Apr 30, 2012

Melawat Muzium

Ms balik Alor star semalam, sempatla g jalan2 melawat Muzium sbb boring plak duk umah. Biasalah kat Kedah ari Ahad mcm ari isnin, sbb org Kedah kene keje. So, kiteorg pun g jalan2 melawat Muzuim Padi sbb dah xda tempat yg best nak g kat Kedah ni. Nak g Zoo....mmg xdalah. Dr umah family en husbadn nak ke muzium ni xdalah jauh sgt, x sampai 1/2 jam pun nak kereta.

Nak tau pasal Muzium Padi ni, dtgla Alor Star or google je pasal Muzium ni kalau nak tau lebih lanjut. Kotla ada yg berminat nak tau pasal sawah padi, beras & semuala yg berkaitan. Sbb kalau nak diceritan dlm ni panjang plak nak menaip nye..(malas sbnrnya..hehehe).

Muzium Padi, Gunung Keriang Alor Star, kedah.
Gambar yg sempat aku snap ms kat dlm muzium tu. Ops, lupa nak inform, masuk muzium ni kene bayar ye bukan free tp murah je. Utk dewasa Rm2 je & kanak2....lupa lagi (almaklumla ank kecik lagi, of coursela masuk free) & kalau nak ambik gambar kene cas rm2. 



Pemandangan dr ats Gunung Keriang (konon2 je la...)






Apr 28, 2012

Balik Alor Star

Ari ni Sabtu mcm biasa, keje halfday je. So, plan ari ni nak balik kampung kat Alor Star. Actually plan sebelum ni nak balik Melaka sbb dah lama x balik, last balik bulan  ujung bulan 12 tahun lps time Kak Ngah wedding. Tp  dsbbkan bulan 8 ni nak balik cuti lama untuk bersalin, & lagi plak mak abah dah dtg sini bulan 3 ari tu...so cancel la nak blk kampung Melaka w/pun ghindu sgt2 kat kg sbnrnya. Terpaksala bg tau mak x jadi balik, mesti dieorg ghindu kat Rania. Xpe, nnti bulan 8 nnti kita puasa & raya sama2 dgn 2 org sekali cucu mak. Insyaallah...

Lagipun kiteorg dah lm x balik Alor Star w/pun dr penang ke Alor Star just 2-3 jam perjalanan kalau naik kereta tp d sbbkan xda masa tu yg x dapat nak balik. Dah x igt bila last balik sana, tp rsnya time last balik ari tu ms Rania br pandai merangkak. Skrg dah pandai berjalan, pastu di+ plak dgn perut aku yg dah memboyot sekali lagi...malu la plak nak jumpa mak ngah & mak long family.

Apepun, x sabar nak balik. Cepatla kul 1...(sambil tgk jam...br kul 10 pagi???)mood keje mmg dah xda bila time nak balik kg ni.(Tp rsnya tiap2 ari xda mood nak keje..huhu)..

Apr 26, 2012

Kenangan Zaman Kanak-Kanak..- Motorsikal

Mcm biasala setiap pagi sebelum on the way g keje, masuk2 kete trus start enjin, buka tingkap & on radio Hot f.m, siaran radio yg paling aku suka dengar setiap pagi sbb best dengar celoteh AG,Faizal, Usop & Farah. Biasanya topik yg dioerg buka setiap pagi mmg best & kelakar, so confirmla akn buat aku senyum or ketawa sorg2 dlm kereta masa on the way g keje. X kisahla kalau ada org nmpk & igt aku giler sbb ketawa sorg2, yg penting siaran radio hot f.m ni boleh ilangkan ngantuk aku & menceriakan pagi aku sebelum memulakan keje..

Eh eh...tajuk entry pasal motorsikal tp cerita pasal radio plak. Ape kes???...Okla okla..nak ceritala ni. Mmg nak cerita pasal motor pun sbb pagi ni radio hot f.m buka topik pasal motor. So, tba2 teringatla balik kenangan aku ms kecik2 dulu...kecik x kecik tp dak sekolah rendahla time tu cuma x igt umur brp.

So, nak di mulakan cerita...ada sorg sepupu aku ni perempuan yg aku pggl Kak Zura (of coursela dia lg tua dr aku..sbb dah pggl akak). Dia ni actually tggl kat ulu langat selangor tp time tu bercuti kat kgla dgn family dia. Family aku & sepupu aku yg lain pun ada sama time tu dtg umah arwah atuk aku, time tu atuk aku ada lg.Dipendekkan cerita...Kak Zura ni br je belajar bw motor,mmg dah boleh bw dah la cuma x brp nak mahir lagi. So, ms tu Kak Zura nak g umah busu kiteorg naik motor. Ikutkan boleh jln kaki je, 4-5 min dah sampai sbb dekat sgt2la dr umah atuk tp dsbbkan dah teror bw motor, teruslah nak naik motor lalu jln jauh & aku plak dgn tergedik-gediknya nak ikutla Kak Zura ni naik motor sekali.

Masa on the way tu, ms nak turun bukit tu ntah mcm mana kiteorg tergolek jatuh of coursela sekali dgn motor. Jatuh depan umah org plak tu, pergh...malu giler. Seigt aku adala 2-3 org makcik, pakcik yg tolong kiteorg bila nmpk kiteorg jatuh motor tu.Ms tu kepala aku tgh pening2, nmpk semua mcm berpusing. Dah ok sikit br sedar kaki aku luka ada darh sikit sbb terseret kat jln tar ms jatuh tadi. Kak Zura...aku x igt dia luka kat mn. Lps2 kepala kiteorg dah ok sikit, dah nmpk dgn clear trus kiteorg naik motor trus balik, x jadi nak pegi umah busu. Nasib baik motor boleh lagi start.

Sampai2 je umah atuk semua tanya kenapa. Confirmla kene marah w/pun tgh sakit2 jatuh motor tu. Gatal lagi nak naik motor sgt. Pak Uda kiteorg plak siap ckp "abisla motor aku...".hehee..sbb motor yg kiteorg naik tu motor dia. Tp dia xdala marahkan, anak sedara dia jugak yg gunakan motor tu...Pastu arwah atuk sapukan minyak gamat kat kaki aku yg luka tu....

Start drpd tu aku mmg takut nak naik motor dgn Kak Zura lagi, trauma. & start dr ari tu gakla aku x pernah berminat nak belajar bw motor sampai la skrg w/pun abg aku ada offer nak ajar aku bw motor. Bukan kata bw motor, nak tolak motor ke tepi pun aku takut sbb takut motor tu jatuh atas aku. So, dalam family aku, aku sorg je la x reti bw motor.Mak abah, abg, akak & adik aku semua tau bw motor. Dsbbkan tu la aku ni just jd pembonceng je la...hehehe...

Bila dah sek. men, aku duk hostel, so mmg jarang la kat umah. Bila sekali sekala balik cuti sekolah confirm mak @ adik akula jd mangsa kene bw aku kalau nak g mn2....w/pun adik aku selalu merungut. hehehe..Bila dah takut nak bw motor, mestila bercita-cita nak bw kete jekan..so, lps abis study kat politkenik aku ambikla lesen D & alhamdulillah skrg aku dah ada kereta sendiri  & paling best aku org 1st yg beli kereta dulu br abg & akak aku sbb dieorg sebelum ni beli motor je kan..

Motor???Mmg aku rs xkan bw sampai bila2...En husband offer nak ajar bw motor pun aku xnak. (ceh, berlagak je bunyinye....). Bukan apa, aku rs perempuan mcm aku ni better bw kereta drpd motor coz keselamatan tu terjamin sikit.

K la, dah abis bercerita. Time for lunch....


Apr 25, 2012

YB Melawat Rumah

Wah...YB mn plak yg datang umah aku ni???Tajuk entry x tahan, mentang2la pilihanraya x lama lagi. Poyo je...huhu.

Entry kali ni xda kaitan langsung pun dgn YB ke, pilihanraya ke hantu raya ke jalanraya ke....sj je buat gempak sikit. Actually nak citekan pasal Rania Iman Insyirah budak kecik comey yg comot tu..hehehe..(puteri kesayangan aku & en husbandla...). jgn marah ha...nnti kne jual. (^_^).

Ari ni  umur Rania 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu & 4 ari. Dah semakin bijak, semakin lasak & semakin  pandai menunjuk perasaan. Perkembangan paling terbaru, dia dah pun kuat berjalan sendiri tanpa perlu di pimpin tangan lagi w/pun kdg2 dia berjalan tu mcm di tiup angin ke kiri ke kanan. Kalau silap pijak sikit, confirm mmg jatuhla. Tp dah kuat bangun sendiri & sambung jalan balik.

Tiap2 ari keje dia skrg jalan masuk kluar bilik & kluar dapur, x reti penat. Kak Linda kata dah mcm Yb melawat rumah rakyat . Sbb tu la aku letak tajuk entry tu..hehehe...Aku tgk pun penat & pening kepala, tp dia selagi x haus, x ngantuk..selagi tu la dia melawat bilik ke bilik sambil mengemas (kemas sgtla...)Dahla jalan pun laju semacam je....Mcm nila agaknya semua baby yg dah pandai berjalan. Seronok sgt dah pandai jln sampai x reti plak nak duduk.

Kalau bw jalan kat luar umah pun skrg, berlagak xnak pimpin tangan..Sesukati dia je nak jln g mn w/pun ibu & ayah dia punyala ssh hati tgk dia jln terhuyung-hayang  tp laju. Semakin letihla nak mengejar dia lps ni...Tp ikutkan perkembangan, Rania ni kira lambat gakla berjalan berbanding baby lain. Baby lain ada yg umur 9 bulan dah boleh jln. Tp x kisahla yg penting skrg dia dah boleh jalan w/pun lambat. Perkembangan lain boleh bc entry ni Rania 15 month already.

Okla, YB Rania nak sambung melawat bilik-bilik dalam rumah ibu ayah dia.(^^)


24 Weeks Already


Wah...dah 24 weeks dah., cepatnye...Perut pun dah semakin membesar w/pun ramai yg cakap "kecik je perut, x nmpk pun". Dah aku pakai baju besar,lebar & longgar mmgla x nmpakkan...tp yg bestnye still boleh pakai seluar jeans lagi w/pun  pinggang seluar dah bwh perut.

Time ni mmg dah terasa perut ni berat, bila duduk & nak bangun berdiri, mmg agak susah sikitla. Nafas terasa makin pendek bila naik tangga, lebih2 lagi bila kene dukung si Rania. Naik tangga yg just 1-2 min tu je boleh jadi 5 min nak sampai depan pintu umah, huh semput dibuatnya.

Selera makan...mcm biasa je rsnya, xdelah kuat mkn. Pelik aku, biasanya ibu-ibu yg mengandung ni asik lapar je 24 jam tp aku xde plak. Mmg badan aku confirm x naikla, kurus mcm tu gakla jwpnye..Dah abis pk dah camne nak naikkan berat badan kalau time pregnant pun berat x naik camne??? Rsnya x byk beza ms mengandungkan Rania dulu dgn skrg, cuma ms Rania dia alah teruk sikit dr skrg. Tp baby 2nd ni mmg aktif berbanding Rania dulu. Asik menendang je kejenya x kira pg ptg siang malam, terlebih aktif. Baby boy agaknya, training main bola. huhu...(amin kalau betul baby boy). Still suka minum air milo drpd susu sama ms mengandungkan Rania dulu, confirm kulit 2nd baby ni pun mcm Rania kurang cerah w/pun kdg2 nmpk putih gak (ape aku ckp ni???).

Tp so far, setakat ni semua ok, xda ape2 masalah. Harap2 2nd baby ni sempatla balik kampung Melaka sebelum dia meronta nak kluar mcm kakak dia Rania, x sabar2 nak kluar last2 kluar 2 mggu awal dr due date. Ssh hati kalau bersalin kat sini, dahla xde sape kat sini. Bukan ape, kesian kat Rania tu, sape nak jg dia nnti time aku masuk hospital tu. Ayah dia confirmla busy uruskan aku. Kalau kat kg, ada ramai yg tolong jaga & melayan dia.Kan sng kalau due date tu confirm datenya, nnti takut balik kg awal tp bersalin lambat plak. kalau balik kg lambat takut bersalin awal plak. Rugi cuti je nnti, kalau x keje xpelah gak. Tp nak wat camnekan...sape suruh duduk jauh2..huhu..sedih.

Sbnrnya aku masih lagi takut ntuk bersalin w/pun kali ni 2nd experience, tp perasaan takut tu still ada lagi. Masih terbayang-bayang lagi kesakitan masa melahirkan Rania dulu..sakit oo....sape kata bersalin x sakit...Tp kalau di beri pilihan bersalin secara normal or operate, aku akan ttp pilih secara normal. Mmg sakit tp sakit tu ilang slps baby kluar dr perut, kalau sakit pun just sakit sikit dr jahitan pada pintu rahim tu je..Tp kalau operate, mmg x rs sakit ms melahirkan tp sakit tu akan terasa bila kita dah sedar. So, ssh nak bergerak lebih2 lagi bila nak menyusukan baby & kena pantang lg lama dr bersalin normal. .. So, pilihla yg terbaik.Tp kalau dah mmg x boleh nak bersalin normal, nak buat camnekan. Ape pun, doa la byk2. Insyaallah, dipermudahkan Allah.

Ape pun aku kenela doa byk2 supaya baby kali ni nak bersalin kat Melaka. Semoga Allah permudahkan segalanya.Amin...



Apr 23, 2012

Cirit - Birit

Jumaat lps, Rania tiba-tiba kene cirit birit. Lps balik ambik dia dr umah Kak Linda ptg tu, 3x dia cirit dalam masa 3 jam. mlm tu time dia dah tido, cirit lagi & pg esoknya bangun dr tido pun cirit lg. Aku & en husband dah ssh hati , so ari Sabtu tu aku terpaksa ambik emergency leave & en husbadn plak masuk keje lambat ( x kisah sbb dia ot je..)sbb nak bw Rania g hospital. Sebelum tu jumpa Kak Linda dulu inform ari ni x antar Rania. Time en husband  bg tau Rania cirit - birit br Kak Linda bg tau semalam pun Rania cirit sampai 3x tp dia ingat berak biasa sbb mkn pisang yg aku bekalkan & xda plak mkn mknn lain. That mean  dr ari Jumaat sampai sabtu pagi tu, Rania dah cirit sampai 8x...(tggl ape je dlm perut dia) pelik aku, apa yg dia mkn???

Sementara tggu turn nm di panggil, si Rania ni asikla berjlaan ke hulu hilir x reti duk diam, mentang-mentangla dah pandai jalan. Tp pandai jln pun bukannya kuat sgt pun lagi...jalan nak laju je....bila dukung suruh duduk kat kerursi, meronta-ronta nak turun. Sakit apenye budak ni kalau mcm ni..huh, letih. Aku yg rs mcm nak demam time tu. X lm pastu, nm Rania pun dipanggil...

So ms jumpa Dr tu terusla inform mslh Rania cirit-birit.. Dr tu tanya kat aku plak...
1) Brp kali dia cirit? (8x dr semalam)
2) Dah brp ari cirit? (br start semalam)
3) Ada muntah2 x? (xda)
4) Najis mcm mana? ada darah ke? cairke? (cair)
5) Susu minum mcm biasa atau kurang?? (mcm biasa)

Lps Dr check perut Rania, dia kata xde apa2 mslah. Perut dia pun lembut x keras & dgn jwpan aku bg...  dia tgk Rania still aktif(mmg aktif pun...Dr tu sibuk nak check dia, dia boleh jln2 pusing2 kat kerusi tu) So, Dr just bagi ubat untuk cirit je. Lega aku...harap2 cepatla Rania sembuh. Letih gak asik nak cuci cirit dia je..hehehe..pampers x pyh ckpla, jap je dah penih bakul sampah tu.

Kul 9.30, lps ambik ubat dr farmasi trus balik. sebelum tu singgah kedai dulu beli roti canai...lapauler x break1st lagi sbb kul 8 dah kluar. Sampai2 umah je tgk rania cirit lagi....lps mandikan dia, bagi minum susu & mkn ubat. Nak bg mkn ubat ni yg 1 mslh besar ni, ckup ssh nak bg Rania mkn ubat. Mmg kene pgg kaki tangan & mulut dia time nak bagi tu, kalau x jgn harapla dpat masuk mulut dia. Mmmg akan jerit nangis tp lps pujuk2 nnti okla tu...(ikut ibu dia penakut mkn ubat, hehhe...)

Lps break1st en husband trus g keje. Aku plak duk umahla menjaga Rania ni.Aku sbnrnya mmg dah rs nak demam dah time ni, dgn sesema d+++ plak dgn sakit kepala. Tp kena kuatkan jugakla badan ni sbb nak jaga Rania. Kalau aku dah terbaring..camne plak Rania nnti. So, lps balik dr hospital tu Rania still cirit lagi, sampai ke mlm 4x dia cirit sampai punggung dia merah2. Dia pun nagis setiap kali nak cuci punggung dia, mayb sebab pedih. Tp nak buat camne, xkan nak biar je x cuci. So terpakasala pekakkan telinga mcm x dengar dia nangis w/pun kesian sgt2 kat dia ms tu.

Esoknya ari ahad, rania still cirit lagi tp mcm dah kurang dr semalam. Kak Linda kata kene stopkan susu jgn bg minum dulu, bg minum susu soya je.Kalau x cirit dia x baik.Tp skrg Rania dah pandai memilih, rs sikit soya tu trus xnak dah. Ms tgahri tu okla kan dia mkn nasi abis, kalau x jgn harapla...biasa 2 3 suap pastu dah x nak. Kira okla 2 3 suap tp selalunya br nak 1 suap pun dah x nak...so, xpelah kenyang dh x minum susu pun. Tp start 5.30 ptg dia dah mula menangis nak susu. yelah, dr kul 1 ptg x dapat susu, menagusla dia. bagi soya xnak minum, mkn nasi pun dah xnak Dsbbkan kesian, x sampai hati bg gakla dia susu...trus diam bila dapat. Air soya yg en husband beli, akula yg minum..

6.30 ptg lps mandikan Rania trus plak g Jusco sbb tba2 rs nak mkn Donut Big Apple tu....Rania mcm biasala still aktif w/pun rsnya dlm perut dia 0 dah xda ape2 dah. (Kuat plak ank aku sorg ni..). ber+++ suka la dia bila nak g jalan. Masuk2 je Jusco trus bg dia jln tp still pimpin tangan dia.Apa lagi, bukan main lajula dia jalan, menjerit suka dia.(mmg x nmpk langsung dia ada mslh cirit-birit) Kalau la Jusco tu umah aku, seminggu aku demam sbb kene main lari2 dgn dia dlm tu. x pun cr dia x jumpa..huhu..

Alhamdulillah start lps mandi 6.30 ptg tu Rania x cirit lagi sampai la pagi tadi dia cirit balik. Tp rsnya dah kurang sikit. Ape pun aku balik keje nnti kene tanya dulu kak Linda brp kali dia cirit plak ari ni. Harap2 dah stop trus.

Apr 20, 2012

9 Petua Doa Mustajab

Sempena ari Jumaat yg mulia ni, nak kongsi dgn korang semua petua2 masa yg mustajab or dimakbulkan untuk berdoa. Berikut adalah  antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab:-

1) Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:
“Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” 

2) Sesungguhnya Rasulullah bersabda: 
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya. 

3) Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
“Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4) Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: 
“Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5) Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: 
“Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.” 

6) Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
“Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” 

7) Ata bin Abi Rabah berkata: 
“Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” 

8) Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: 
“Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: “Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” 

9) Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: 
“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


Apr 19, 2012

Korang Tau Tak .........................???

10 Fakta Tentang Kelahiran :-


1) Hanya 5% bayi yg lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke-37 & ke-42 kehamilan.


2) Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungan.

3) Purata darah yg hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4) 80% wanita mengalami sindrom :baby Blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin di sebabkan oleh perubahan hormon badan.

5) Hanya 1 drpd 10 wanita mengalami pecah air ketuban seelum proses bersalin bermula. kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran bayi kluar.

6) Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin, ibu akan mengalami kesakitan sehingga 57 Del yg bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7) Apabila seorang ibu sakit hendak bersalin, tercatatla pahala jihad baginya.

8) Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi ibu itu.

9) Ibu bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat & puasa.

10) Setiap kesakitan pada satu uratnya,Allah hadiahkan pahala menunaikan Haji.




16 Fakta Tentang Bayi Baru Lahir :-


1) Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
2) Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3) Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4) Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5) Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6) Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7) Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8) Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9) Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10) Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11) Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12) Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13) Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14) Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15) Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16) Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Apr 18, 2012

Bersantai di Esplanade, Penang

Entry kali ni tersangatla malas nak menaip, so just letak picture kiteorg masa kat Esplanade, Padang Kota Lama Penang ari Ahad lepas. Kalau x suka, tutup mata, jgn tgk k. Peace...(^_*).







Apr 16, 2012

Rania ~ 15 month already

Perkembangan Rania Iman Insyirah pada usia 15 bulan ;-

Latest photo - 8/4/2012

1) Dah pandai berjalan tp lom kuat sgt, masih jln jatuh.Tp lebih suka jln menggunkan lutut.(kat dlm umah je, kalau kat luar kene pimpin tangan dia)

2) Hanya pandai sebut perkataan nah,nak, x nak(tp dgr mcm nak cuma nada dia lain sikit)

3) Dah pandai mengamuk/menjerit & menagis dgn penih perasaan kalau x bagi apa yg dia nak buat.

4) Pandai pgg sudu & suap mkn sendiri w/pun lagi byk yg kluar dr pinggan drpd masuk mulut.

5) Dah pandai salam & cium tgn org bila disuruh. & pandai lambai tangan tanda "bye..bye.."
6) Pandai tadah tangan bc doa (tp doa x pandai lg)bila abis azan (biasa azan kat tv)

7) Pantang nmpk hp ibu dia confirm dia kan bg sambil ckp "nah", maksudnya suruh buka video upin ipin @ lagu nasyid.

8) Dah tau bila time siaran upin ipin kat tv.(biasa 5.30 & 6.30 p.m). Kalu ckp kat dia upin ipin dah nak start trus dia ngadap tv & dah hafal sgt iklan yg biasa kan kluar sblum rancanagan upin ipin kluar. Pastu bila tgk je intro upin ipin, terus menjerit suka.

9) Pandai letak jari telunjuk kat mulut suruh diam mcm sebut "Shh", tp x kluar pun sebutan tu & jari tu sbnrnya letak kat lubang idung dia je.

10) Masih lagi fanatik dgn angry bird w/pun kurang sikitla berbanding dulu.

11) Tau guna hp bila letak hp kat telinga sambil ckp (bahasa dia je yg faham). Tp kdg2 camera pun dia igt hp
.
12) dah kenal pen/pensel & pandai dah menulis. Ops silap, menconteng.

13) dah pandai nak main cak2 dgn org

14) Pandai dah pusingkan stereng kereta sambil gerakkan  gear(gaya mcm bw kereta konon2nya).

15) Dah pandai joget bila dengar lagu yg dia suka. Goyang badan kiri kanan & depan blkg je sbnrnya..

16) Dah kenal sikat & pandai sikat rambut sendiri & sikatkan org w/pun rambut akan menjadi semakin serabut lps dia sikat.

17) Pantang nmpk kasut mesti nak pakai w/pun x pandai.

18) Kenal topi, hairband & getah rambut yg selalu dipakai kat dia & akan cuba pakai sendiri. mcm pandai je.

19) Pandai tgk & buka buku @ majalah. Pandai syg baby dgn kiss baby (biasa gambar kat dlm majalah).

20)  Dah pandai ambik kunci nak buka pintu sendiri w/pun x sampai.

21)  Dah tau time bila ibu dia balik keje & akan ambik dia dr umah Kak Linda(pengasuh).

22) dah pandai nak main tepuk amai2 @ "sep3, me3,tom3".

23) Dah pandai minum guna straw. Air yg paling dia suka air 0 & calciyum.

24) Takut pada lipas, tp dah kurang sikit berbanding dulu. Myb sbb dah lama x nmpk lipas.

25) Binatang yg dia kenal & suka tgk -bird,cat,fish

26) Wlupun x pandai ckp lagi, tp dia faham segala arahan & apa yg org ckp kat dia.

27) suka sgt kutip benda kat atas lantai & masuk mulut. Mmg ssh nak control, kdg2 x prsan, sdr2 je mcm ada someting dia mkn confirm ada benda & kene chek trus apa dlm mulut dia.

28) Gigi ada 8 btg, bhgian depan 4 atas & 4 bwah + 1 btg geraham sblh kiri.

Rania membesar dgn sihat bagaikan Juara. Sbb tula dia sentiasa aktif, x reti duduk diam & reti penat.


Apr 13, 2012

Istimewanya Insan bernama "WANITA"

Subhanallah....betapa besarnya darjat yg Allah kurniakan kepada hambanya yg bergelar Wanita. Bersyukurla kerana dilahirkan sebagai wanita...


1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.