Ari ni 1 Rejab 1433 hijrah.Banyak kelebihan & keistimewaan yg Allah kurniakan kepada kita dlm bulan Rejab ni terutama sekali jika kita berpuasa. So, entry kali ni nak berkongsi dgn all my frens tentang kelebihan bulan Rejab ni. Semoga boleh dijadikan sebagai panduan & amalan kepada kita umat islam.
Kelebihan Berpuasa di bulan Rejab ;~
Setiap umat islam yg berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Jika bersedekah seperti beribadat 1,000 x haji & umrah. Di bina untuknya 1,000 mahligai dgn 1,000 bilik & 1,000 bidadari, lebih cantik drpd 1,000 x matahari.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah 1,000 dinar, dituliskan kpd tiap2 helai bulu romanya 1,000 kebajikan, diangkat 1,000 darjat & dihapuskan 1,000 kejahatan serta dijauhkan drpd api neraka.
1) Puasa 1 hari ; seperti berpuasa 40 tahun & mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi(firdausi).
2) Puasa 2 hari ; mendapat kemuliaan besar drpd Allah & dilipatgandakan pahalanya.
3) Puasa 3 hari ; dijauhi dugaan dunia, dijadikan sebuah parit panjang yg menghalangnya ke neraka.(panjangnya setahun perjalanan)
4) Puasa 4 hari ; diselamatkan drpd seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
5) Puasa 5 hari ; aman dr azab kubur.
6) Puasa 6 hari ; dibangkitkan dari kubur dgn muka yg bercahaya.
7) Puasa 7 hari ; Allah menutup 7 pintu neraka baginya.
8) Puasa 8 hari ; Allah membuka 8 pintu syurga kepadanya.
9) Puasa 9 hari ; keluar dr kuburnya menyeru "lailahaillah" & tidak ditolak dia dr memasuki syurga
10) Puasa 10 hari ; Allah memperkenankan semua permintaan & hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu & dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
11) Puasa 13 hari ; Fadilatnya seperti berpuasa 3,000 tahun.
12) Puasa 14 hari ; Fadilatnya seperti berpuasa 10,000 tahun.
13) Puasa 15 hari ; Allah mengampunkan dosa2nya yg lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dgn amalan kebaikan. Fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
14) Puasa 16 hari ; dapat melihat wajah Allah di dalam syurga & org pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
15) Puasa 19 hari ; di bina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim & Nabi Allah Adam.
16) Puasa 20 hari ; Allah mengampunkan segala dosa yg lalu & melakukan amalan baik dgn baki umurnya.
17) Puasa pd 20 Rejab(israk & Mikraj) ; seperti berpuasa 60 bulan pahalanya,jika di sertai dgn sedekah seumpama berpuasa 1,000 tahun.
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."
No comments:
Post a Comment