Ha...menarik x tajuk entry kali ni??? Ni bukan nak cite dongeng ke ape, tp ni betul2 cite real yg jadi sendiri kat aku. Bukan terjadi tahun lepas, bukan bulan lepas tp ptg semalam....yess mmg br terjadi & 1st time benda ni jadi kat aku. Pjg plak mukadimahnya...ok2, nak citela ni.
Sebelum tu aku nak cite sikit pasal jiran aku ni. Dia ni muda lg dr aku, dlm 23 kot ( x brp igt dia ckp ari tu)dah kahwin & ada 3 org ank umur dr 10 bulan - 3 tahun. Dia org Sabah tp dah lama duk penang, laki dia org Kedah & duduk sekali dgn mak mertua dia. Umah dia tgkat atas umah aku, mmg selalu nmpk dia setiap ptg bw ank dia jln2 kat bawah. Keje dia jual brg2 Dna Vincee x silap aku, sekali dgn husband dia. Tp aku x pernah beli pun brg2 yg dia jual.Pastu pernah gak dia jual keronsang & gelang tangan kat aku. Aku tgk pun x berkenan, dah la x cantik pastu mcm lm punya je...siap jual longgok dlm plastik. Ntah sape punya ntah dia jual balik.
Ok, balik pd tajuk asal. Mcm biasala, setiap hari aku balik keje kul 5 pastu trus ambik Rania kat umah Kak Linda. So, kalau x lepak sembang dgn Kak Linda,sampai umah dlm kul 5.30 ptg & paling lewat kul 6 ptg. Ari tu sampai kul 5.30, tp Rania xnak naik umah trus, dia nak jln2 kat bwh jap. So, ikut jela...pastu terjumpala jiran yg pencuri ni, sempatla sembang dgn dia jap, dia cerita pasal ada 1 umah kene masuk pencuri pg semalam. Aku pun just tanya umah sape dia masuk, byk ke x brg ilang..& Rania plak dah tarik tgn aku nak trus berjalan. So, aku pun trusla pimpin tangan Rania balik umah sbb aku pun dah letih, mls nak sembang lama2.
Bila dah sampai umah, mestila nak rehat jap sambil melayan si kecik tukan...Handbag aku pun terus letak kat sofa x bw masuk bilik trus duduk rehat sambil layan tv.Tp lom pun sempat punggung aku panas kat sofa tu, dengar budak pempuan bg salam...mmm..confirm la jiran aku tu. Dgn muka yg x brp nak suka buka gakla pintu & terpacakla jiran aku dgn 3 org ank kecik dia depan pintu umah aku sambil ckp "ada jual kain, nak tgk x?" Dlm hati aku kata, x abis2 menjual, bukannya aku nak beli pun...Tp dah tetamu dtg, xkan nak halaukan..so, jemput gakla masuk. Pastu dia sambung lg cite pasal pencuri tadi, aku pun dengar jela. Anak2 dia plak dah mula la sibuk main mainan Rania, aku x kisahla dah nm pun budak2 kan, bukan dia ambik pun mainan tu.Rania plak buka handbag aku & nmpk hp, apalagi trus suruh bukala.
Pastu tba2 ank dia yg pempuan umur 3 tahun kata nak air. Dia siap ckp, "jom,balik umah minum" (setakat ckp jela..)Aku pun trus letak hp kat atas sofa & terus ke dapur ambik air 0 bagi ank dia tu minum.Ank dia tu ikut aku sekali ms aku g dapur tu. Ms ank dia tgh minum tu, dia plak dtg dapur tunjukkan kain yg dia nak jual tu. Dia kata " nak beli x Rm20 je, nak pakai duit ni". Ada byk ke jual kain, dia kata tggl 1 tu je.. Aku tgk pun mmg x berkenan langsung dgn corak kain tu (kain utk buat baju kurung), so aku ckp xpelah xnak. Bila dah aku ckp xnak, dia pun trus nak balik Lega aku rs bila dia kata nak balik.
Lps2 aku tutup pintu, trus aku cari hp aku balik sbb aku nak charges. Tp terkejut giler aku tgk hp aku xda, apa lgi gelabah la aku. Abis aku angkat semua sofa tgk2 kot terselit kat sofa2 tu tp xda, dlm beg Rania, handbag aku pun xda. Check kat dapur pun xda, dlm bilik pun xda. Sambil cari hp tu mulut aku asik tanya Rania mn hp...mn hp ibu...adik letak mana.... dgn nada suara aku yg nak nangis dgn air mata dah bergenang dah bila teringat beratus gambar & video Rania dlm hp tu, tp apelah yg Rania tau kan, ckp pun x tau lagi. Aku duk terbongkok-bongkok cr bw sofa dia pun ikut sama buat mcm nak tolong cari tp ntah apa dia cr pun aku x tau.
Bila dah puas cari x jumpa, mmg aku dah terpk jiran aku yg ambik so trus aku sarung je selendang, ambik purse aku, ambik kunci kereta & kluar nak cari jiran aku tu. Turun bwh sbb aku igt dia ckp tadi nak pegi umah jiran kat bawah, x nmpk, aku naik balik tgkt 3 umah dia tp berkunci. Aku masuk umah balik, cr balik tp mmg x jumpa. Aku kluar balik, ms tu mmg x tentu arah aku di buatnya. Dahla letih br balik keje, turun naik tangga plak dgn perut yg besar sambil dukung Rania lagi. En husband plak lom balik lagi, aku mmg x bleh nak tggu dia balik sbb lmbat so aku ambik keputusan nak cr sendiri hp aku tu. Kali ni aku trus g public nak try call hp aku dpt ke x & nak inform dgn en husbadn sekali. Call2 x dapat, confirm dia dah offkan hp aku.
Aku trus Masuk kereta balik, cr dia kat kwsn apartment tu. & alhamdulillah, akhirnya aku nmpk dia dr jauh jln kaki dgn ank2 dia. trus aku drive & stop kete depan dia. Aku trus tanya ada x ambik hp aku. Dia kata xda. Aku x puas hati , aku ckp aku nak check beg anak dia. nasib baik dia bagi sambil dia ckp x taula kalau ank dia ambik..(alasan..) Aku buka terus beg ank dia & mmg confirm hp aku dlm beg tu. Yg paling best hp case tu siap dah di buka & hp aku dah dioffkan. Aku ambik trus masuk kereta x ckp ape dah, w/pun dgr suara dia ckp mintak maaf.Ms tu mmg geram giler, x sangka dia buat mcm tu tp dlm ms yg sm aku lega sgt2 sbb aku jumpa balik hp aku. Kalau aku, mesti dia dah sorokkan hp aku dlm umah dia, xkan aku nak geledah umah dia plakkan.
Pastu aku x trus naik umah, sbb aku x nak terserempak dgn dia, aku berhenti jap kat depan kedai & cek hp aku. Tgk2 br perasan dia dah cabut sim card aku, nasib baik memori card ada lagi. Perghhh....mmg bengang aku. Dah sah2 dia mmg niat nak curi hp aku. trus aku cpt drive nak g jumpa dia balik nak mintak sim card aku. Sampai2 depan pintu umah aku tgk dia ada berdiri terpacak kat situ, trus aku tanya mn sim card. Dia kata dah selit bwh pintu siap minta maaf & ckp lagi ank dia yg ambik. Apalagi, dgn suara yg agk tggi aku ckp dia tipu, aku x sangka dia pencuri & cykan dia lagi. Dia pgg tgn aku, trus aku tarik & masuk umah trus tutup pintu kuat2. Jantung aku ms tu berdegup kencang giler mcm br lps lari 1000m,mmg geram sgt2 tp aku puas hati hp aku jumpa balik.
X lm pastu en husband pun balik. Aku dengar jiran aku tu pggl husband aku, trus aku pggl en husband masuk umah. PAstu aku tanya dia ckp apa. En husband ckp ank dia yg ambik....huh, bagi lg alsan bodoh tu. Logik ke budak umur 3 tahun pandai buka case hp, buka simcard & offkan hp tu????? kalau betul budak tu ambik kenapa dia nak buka semua tu???? Mmg dasar panjang tangan.En husband kata, kalau dia x bg balik hp tu mmg akan report polis. Kuang ajar punya jiran.
Bila dah jd mcm ni, jgn harapla aku nak bg dia masuk dlm umah aku lagi. Pttla setiap kali dia dtg umah ank dia bw beg, rupanya dia gunakan utk simpan brg curi dia. Ntah sape lagi dah jd mangsa dia agaknya. Ms cr hp aku dlm beg tu tadi ternmpk camera, x taula tu camera dia or camera curi gak. Keronsang, gelang tangan & kain yg dia nak jual kat aku sebelum ni pun ntah2 brg curi. Ha, kan aku dah pk bukan2..... x psl2 aku pun berdoasa. Astaghfirullahalazim....Tp yg pastinya aku xnak tgk muka dia lagi, meluat giler.
Huh, pjg giler aku membebel dlm entry kali ni. Letih jari jemari aku...hehehe...x kisahla, yg penting hati aku puasa dpt luahkan semuanya w/pun mayb xda org bckan. huhu...So, moral of the story jgn mudah menilai org. Lom tentu org yg baik depan kita tu betul2 baik. Baik ada makna......
.jpg) |
Confirm sampai sebulan aku x boleh tido kalau x jumpa hp ni balik. |