Amboi...mentang2la mc 2 weeks, sampai blog pun mc sekali 2 weeks. hehehe...Ari ni start keje balik lps 2 minggu mc (
chicken pox). Ni la 1st time mc lama giler....tp mmg bestla cuti lama2 mcm ni w/pun cuti dsbbkan sakit, sekali dgn en husband plak tu. hehehe..Tp bila dah cuti lm2 sgt ni mula mls nak keje balik, mood keje tu dah terbang jauh dah. Sampai2 ofis je tgk meja penuh dgn keje dah sedia menunggu aku...huhu...
Nak cite sikit psal pengalaman aku kene chicken pox. Serius, mmg teruk giler aku kene. Mula2 siap gelakkan en husband sbb kene chicken pox teruk sgt mengalahkan Rania, last2 diri sendiri pun kena lagi teruk plak tu.(akibat derhaka kat suami la tu..hehehe..)Dalam ms 2-3 hari tu ok lg la, biji2 merah tu pun br kluar sikit & kecik2 je. Tp lps tu...hanya Allah yg tau betapa lemah nye badan ni, rasa lenguh 1 badan, letih & rasa nak tido je...Ber++++ menakutkan bila biji2 merah tu mula tumbuh membesar dgn berair (mcm belon) penuh 1 badan sampai ke muka. Eeee...takut giler tgk muka & badan sendiri masa tu.
Mula2 igtkan nak jaga je Rania x pyh antar umah kak Linda, tp kesian plak Rania dia main sorg2 xda sape melayan, sbb ibu & ayah dia asikla terbaring, tertido betul2 mcm org sakit tenat. So, antarla umah kak Linda, ada gak si kak Anisnya yg rajin melayan. lagipun aku risau takut berjangkit balik kat Rania. Cukupla sekali dia kena. Mmgla org ckp biasa kalau sekali dah kena chickecn pox ni, xkan kena lagi tp tgk juga antibodi masing2. Kalau yg antibodi lemah tu x mustahil boleh kena balik.So, seminggu gak la antar Rania kat umah kak Linda w/pun aku & en husband x keje. Mmg aku berkurung dlm rumah seminggu x kluar langsung sbb segan org tgk muka aku & takut virus aku ni berjangkit kat org lain plak.
Seminggu tu jugakla aku mmg x masak langsung (ikut pesan mak aku x boleh nak tumis2, nnti lagi byk chickecn pox tu kluar). Mmg serius aku x larat nak buat keje ape pun, asik terbaring tido je keje. Pastu selera makan pun xda, tekak rs pahit je & lidah pun pecah2 sakit. Byk minum susu+quaker oat je sbb kesian baby dlm perut ni lapar.
========================================================
Isnin mggu depannya plak (hari ke 8 kena chicken pox), aku kena g klinik kesihatan nak check baby mcm biasala rutin tiap2 bulan. Masa tu mmg risau giler, asik pk camne nak berdepan dgn org2 kat klinik tu sbb muka aku penuh dgn chicken pox ni. Malunye...rs mcm nak pakai purdah je. lagi 1 asik pk camne nurse nak check jantung baby kalau perut aku pun penuh chicken pox. Tp nak tak nak kena g gak la, lagipun aku nak tau perkembangan baby dlm perut aku ni sihat ke x, lagi2 bila aku kena chickecn pox ni. risau kalau ada apa2 effect kat baby.
Sampai2 je kat klinik.....mmm...dah agak dah, semua org tgk aku. Malunye....mnla nak sorokkan muka ni. Tp wat2 x nmpk je dirorg tu, lantakla dieorg nak ckp ape pun. Di sbbkan chicken pox ni, berat badan aku turun 2kg jadi 44kg dlm ms seminggu je. mn x nya, seminggu x mkn ape, mkn sikit pun dah x lalu nak telan. Kecewa sungguh aku, br bercita-cita nak naikkan berat badan sampai 55kg ms pregnant kali ke-2 ni. Nak + barat badan punyala payah, tapi nak turun sngler sgt.
Ms tgh check perut tu, ntah mcm mn aku boleh ckp baby kurang gerak. Padahal biasala tukan sbb ada ms baby ni tido, lagipun time tu awal lagi lom pun kul 10.00 a.m. Tapi dsbbkan aku dah ckp mcm tu kat nurse, dgn keadaaan aku yg kena chickecn pox ni plak trus aku kene jumpa Dr kat klinik tu. & lps Dr scan baby, dia kata jantung semua ok tp aku kena admit wad kat hospital seberang jaya. Apalagi, terkejut la aku trus rs mcm nak nangis sbb pk kene tgglkan Rania & aku mmg x suka duk hospital.
Pastu trusla inform dgn en husband kena admit, siap ckp xnak pegi. Tp en husband suruh gak pegi, bahaya kalau apa2 jadi kat baby nnti. Terus muka aku jadi sedih...balik2 umah trus packing brg apa yg patut nak bw hospital sementara Rania dah tertido, ngantuk sgt. Pastu aku pun tido sekali sebelah dia tgk muka dia sambil pk camne nak tgglkan dia, trus air mata aku mengalir. Sedih...x pernah lagi tgglkan Rania mcm ni, risau kalau mlm2 time tido dia menangis cr aku xda.
Dalam kul 1 ptg br aku bertolak g hospital & Rania kiteorg tgglkan umah kak Linda sementara en husband antar aku.Sampai2 hospital trus ke bahagian labour room, pastu en husband register wad. Aku plak terus di suruh tukar baju, pastu scan baby sekali lagi, ambik darah kat tgn(ni plg aku x suka sbb sakit, jarum pjg giler cucuk tgn aku yg kurus ni..)
.jpg) |
selama aku dlm wad, benda ni terpaksa melekat kat tgn aku. Gerak sikit pun dah sakit.
|
Lama gakla nak settle semua, menunggu tu yg lama. Bosan aku, biasala hospital punya keje. Kesian en husband kene tggu lama kat luar. Kul 4 br aku di bw masuk ke wad.Aku d tempatkan dlm bilik sorg sbb takut chicken pox aku ni berjangkit kat patient lain especially ibu2 & baby2 yg ada dlm wad tu (suka aku).
Lom pun 1 ari aku masuk wad, aku dah rs bosan tahap gaban. Dahla terkurung je dlm bilik tu sorg2 x boleh kluar, xda tv, xda internet...yg ada paper kosmo & majalah mastika yg en husband belikan utk aku sbb dia tau aku akan boring nnti kat dlm wad. Tp bila asik membaca, mata pulak mula la layu nak tertutup. Tp bila tido asikla terjaga bila dengar pintu bilik aku dibuka. Dr asik kluar masuk check perut aku (ntah brp org Dr ntah dtg check silih ganti mcm aku sakit tenat je), pastu nurse plak masuk check jantung baby & tekanan darah, ada plak yg masuk bagi ubat, ada plak yg masuk antar mknn. Mcm tu la sampai le ke esok harinya....serius bosan giler. Boleh giler dibuatnya duk dlm wad mcm tu lama2..huhu.
 |
menu time lunch |
Aku x tau camne aku boleh abiskan mknn kat hospital tu w/pun lauk dia mmg x sedap. Kalau yg biasa duduk wad tu taula mcm mn menu kat hospital hari2. Tp mayb dsbbkan aku lapar sgt, yelah dah seminggu x mkn & masuk2 wad je trus lapar. Actually ni 2nd time aku masuk wad, 1st time ms melahirkan Rania dulu. Tu pun 2 ari je.
Hari ke-9, Dr ckp aku dah boleh kluar wad. Seronok giler aku tp nak tggu ptg tu punyala lama aku rs. Kul 5 en husband dtg trus bayar bil hospital RM30 (igtkan free..). Pastu aku pun packing brg2 aku & register kluar wad. Lega la sgt2 semua dah selamat, baby pun dah aktif mcm biasa. Rs mcm nak menjerit merdeka je. balik je trus ambik Rania kat umah kak Linda, rindu giler mcm seminggu x jumpa. En husband kata ms mlm aku kat wad, Rania tido awal kul 8, x meragam pun. Mayb dia tau kot aku masuk hospital. Bagus ank ibu ni.
Esoknya, hari ke-10 aku ke hospital tempat 1st aku ambik mc chicken pox aku ni nak mintak sambung mc lg sbb x baik lagi. w/pun chicken pox tu dah kering tp lom kering sepenuhnya. mula2 tu rtisau gak kalau Dr x bagi mc lagi tp bila tunjukkan je kat Dr chicken pox kat badan aku, trus dia bagi mc 6 hari lagi. Wah...seronok giler aku. en husbadn pun dapat sambung mc lagi seminggu.
Esoknya hari ke-11 mmg aku rs dah ok sgt cuma parut2 je tggl kat muka aku. En husband plak xda byk parut sgt, sbb dia kene x teruk mcm aku. Tp kiteorg siap dah boleh kluar ke bershopping, bw Rania jalan, g pasar malam...hehehe...Almaklumla seminggu x kluar rumah...
Ari ni, ari ke - 16 aku dah betul2 sembuh w/pun x spenuhnya sbb parut2 masih lagi jelas kelihatan especially kat badan & tangan & masih lagi terasa gatal2. Sekarang ni tgh usaha menghilangkan parut plak especially kat muka ni.
Tamatla cite aku selama 2 mggu diserang chicken pox. Cukupla sekali ni aku kene, x sanggup nak kene lagi. Ape pun yg penting baby dlm perut aku ni sihat walafiat, semoga dia xdapat effect yg -ve dr chicken pox aku ni. & semoga Rania x kena lagi sekali chicken pox ni, kesian dia. Pada korang2 yg belum pernah kena, crla info pasal chickecn pox ni so boleh buat persediaan awal bila dah terkena, especially kepada ibu2 yg hamil sbb risiko bahaya yg besar kpd baby dlm kandungan.
Tamat.......(^^).