Entry kali ni nak cerita pasal Rania (w/pun dah mmg selalu post entry pasal si kecik ni...(^_^)) & bakal adik dia yg kat dlm 'oven' ibu dia ni. 2 hari lagi umur Rania genap 1 tahun 6 bulan & baby dalam 'oven' ni plak genap 34 minggu (44 hari lagi akan deliver). Alhamdulillah, setakat hari ni kedua-dua ank ibu ni sihat w/pun Rania br je baik demam tp skrg dah sihat & aktif mcm biasa balik. Baby plak semakin membesar & aktif bergerak sampai perut ibu dia ni dah jadi senget-benget & jd mcm2 bentuk di buatnya, nak gak aktif mcm si kakak.
Yg jd x aktifnya sape lagi kalau bukan si ibu dia ni yg semakin hari semakin lemah je nak berjalan, lebih2 lagi bila nak naik tangga di+ plak kena dukung Rania. Rumah yg kat tgkt 2 tu rs mcm tgkat 10 jdnya....Nak buat keje2 lain pun x larat especially masak (ckp jela malas....x larat konon..ceh). So, terpaksala en husband tapau mkn kat kedai je....Tp yg peliknya jd kuat plak bila bershopping...(^_^)). Pelikkan??????............
Semakin dekat nak deliver ni, semakin byk ragam Rania & semakin manja dengn aku. Pening di buatnya, betul2 menguji tahap kesabaran ibu dia ni. Dengan ayah dia langsung xnak lagi2 bila time nak tido mmg ibu dia ni yg kena tidokan, kecuali kalau ayah dia nak g jalan confirm laju je dia nak ikut. Mmg pantangla nmpk ayah dia tukar sluar & baju, automatik trus dia ambik kasut dia w/pun ayah dia xda ckp apa2 lagi. Time tu mmg tggl trusla ibu dia.....Pastu mudah sgt nak menangis..sensitif. Bila citekan kat mak (nenek dia), mak ckp 'biasalatu nak dapat adik. Budak2 kalau dah tau nak dapat adik mmg selalu buat perangai mcm tu sbb dia takut nnti ibu dia x sygkan dia lagi..' Aku pun x pasti betul ke x tp mmg aku biasa dengar drpd ibu2 mcm tu jugak.mayb ada betulnya,w/pun budak kecik lagi tp mayb instinct dia kuat.
W/pun kerenah Rania semakin hari semakin menguji tahap kesabaran aku, perasaaan syg aku pd dia x pernah berkurang malah semakin menebal. Xkan sesekali aku dera dia k....selisih malaikat 44. Lebih2 lagi bila melihat dia membesar dgn semakin bijak. W/pun belum pandai cakap & sebut perkataan ibu @ ayah (serius...x sabar nak dengar perkataan pertama Rania>>>'ibu'), tp dia faham apa yg org ckp & suruh dia buat.
& yg paling x tahan skrg ni bila dia dah pandai sebut Allah hu akbar w/pun sebutan dia bunyi mcm 'allah aba aba". Kak Linda kata, mcm org tua je sbb dia akan sebut perkataan tu bila nak duduk ke, nak bangun ke, nak langkah longkangke & bila2 ms jela dia rs nak sebut. Semuanya sbb terikiut-ikut dgn apa yg aku ckp sbb aku suka sebut perkataan tu depan dia bila dia nak terjatuh @ mcm dia jugak bila nak bagun dr duduk. So, mmg x boleh sebut perktaan yg bukan2 depan dia mulai sekrg sbb dia mudah ikut apa yg org buat or ckp. Time umur dia skrg ni mmg sedang belajar...otak dia mudah menerima apa saja di kelilingnya, so kena berhati-hati selalu kalau berckp depan dia ok.
Okla, sampai sini je entry kali ni. Ikutkan pjg lagi nak cite tp nnti korg boring plak bckan. So lain kali jela cite plak ye, tggu entry lain kali plak. hehehe..(prsn ada org nak tgggu...(^^). Da....
No comments:
Post a Comment