Apr 25, 2012

YB Melawat Rumah

Wah...YB mn plak yg datang umah aku ni???Tajuk entry x tahan, mentang2la pilihanraya x lama lagi. Poyo je...huhu.

Entry kali ni xda kaitan langsung pun dgn YB ke, pilihanraya ke hantu raya ke jalanraya ke....sj je buat gempak sikit. Actually nak citekan pasal Rania Iman Insyirah budak kecik comey yg comot tu..hehehe..(puteri kesayangan aku & en husbandla...). jgn marah ha...nnti kne jual. (^_^).

Ari ni  umur Rania 1 tahun, 3 bulan, 3 minggu & 4 ari. Dah semakin bijak, semakin lasak & semakin  pandai menunjuk perasaan. Perkembangan paling terbaru, dia dah pun kuat berjalan sendiri tanpa perlu di pimpin tangan lagi w/pun kdg2 dia berjalan tu mcm di tiup angin ke kiri ke kanan. Kalau silap pijak sikit, confirm mmg jatuhla. Tp dah kuat bangun sendiri & sambung jalan balik.

Tiap2 ari keje dia skrg jalan masuk kluar bilik & kluar dapur, x reti penat. Kak Linda kata dah mcm Yb melawat rumah rakyat . Sbb tu la aku letak tajuk entry tu..hehehe...Aku tgk pun penat & pening kepala, tp dia selagi x haus, x ngantuk..selagi tu la dia melawat bilik ke bilik sambil mengemas (kemas sgtla...)Dahla jalan pun laju semacam je....Mcm nila agaknya semua baby yg dah pandai berjalan. Seronok sgt dah pandai jln sampai x reti plak nak duduk.

Kalau bw jalan kat luar umah pun skrg, berlagak xnak pimpin tangan..Sesukati dia je nak jln g mn w/pun ibu & ayah dia punyala ssh hati tgk dia jln terhuyung-hayang  tp laju. Semakin letihla nak mengejar dia lps ni...Tp ikutkan perkembangan, Rania ni kira lambat gakla berjalan berbanding baby lain. Baby lain ada yg umur 9 bulan dah boleh jln. Tp x kisahla yg penting skrg dia dah boleh jalan w/pun lambat. Perkembangan lain boleh bc entry ni Rania 15 month already.

Okla, YB Rania nak sambung melawat bilik-bilik dalam rumah ibu ayah dia.(^^)


No comments: