Dec 28, 2012

Perkembangan Terbaru Rania

Assalamualaikum...

Entri hari ni nak story sikit pasal si kakak, Rania yg dah semakin membesar nak jd anak dara dah. Tggl 5 hari je lagi umur kakak genap 2 tahun. Cepat je dah besar anak ibu sorg ni. 

Alhamdulillah...Rania membesar dgn sihat w/pun dalam tempoh membesar tu dia kerap demam & byk kali kena demam campak. Mayb antibodi dia lemah disebabkan aku x dapat nak bg dia full breast feed, hanya sampai 6 bulan je, tu pun campur sekali dgn susu formula. Perkara ni la yg buat aku terkilan sgt2 sampai skrg tp nak buat mcm mnkan, benda dah lps. Yg penting skrg aku akan cuba beri yg terbaik utk kakak..Apepun alhamdulillah, kakak tetap aktif & semakin bijak.

 Semakin hari semakin byk perkataan baru yg dia pandai sebut w/pun just sebut hujung2 perkataan tu je. Masih boleh di fahami apa yg di ckpkan. Kalau x faham pun buat2la faham. Ayh & ibu pun dah pandai sebut cuma terkilan sikit "ibu" jd "bu" je, tp "ayah" pandai pulak sebut perkataan penuh. Haiisshh, ni yg x puas hati ni. Tp yg paling bestnya, kadang2 dia panggil "mak", bukan pggl aku je, ayah dia pun dia panggil "mak". Tak ke pelik tu????  Kira ok lagi la tukan drpd dia pggl aku or ayah dia atuk & nenek x ke haru tu. hehehe..

Rajin membaca, suka dgn buku2. Mayb sbb ikut aku yg jenis suka membaca. Aku jarang dapat luangkan masa utk ajar Rania membaca, so ms yg ada di gunakan sebaik mungkin. Cthnya time antar or ambik dia dr umah Kak Linda, ms dlm kereta tu aku akan ajar dia baca ABC & Alif,Ba,Ta... Dia akan ikut apa yg aku ikut w/pun kdang2 dtg jugak time mls dia x boleh nak paksala. Bila nak naik tangga umah plak, aku ajar dia mengira 1,2.3...Tiap-tiap hari benda ni la yg aku ulang, w/pun kdg2 nmpk dia mcm jemu tp aku teruskan jugak. Tp kalau dia xnak tu, aku x paksa. Alhamdulillah....dgn cr mcm ni pun Rania cepat dapat apa yg aku ajar.

Sembahyang??? Alhamdulillah dia pandai meniru cara org sembahyang sbb biasa tgk ibu & ayah dia sembahyang. Kat mn2 pun dia boleh sembahyang, depan tv ke, kat dapur ke, dlm bilik ke...x pyh pakai telekung, x pyh angkat wuduk, x pyh sejadah terus je sujud...biasa budak2 yg br nak belajar sembahyang mmg x reti rukuk, confirm akan sujud terus. Betul x???  Yg paling bagus mulut tu terkumat-kamit mcm baca surah. Bila ayah ibu dia sembahyang dia just pandang je, x kacau. Tapi kadang2 dia kacau gak lagi2 kalau dia nak suruh buat sesuatu confirm berdiri atas sejadah depan kita. X pun dia suka panjat belakang time kita sujud sambil gelak2...Selagi dia x turun, selagi tu la x boleh bangun sbb takut dia jatuh. Tp solat x batal selagi Rania dlm keadaan bersih cuma confirm mmg dah x kusyk dahla time tukan...

Gambar ms kat kampung, nak sgt pakai telekung.
Comeykan??? Semoga anak ibu menjadi anak yg Soleha. 

Perkara terbaru yg betul2 aku rs teruja & hapy sgt dgn si kakak ni...dia jadi sorg yg rajin. Sebelum ni kalau lps main, brg2 mainan dia abis bersepah & dah tentula ibu ayah dia kena kemas & simpan balik tp skrg lps je dia main mesti dia simpan balik brg2 mainan dia w/pun time ayah or ibu dia nak cepat kluar tp dia still nak kemaskan dulu mainan2 dia sebelum kluar. So, kenalah ibu or ayah dia tolong kemaskan sama kalau x lambtla jdnya nak tggu dia kemas. Ibu ayah bangga sgt dgn ank ibu. Harap2 biarlah rajin sampai bila2, jgn time kecik je rajin udahler....

Lagi 1, pantang dengar ibu dia ni menumbuk bawang kat dapur confirm dia berlari dtg nak "tolong" tumbukkan. So, kenalah bagi dia buat w/pun risau gak takut cili masuk mata dia tp kuat mnla sgt si kecik tu boleh tumbukkan dgn lesung batu yg berat tu drpd dengar dia nangis2 kalau x dapat buat. Dia dapat pgg lesung batu tu & tumbuk jap jadilah, pastu ckp "ok, dah siap"..dia pun ckp "ciap" & terusla dia sambung main balik. 

En husband cepat2 snap gambar ni...

Sekarang kuat mengadu. Pantang ada orang usik sikit confirm mengadu. Contoh kalau ayah dia usik dia sikit msti dengar la suara dia "Bu...ayah *&%$#*^#&..ni..."sambil tangan tunjukkan kat mn ayah dia usik. X faham apa dia ckp tp faham melalui gaya perckpan dia. Si ibu dia ni pun buat2la marah & pukul manja si ayah ataupun ckp "nnti ibu bap (pukul) ayah" sbb kalau x buat mcm tu dia x abis ngadu & nangis.Tp kadang2 ayah dia x buat apa, just buat memek muka pun dia ngadu. Lawak pulak jadinya sbb cuba tiru balik gaya yg ayah dia buat utk ngadu kat ibu dia tp x sama memek muka yg ayah dia buat dgn yg dia tiru buat. Lagila ayah dia suka menyakat. Letih di buatnya. Bukan ayah dia je, Anis & Afiq anak kak Linda(pengasuh Rania) pun suka menyakat sbb seronok tengok dia ngadu. Rania...Rania...

Sejak dah mula pandai bercakap ni w/pun pelat & cuma perkataan  1st & last je boleh di faham, asikla pot pet pot pet x reti penat. Dia sorg je faham apa yg dia ckp. Pantang dengar lagu, semua dia layan & nyanyi sama x kira lagu apa hindustan ke cina ke semua dia layan tp dia nyanyi dengar perkataan last je la..

Ape pun, Alhamdulillah Allah telah panjangkan umur ibu & ayah utk sama2 besarkan Rania sampai sekarang.Semoga Ibu & ayah dapat terus membesarkan Rania & memberikan didikan dunia & akhirat dengan sempurna. Sayang anak ibu & ayah.


Dec 27, 2012

Part 2 : Christmas Day ~ Beraya ke Taman Botani

Sambungan drpd entry ni.


Lps "beraya" umah P.Ramlee, terus ke Taman Botani utk jalan2 joging  & cuci mata melihat kehijauan alam ciptaan Tuhan. ceewah.... Drpd rumah P.Ramlee ke Taman Botani tu xdalah jauh sgt pun, jap je dah sampai cuma jammed sikit la kan time2 public holiday ni. 

Actually dah byk kali dah dtg sini & ada sekali masukkan dlm entry ni. Time ni si kecik Raisya lom ada lagi, Rania pun kecik lagi time ni, br pandai duduk. Kali ni 1st time la bw si kecik Raisya jln2 kat sini. Ramai plak yg sambut christmas kat sini.....Aku mcm biasa la kalau dtg sini msti nak ambik gambar, especially gambar anak2.

En husband xda sbb dia jd cameraman kiteorg.(^_^)
Si kecik ni nak bergambar jugak...tp dalam stroller jela.

Ni plak gambar2 si kakak. Susah betul nak ambik gambar anak dara ni skrg, xnak pandang camera & x reti duduk diam. Tu yg semua gambar jd mcm ni..





Last snap sebelum balik.


Gambar en husbadn xda, x sempat nak ambikkan sbb Raisya dah meragam ..Lps dah penat berjalan & bergambar, kul 6 baru la balik. Dah ptg nnti lewat plak nak mandikan Rania & Raisya.

So, tamatla aktiviti kami sekeluarga time christmas ni. (^_^)


Dec 26, 2012

Part 1 : Christmas Day ~ Beraya ke Rumah P.Ramlee

Semalam public holiday-Christmas day. So, mmg x kejela kan. Masa tgh sibuk2 memasak kat dapur tu, tba2 en husband tanya ;

En Husband  : sayang dah pernah p umah P.Ramlee???.
Terkejut aku, yela tgh kusyuk menumbuk bwg tba2 ada suara kat blkg. Tgk2 en husband tercegat kat blkang, ntah bila ms dia ada kat situ pun x sedar. Dengan kening yg berkerut, aku just geleng kepala je sambil pandang muka en husband dengan muka pelik. (tau ke muka pelik camne???) 
En Husband : Jom p nak???
Ooo...nak ajak p ghupenya...
Aku : Jom...kat mana? Abg dah pernah p ke?
En Husband : Kat seberang (menyeberang penang bridge). mmm..pernah p sekali.
Aku : ok... 
mmg tgh tggu sgt2 en husband ajak g jalan mn2. yela cuti2 ni boring duk umah. Bw anak2 g berjalan kan best. Dah duduk penang dekat 10 tahun br nak pegi umah P. Ramlee tu.....ape kes???

Lps mkn tgh hari, solat zohor & anak2 pun dah bangun, kul 3 ptg kiteorg pun on the way g umah kelahiran allahyarham P.Ramlee tu. Kira g jalan raya gak la ni...raya christmas.hehehe...Nak masuk free je, x perlu byr. Ramai gakla org yg melawat galeri & rumah P.Ramlee tu. Sebelum g umah P.Ramlee, masuk dulu kat galeri barang2 tinggalan P.Ramlee. X byk pun yg di pamerkan, byk gambar2 je & barang2 yg P.Ramlee pernah guna dulu mcm baju, alatan muzik & beg. Kiteorg tgk jap je,pastu terus g umah dia yg terletak kat sebelah galeri tu je. Lagipun Rania mcm boring je dlm galeri tu tadi (termasuk la aku).hehehe..

Rumah P.Ramlee ni, rumah papan mcm umah atuk nenek aku kat kg (melaka) je. Cuma dia kecik & comel je tp cantik. Sbb sentiasa terjaga & sekeliling halaman rumah tu di hias rapi dgh pokok2 bunga. Ms kiteorg dtg tu, ada sorg pak cik tgh siram pkok2 bunga tu. Mcm best je lepak kat umah ni, lepak jela tp kalau nak menetap terus x nakla..

Sebelum masuk umah, harusla snap gambar dulu kat depan halaman umah tu.

Comel je kan umah P.Ramlee ni.


Sebelum masuk umah, tgk bwh umah & sekeliling umah dulu...(dah mcm yb melawat plak.....). Sbb ramai plak yg dtg beraya time tu, dah penuh sgt dah. So, kiteorg ambikla gambar kat luar umah  dulu sementara tetamu lain balik...

Tangga bahagian dapur.
ssh betul nak ambik gambar ank dara sorg ni, x reti duk diam & xnak pandang camera langsung.


Si kecik yg mahal dgn senyuman....
Kat belakang tangga tu (bwh rumah) ada basikal, sampan & bangku nak duduk. Nak ambik gambar si kakak tp dia nangis xnak plak...tu yg ambik gambar kat tangga je. Bila tgk tetamu dah abis "beraya" & dah beransur balik kiteorg plak masuk nak "beraya". 

"Assalamualaikum....sape di dalam? Kami di luar...."hehee...
Sebelum masuk, harusla buka kasut dulu hokey...Naik2 tangga je ternmpk plak warning sticker no camera. Haiisshh..x boleh ambik gambarla plak. Xpe, ambik gak gambar kat luar ni. Bukan ada org jg pun, lg pun guna hp camera je....xpe kot...nmpk org lain pun ada ambik gambar gak.

Ni kat bahgian beranda, tempat melepak ambik angin petang.

Dalam rumah ni xda byk barang pun, sofa kerusi mmg xda. Tv, radio lagila xda...(bosan tahap gaban kalu duk umah ni sorang2). Yg ada gambar2 P.Ramlee yg tergantung kat dinding termasukla gambar mak & bapa beliau. 


Mak & Bapa P.Ramlee. Lupa plak nm diorg.
Pastu ada 1 bilik & ada katil besi yg mcm best je kalau nak tido jap,beg pakaian, baju 2-3 helai yg tergantung & meja tempat sikat rambut sbb ada sikat kat situ mstila tmpat sikat rambut kan, tp..mn ntah cermin dia. Agknya P.Ramli sikat rambut x tgk cermin kot. 

Baju P.Ramlee yg tergantung dlm bilik tu.

Sebelah bilik tu dapur, mcm dapur umah aku kat kg zaman aku kecik2 dulu...dapur kayu. Ada pinggan mangkuk & cawan kat situ. 

Bahagian dapur
Bahagian luar bilik.


Tu la serba sikit gambar yg sempat di ambil (curi2 ambil) ms kat rumah P.Ramlee tu. So, kalau korang rs x puas hati & berminat nak tgk dtg je la terus kat sini.  Sebelum meninggalkan umah ni, ambik lagi sekeping gambar kat luar pagar. 
Si Kakak yg mmg x reti duk diam.

Dah abis beraya. Tekak kering giler, trus mencari kedai jual air. Pastikan korang bw air minuman sendiri sbb tuan rumah tidak menyediakan minuman untuk tetamu. Harap maklum. hehehe..(tidak dibenarkan buat mcm umah sendiri hokey...)

Tgk jam br kul 4.30 ptg. So,pasni g Taman Botani plak. Jom...

Dec 24, 2012

Part 2 : In Labour Room

Sambungan drpd entry ni.

Lps suruh en husband call mak bg tau aku dah nak bersalin, terus aku di bawa masuk ke labour room. & x sangka plak aku dapat labour room & katil yg sama masa bersalinkan Rania dulu, of coursela dalam hospital yg sama kan -Bukit Mertajam Hospital. Mmg aku igt lagi sbb usia Rania pun lom masuk 2 tahun, masih baru lagi kalau aku nak terlupa pun.En husbadn plak trus pergi registerkan aku dulu.

Lps aku naik ats katil, mcm biasa tangan aku kena cucuk jarum pjg lagi (mmg x suka sgt2 benda ni) utk masukkan air ke dalam badan melalui jarum tu. Lps tu alat CTG dipasang pd perut aku utk dengar denyutan jantung baby. Kedua-dua ni mmg prosedure biasa kepada ibu2 yg dah sampai masa untuk bersalin.

Sekali lagi Dr check pintu rahim aku dah buka brp cm. Masih lagi 6cm, tp aku tidak dibenarkan lagi untuk meneran pdhal perut aku dah sakit sgt2 dah ni. Sempat lagi aku inform dgn nurse kat situ aku nak husband aku temankan aku sama ms aku lahirkan Rania dulu. W/pun en husband x dapat kurangkan sakit yg aku alami tp sekurang-kurangnya persaan cemas & takut aku berkurang kalau dia ada kat sisi aku. Mmg yg ni pengalaman ke-2 aku tp bagi aku kalau sampai ank ke-10 (uuiishhh...biar betul 10????) pun aku nak en husband temankan aku dalm labour room tu. Biar dia tgk sendiri mcm mn susah payah wife dia ni nak melahirkan zuriat utk dia. 

Perut ni dah tentula semakin sakit, mmg sakit sgt2. Sambil tahan sakit tu  mata asik tgk pintu tgk en husband bila  nak masuk. Tangan pulak asik kuat genggam cadar & bantal sbb tahan sakit. Nurse plak tgh sibuk prepare segala alatan utk sambut baby aku kluar, yg ni mmg aku x sanggup tgk lagi2 ternmpk gunting  & pisau yg tajam bersinar, just jeling2 sikit je. 

X lama lps tu br nmpk en husband masuk, trus nurse suruh dia duduk kat tepi katil bahagian tepi sebelah kanan kepala aku. Tgh sakit tu sempat lagi sembang dgn en husband, tanya dia dak call bg tau mak ke lom. En husband kata mak jwb call trus tanya dah sampai mn sbb dia igt kiteorg dah on the way balik kg. Mmgla kan sbb plan ari ni nak balik kg dah tp tba2 ckp kat hospital, terkejutla mak. Tersenyum aku dengar en husband cite.  

Aku plak dah tiba saat utk melahirkan, Dr & nurse dah ready kat katil aku. Time ni persaaan takut tu mula la tersa sgt2 tp kurang sikit kot berbanding ank 1st dulu. Org ckp ank ke-2 & setrusnya, rs bersakit nak bersalin tu semakin kurang & semakin mudah. Aku pun x pasti betul ke x cuma i aku rasa mmg ank 1st perlu masa yg lebih panjang (pintu rahim perlu buka hingga 10cm) , sakit yg mmg sakit sgt2 & berterusan non stop berbanding ank yg 2nd ni aku rs masa dia kurang sikit w/pun kena tggu pintu rahim buka 10 cm gak & sakit yg x berterusan. Means bila dtg sakit tu mmg sakit sgt2 la, pastu ilang sakit tu boleh la rilex jap dalm 1-2 min rehat tarik nafas.

Aku x pasti apa mslh dgn ank 2nd ni, sbb nya aku dah xda tenaga nak teran bg baby kluar. Mmg byk kali cuba x berjaya, en husband plak bantu tolak kepala aku ke depan bg memudahkan aku meneran (Dr suruh buat mcm tu) .Sampai rs sakit nak meneran baby kluar tu dah xda langsung. Dr & nurse byk kali ajar aku buat cr yg betul w/pun aku dah ada pengalaman tp bg aku lebih mudah ckp drpd buat kan. Pastu bila Dr tgk mcm aku dah terlepak keletihan, dia tanya aku ada rs sakit ke x? Aku geleng kepala trus sbb mmg dah xda rs sakit langsung, sng ckp mcm baby dah kluar dr perut tp actually baby x kluar lagi. Aku x boleh terdiam lama mcm tu sbb takut baby lemas dlm perut. Tp mmg aku rs letih sgt2 mayb sbb aku masih lagi dlm kedaan berpuasa x berbuka langsung w/pun dgn seteguk air. Tp serius, aku x igt langsung yg aku tgh puasa time tu.

Last2 Dr suruh nurse masukkan ubat dlm air yg dimasukkan kedalam badan aku melalui jarum kat tangan aku tadi. Aku x pasti tu ubat apa tp yg aku tau x sampai seminit ubat tu masuk dlm badan aku trus rs sakit nak meneran tu dtg balik. Kali ni 3x teran jugakla br berjaya kluarkan baby. Alhamdulillah.....dapat jugak aku kluarkan baby dgn bantuan Dr & nursse2 tu, semuanya selamat & baby pun sihat. Hilang terus rs sakit & letih, lebih2 lagi bila dengar tangisan  comel si kecil tu. Dr trus tunjukkan aku baby kat aku & tanya baby boy or girl utk pastikan aku sedar & cam wajah ank ku. Aku mmg dah tau baby girl melalui scan sebelum ni. En husband berikan kucupan kat dahiku slps aku selamat melahirkan ank ke-2 ni, .sambil tangan dia x lps2 usap dahi aku yg dah berpeluh-peluh tu drpd tadi.

Lps baby aku selamat dikluarkan terdengar Dr tu ckp "besar baby dia ni ha....igtkan kecik je. Pandai mak dia bela". Aku hanya mampu tersenyum masih x mampu nak ckp apa2. Hanya dlm hati je berkata-kata mayb sbb dia tgk aku & en husband kurus, so dia x sangka baby aku besar. Selepas baby dah selamat dilahirkan, en husband perlu kluar dr labour room. Baby pula di bwa utk dibersihkan.

Sebelum sesi menjahit di mulakan, aku diberikan secawan air milo utk pulihkan balik tyenaga aku yg dah byk hilang tadi. Prose menjahit tu mmg agak lama jugakla, sampai letih kaki aku menggigil-gigil. Byk kali aku tanya nurse tu lama lagi ke sbb mmg aku rs dah letih sgt. Nasib baikla nurse tu x marah & ckp baik2 dgn aku suruh aku sabar sbb x boleh buat cepat2 takut nnti terbuka balik. Sejuk hati aku dengar suara lebut dia yg mcm memujuk tu.

X igt dah kul brp semua nya selesai. Sebelum aku di tolak masuk dlm wad biasa, ank aku yg telah dibersihkan & dibalut dgn kemas di bawa ke dalam dakapn aku utk diberikan susu pertama dr badanku. X dapat nak ucapkan dgn kata2 betapa gembiranya aku di saat tu bila melihat wajah comel si kecil. Serius, wajah x tumpah mcm x kakak dia masa lahir dulu. Dah nm pun adik-beradik kan...

Sesungguhnya Allah tu mmg berkuasa, bila mulut si kecil tu di suakan je pd puting breast aku trus dihisapnya xda langsung kekok w/pun ni la 1st time dia belajar utk makan/minum melalui hisapan. Kemudian aku trus di bw masuk kedalm wad biasa sambil baby berada dalam dakapan aku.

Alhamdulillah....semuanya telah selamat.

Inilah 2nd princess kami :-


Nama : Raisya Iman Ierdina binti Khairil
Tarikh Lahir : Sabtu,4/8/12 bersamaan 15 Ramadhan 1433 Hijrah.
Masa lahir : 11.28 pagi
Berat/ Panjang : 2.42kg / 50cm
Tempat lahir : Hospital Bukit Mertajam, Penang.


Tggu sambungan setrusnya dlm part 3 plak ye..Kita minum dulu...!!!


Dec 22, 2012

Part 1 : Delivery Time

Ok, ari tu aku ada post entry ni, so ari ni nak ceritakan start drpd awal pengalaman  bermulanya sakit nak bersalin anak ke-2 plak.

Sabtu, 4/8/12 (15 Ramadhan 1433 Hijrah)

Actually ari ni last day aku keje & esok dah start cuti mean maternity leave. Mmg dah plan awal2 lps balik keje halfday ari ni then ptg terus balik kampung (Melaka). Brang2/baju2 semua pun dah siap packing.

Time ni bulan pose, so mcm biasa bangun sahur kul 5 pagi. Lps sahur lepak tgk tv sementara tggu azan subuh dgn en husband. Rania still tido lagi di ulit mimpi. Lps solat subuh, baring2 jap sbb awal lagi nak bersiap g keje. Ha...lps solat ni la bermulanya cerita..(eh, bukan dah lm mula ke???) 

Ms lps sahur dah mmg rs sakit perut sikit2 dah tp igtkan sakit perut biasa nak membuang, so xdelah hiraukan sgt. So, lps sebuh tu makin sakit plak terus masuk toilet membuang .....x igt dah brp kali kluar masuk toilet tp rsnya 2-3x gakla. Dah mula terpk rs mcm dah tiba time nak bersalin sbb tanda-tanda sama ms nak bersalinkan Rania dulu tp hati ni ttp menidakkan sbb dlm kepala otak asik pk ari ni nak balik kg dah & nak bersalin kat melaka gak. Lagipun due date aku lagi seminngu w/pun aku tau x mustahil sbb ms Rania dulu pun awal 2 minggu dr due date. So, trus tahan je rs sakit tu sbb masih lagi di tahap boleh di control x sakit sgt .

Sampaila dah antar Rania umah Kak Linda, on the way g keje naik kete (en husband antar)sakit perut still lagi terasa tp x jugak inform kat en husband sbb takut kalau ckp awl2 nnti confirm kena trus admit hospital & dah tentula tertangguh nak balik kgkan. Ms dalam kete sakit tu rs dah makin kuat tp masih lgi under control w/pun  tangn pegang seat kete bukan main kuat lagi, tp en husband x persan sbb diakan tgh drive. 

Dah sampai ofis pun still x bg tau en husband dah sakit, huh mmg degil. masih lagi buat muka selamba mcm x sakit. Sampai ofis trus masuk ofis, en husband plak kata nak g svs kete & top up gas air cond sbb dah x sejuk. Masuk2 ofis je letak handbag atas meja trus masuk toilet. Jadi lg mcm subuh tadi kluar masuk toilet ntah brp kali., tapi sakit perut x ilang2 gak malah makin sakit. Start dr masuk ofis rsnya lebih byk abiskan ms dlm toilet drpd duk kat meja buat keje, sng cite mmg x dapat buat keje langsungla. Baru je ngadap pc paling lama pun 5 min pastu dah terkejar-kejar masuk toilet balik.Nasib baik staff lain x perasan sbb dieorg kat bilik lain.

Last2, kul 9 pagi dah mmg x boleh tahan dah & mmg dah confirm dah tiba masa nak bersalin terus call en husband suruh dtg ambik. Tapi............................................en husband pulak x angkat phone. Aduh...perut dah semakin sakit ni, badan dah rs berpeluh-peluh dah. Sambil call en husband, sambil jalan tawaf meja meeting & x tau la dah tawaf brp kali tp en husband still x jwb phone yg pastinya dah 10x call. Kalau terberana kat ofis ni mcm mn??? Tiba2 teringat balik bos cakap ms nak bersalin Rania dulu. Dia kata," ko jgn bersalin kat sini Zan, xda Dr kat sini. Semua engineer2 je, yg ada gerudi2 je." Gulllpp.... x sanggup.........Dlm kepala otak time tu nak suruh je sape2 staf kat situ (semua laki-engineer) tolong antarkan balik umah tp sebelum tu call dulu kak Linda.

Kak Linda : Hello
Izan : Hello, Kak Linda. Akmal ada umah x?
Kak Linda : Akmal? Anak Kak Linda ke?
(mesti Kak Linda pelik tba2 call dia terus tanya pasal Akmal anak dia bukan tanya pasal Rania)
Izan : Ha'a.
Kak Linda : Ada, kenapa?
Izan : Nak mintak tolong pergi umah izan tgk ayah Rania ada kat umah x sbb sy call byk kali x jawab. Rs mcm dah nak bersalin dah ni.
Kak Linda : Oh ye ke, dah sakit ksgt e? Nak bersalin dah? Ok2, nnti Kak Linda suruh Akmal pegi tengok.
Izan : Ok, terima kasih Kak Linda.

(mcm tu la lebih kurang perbualan dgn Kak Linda)

Lps call Kak Linda, trus call en husband balik. &............Alhamdulillah, lega sgt2 bila en husband jwb phone 

En Husband : Hello
Izan : Hello, abg kat mn? nape x jwb phone? Dah sakit dah ni...
En Husband : Sorry2...Hp tertinngal kat umah, abg tgh on the way ni. Tggu jap dah nak sampai. 
(Aikkk...aku xda pun ckp lagu suruh dtg ambik tp dah on the way dah???)
Izan : ok. (dalm ati rs nak marah gak sbb tgglkan hp time aku tgh sarat ni tp mls nak ckp byk2 tgh2 sakit ni)

Pastu trus call Kak Linda balik x pyh suruh Akmal pegi tgk en husband kat umah dah & aku trus ambik handbag, tutup pc, kemas meja sikit2 & tggu en husband sampai. X sempat nak inform staff lain yg aku nak balik, just msj bos trus inform aku balik dah tiba time. Ada lagi keje x sempat lagi nak siapkan sebelum bercuti, igtkan dapat settle semua ari ni tp baby ni x sabar2 plak nak kluar sampaikan semua plan ari ni dah kena  ubah. 

Lebih kurang kul 9.30 pg en husband pun sampai, trus aku masih kereta & dia mintak maaf  lagi. Aku diam je, bukan sbb marah pun tp sbb dah sakit x boleh nak ckp apa dah. Buku merah (buku rekod mengandung) ada kat umah plak, so terpaksala balik umah ambik buku tu dulu sbb buku tu mmg penting kalau nak masuk mn2 hospital bila time dah bersalin mc skrg. Sepatutnya mmg kena stanby buku tu dalam kereta trus tp igtkan mmg sempatla bersalin kat Melaka, tu yg letak dlm beg blk kag terus. 

En husband trus drive laju balik umah dulu ambik buku merah tu & aku ttgu dlm kereta, Pastu trus pegi hospital tp time tu jln  jammed gakla dgn traffic light lagi , en husband plak mula nak marah sbb dah menghalang dia sampai cepat kat hospital. Aku plak mmg dah boleh nak ckp ape2 dah, sbb asik tahan sakit. Air cond pun x terasa sejuk w/pun en husband br je top up gas air cond tadi. Time ni mmg dah nmpk sgtla aku sakit, pgg seat kereta lagi kuat drpd pagi tadi. En husband kejap2 pandang sambil pgg tangan aku. Dia pun gelabah risau takut x sempat sampai hospital.

Alhamdulillah....w/pun hampir 1/2 jam on the way, sampai gak kat hospital. en husband trus parking kete depan wad emergency utk ibu2 bersalin & turunkan aku kat situ. Masuk2 wad je, trus masuk 1 bilik utk check pintu rahim dah buka brp cm. Tapi sebelum tu nurse tanya dulu dah sakit ke? dah turun darahke? air ketuban dah pecahke? Satart sakit kul brp? Due date bila? Baby dah brp mggu? Mintak buku merah, ic aku & en husband...prosedure biasa. Masa nurse tanya satart sakit kul brp tu en husaband jwbkan br je sakit tp aku cepat2 potong dia ckp & bagi tau start lps subuh. En husbadn pandang aku mintak penjelasan. Tp aku diam je, nntila cerita lain...

Lps nurse check aku je dia terus cakap...dah buka 6cm dah ni. Aku pun terkejut, mayb sbb aku byk berjalan tadi (tawaf meja meeting.hehehe..) sbb tu cepat buka. So trus naik wheel cahir & nurse tolak aku masuk labour room. Tp sebelum tu kena tukar baju hospital dulu lakan & cepat2 suruh en husband husband call mak kat kg bg tau aku dah nak bersalin.

Fuh...panjangnya entry...sampai sini dulu la. Story seterusnya sambung dlm part 2 plak ye... (mcm boleh buat novel je ni...)


Dec 21, 2012

I'm Back...

Assalamualaikum....


Lamanya dah x update blog. Start dr hari bersalin ank ke-2 sampai skrg ank dah nak masuk 5 bulan  & ank 1st dak nak masuk 2 tahun tapi masih lagi x update cite terbaru kat blog ni pdhal byk sagt story nak luahkan.
Busy pun busy jugak tp rsnyanya tahap kemalsan tu lebih lagi daripada busy . 


So, skrg bila dah lama x update mula la terpk-pk, terigt-igt sambil terkebil-kebil depan pc ni dgn jari jemari terkial-kial nak menaip ayat nak story yg mn satu dulu. Semua rs mcm dah bercampur aduk dlm kepala otk ni mcm rojak  yg hampir2 nak basi dah or mmg dah basi….adoiii…

………………………………………………...........................................................tgh pk lagi ni. Mmm.....story pasal hari bersalin dulu la ye. Tp tggu next entry...ooppsss..