan jantung baby & dia kata jgn teran dulu. Ank 1st kene tggu pintu rahim buka sampai 10cm br boleh teran kalau x pintu rahim aku xkan terkoyak byk & bahaya. & then ada Dr yg check seklai lg pintu rahim aku. Ms aku mmg aku rs nak teran sgt2 sbb mmg dah rs baby nak kluar. Sakit dia x tau nak ckp camne sampai aku terjerit pggl mak aku, cadar & sarung bantal tilam aku duduk tu mmg dah mcm nak tercabut aku tarik nak tahan sakit. En husbadn plak x sampai2 lagi. 2,3x gakla aku suruh nurse call en husband takut dia lupa.
X lama pastu en husband pun sampai, lupa kul brp time dia sampai tu tp still nurse x bg dia masuk lagi & kene tggu luar labour room dulu. Dah 2,3 x jugakla aku pggil nurse & Dr kat situ bg tau aku dah x tahan sgt mmg nak teran dah. Tp dieorg asik ckp "Nurizan,tggu dulu, tarik nafas panjang2 & hembus. Pintu rahim awk br buka 5cm x boleh teran lagi. Jgn jerit2, megucap byk. Sy tau mmg sakit tp kene tahan sampai pintu rahim awak buka 10cm. Nnti terkoyak besar, byk awk kene jahit".Tp time tu aku dah x hiraukan sgt ape yg dieorg ckp sbb aku dah sakit sgt2. X lm pastu br dieorg benarkan en husband masuk. Ms tu, Ya Allah betapa leganya aku bila tgk En husband. Rs ilang jap sakit, lebih2 lagi bila aku dpt pgg tgan dia.
Aku x pasti kul brp time tu, rsnya kul 8 lebih dah br Dr & nurse dtg kat aku check pintu rahim aku sekali lagi. Pastu dieorg suruh teran. Ms ni mmg ber++++ lah sakitnya, mmg x taula nak ckp mcm mn sakit tu. Mmg sampai menjerit la aku sbb teran2 baby x kluar jugak. Ms tu En husband usap2 dahi aku sambil ckp tarik nafas, ngucap. Rs nak marah kat dia pun ada ms tu sbb tgh sakit sgt2 nak teran mmg x boleh nak tarik nafas dah. Tp dia pun bukanya tau sgt pun sbb dia ikut ape Dr & nurse tu ckp je.Dieorg kata dah nmpk rambut dah tp masuk balik sbb aku x cukup nafas nak teran lg. Aku x igt brp kali teran sampai Nurse tu pun letih, siap boleh berhenti jap bg aku minum air ape ntah mcm air 0 biasa je. Dia ckp kalau lama2 mcm ni takut baby lemas.Pastu sambung balik, Dr jg kat pintu rahim aku & sorg nurse tolong tekan perut aku untuk tolong aku teran supaya baby mudah kluar. 2,3 x teran pastu brla baby selamat kluar...Lps2 baby kluar je, Ya Allah leganya rs....sekelip mata ilang segala sakit yg aku alami tadi. Lagi2 bila dengar suara tangisan anak aku. Time tu jugak en husband kucup dahi aku, mmg rs lega sgt2 semua dah selamat.Sempat gak aku tgk jam time tu, tepat kul 9 a.m. 2 jam jugakla aku bertarung nyawa nak melahirkan Rania Iman Insyirah. Tp mmg aku bersyukur sgt2 sbb doa aku untuk melahirkan Rania secara normal di makbulkan Allah, w/pun sakit yg termamat sgt tp sekurang2nya aku tau mcm mn mak aku lahirkan aku dulu.
Lps2 baby kluar kluar trus nurse tu tanya aku tau x baby ape? pastu siap dia ckp ikut muka aku & lepastu trus dia tunjukkan baby kat aku bg aku peluk jap sebelum dieorg mandikan baby. Ms tu mmg xda perkatan yg terluah dr mulut aku, mayb sbb terlalu gembira bercampur letih. Pastu En husband disuruh kluar dr labour room, & aku sempat suruh dia call mak aku inform aku dah selamat bersalin. Aku diberi minum air milo 1/2 gelas mayb utk kembalikan tenaga aku & still lagi kene duduk dlm wad tu sbb Dr nak buat plak proses menjahit pintu rahim aku yg terkoyak. Sempat aku ucapkan terima kasih kat nurse yg beri aku air tadi sbb aku rs servise dieorg mmg baik utk aku.Lp nak inform, ms teran tadi, pintu rahim aku mmg dah digunting tp x tau besar mn. Aku tau sbb aku dengar bunyi gunting tu, x terasa sakit pun ms dia gunting tu sbb sakit lagi nak meneran tu.Lm gakla aku rs kene jahit, mmg sakitla tp sakit lagi ms nak beralin tadi. Ms dia jahit tadi mmg 2 belah kaki aku menggigil sgt2, x tau kenapa.
Lm gakla aku dlm labour room tu rsnya sampai kul 11 a.m kot(x brp igt) tp time tu mmg penuhla labour room. Ramai plak yg bersalin time tu. Time2 tu jugak br aku nmpk ank aku kali ke-2 bila dia dah siap dibersih & dimandikan. Dengar nurse ckp berat ank aku 2.83kg, kira besar la bagi yg kurus ni. Terus nurse tu letak kat sisi aku bagi aku peluk baby & dia ajar camne nak susukan baby. Comel je Rania ms tu,cm x cy je aku dah jadi ibu. Dah setle semua, terus aku ditolak ke wad biasa balik, wad mula2 aku masuk tadi & sebelum tu nurse sempat pesan nnti pergi buang air. Kat sini aku kena jg baby sendiri. W/pun x boleh gerak byk tp aku kene gak buat bila Rania menangis nak susu. Time ni mmg letihla, aku x dapat tido. Tido pun tido2 ayam je sb Rania kerap menangis mayb sbb susu badan aku sikit & dia x kenyang. Bygkanla sampai ke malam & esonya aku mmg x boleh tido. Aku Rs Rania je yg kerap menangis berbanding baby2 lain , tp nasib baik nurse kat situ tolong jugak jg Rania w/pun sekejap dapat gak aku tido rehat jap.Sng cite, 2 ari gakla aku x tido. Tp esok pgnya aku dah dibenarkan kluar hospital lps Dr check aku & baby xda apa2 masalah.
Kluar Hospital trus on the way naik kereta balik Alor star(umah mertua), berpantang seminggu kat sn sebelum balik Melaka. Kalau ikutkan mn boleh jln jauh lps bersalin, tp nak buat mcm mn xda sape nak jg aku & baby kat penang. Dan bermula la episod br dalam hidup aku sebagai ibu. Sbrnya byk lg dugaan terpaksa aku & en husbadn hadapi semasa hampir 2 bulan berpantang kat alor star & Melaka tu. Mmg aku ni x mcm org yg tgh berpantang, sbb terpaksa berulang alik ke klinik & hospital bw Rania sbb dia kene Jaundis. Mmg aku rs x ms nak rehatkan diri tp nak buat mcm mn, yg penting Rania sihat.
Huh, letih nya menaip. Pjg giler entry kali ni. Ikutkan pjg lg nak diceritakan tp dah x larat dah rsnya nak menaip. Insyaallah, kalau ada kesempatan nnti aku akan ceritakan pengalaman berpantang & menjaga Rania semasa dia kene jaundis tu.
No comments:
Post a Comment