Dec 24, 2012

Part 2 : In Labour Room

Sambungan drpd entry ni.

Lps suruh en husband call mak bg tau aku dah nak bersalin, terus aku di bawa masuk ke labour room. & x sangka plak aku dapat labour room & katil yg sama masa bersalinkan Rania dulu, of coursela dalam hospital yg sama kan -Bukit Mertajam Hospital. Mmg aku igt lagi sbb usia Rania pun lom masuk 2 tahun, masih baru lagi kalau aku nak terlupa pun.En husbadn plak trus pergi registerkan aku dulu.

Lps aku naik ats katil, mcm biasa tangan aku kena cucuk jarum pjg lagi (mmg x suka sgt2 benda ni) utk masukkan air ke dalam badan melalui jarum tu. Lps tu alat CTG dipasang pd perut aku utk dengar denyutan jantung baby. Kedua-dua ni mmg prosedure biasa kepada ibu2 yg dah sampai masa untuk bersalin.

Sekali lagi Dr check pintu rahim aku dah buka brp cm. Masih lagi 6cm, tp aku tidak dibenarkan lagi untuk meneran pdhal perut aku dah sakit sgt2 dah ni. Sempat lagi aku inform dgn nurse kat situ aku nak husband aku temankan aku sama ms aku lahirkan Rania dulu. W/pun en husband x dapat kurangkan sakit yg aku alami tp sekurang-kurangnya persaan cemas & takut aku berkurang kalau dia ada kat sisi aku. Mmg yg ni pengalaman ke-2 aku tp bagi aku kalau sampai ank ke-10 (uuiishhh...biar betul 10????) pun aku nak en husband temankan aku dalm labour room tu. Biar dia tgk sendiri mcm mn susah payah wife dia ni nak melahirkan zuriat utk dia. 

Perut ni dah tentula semakin sakit, mmg sakit sgt2. Sambil tahan sakit tu  mata asik tgk pintu tgk en husband bila  nak masuk. Tangan pulak asik kuat genggam cadar & bantal sbb tahan sakit. Nurse plak tgh sibuk prepare segala alatan utk sambut baby aku kluar, yg ni mmg aku x sanggup tgk lagi2 ternmpk gunting  & pisau yg tajam bersinar, just jeling2 sikit je. 

X lama lps tu br nmpk en husband masuk, trus nurse suruh dia duduk kat tepi katil bahagian tepi sebelah kanan kepala aku. Tgh sakit tu sempat lagi sembang dgn en husband, tanya dia dak call bg tau mak ke lom. En husband kata mak jwb call trus tanya dah sampai mn sbb dia igt kiteorg dah on the way balik kg. Mmgla kan sbb plan ari ni nak balik kg dah tp tba2 ckp kat hospital, terkejutla mak. Tersenyum aku dengar en husband cite.  

Aku plak dah tiba saat utk melahirkan, Dr & nurse dah ready kat katil aku. Time ni persaaan takut tu mula la tersa sgt2 tp kurang sikit kot berbanding ank 1st dulu. Org ckp ank ke-2 & setrusnya, rs bersakit nak bersalin tu semakin kurang & semakin mudah. Aku pun x pasti betul ke x cuma i aku rasa mmg ank 1st perlu masa yg lebih panjang (pintu rahim perlu buka hingga 10cm) , sakit yg mmg sakit sgt2 & berterusan non stop berbanding ank yg 2nd ni aku rs masa dia kurang sikit w/pun kena tggu pintu rahim buka 10 cm gak & sakit yg x berterusan. Means bila dtg sakit tu mmg sakit sgt2 la, pastu ilang sakit tu boleh la rilex jap dalm 1-2 min rehat tarik nafas.

Aku x pasti apa mslh dgn ank 2nd ni, sbb nya aku dah xda tenaga nak teran bg baby kluar. Mmg byk kali cuba x berjaya, en husband plak bantu tolak kepala aku ke depan bg memudahkan aku meneran (Dr suruh buat mcm tu) .Sampai rs sakit nak meneran baby kluar tu dah xda langsung. Dr & nurse byk kali ajar aku buat cr yg betul w/pun aku dah ada pengalaman tp bg aku lebih mudah ckp drpd buat kan. Pastu bila Dr tgk mcm aku dah terlepak keletihan, dia tanya aku ada rs sakit ke x? Aku geleng kepala trus sbb mmg dah xda rs sakit langsung, sng ckp mcm baby dah kluar dr perut tp actually baby x kluar lagi. Aku x boleh terdiam lama mcm tu sbb takut baby lemas dlm perut. Tp mmg aku rs letih sgt2 mayb sbb aku masih lagi dlm kedaan berpuasa x berbuka langsung w/pun dgn seteguk air. Tp serius, aku x igt langsung yg aku tgh puasa time tu.

Last2 Dr suruh nurse masukkan ubat dlm air yg dimasukkan kedalam badan aku melalui jarum kat tangan aku tadi. Aku x pasti tu ubat apa tp yg aku tau x sampai seminit ubat tu masuk dlm badan aku trus rs sakit nak meneran tu dtg balik. Kali ni 3x teran jugakla br berjaya kluarkan baby. Alhamdulillah.....dapat jugak aku kluarkan baby dgn bantuan Dr & nursse2 tu, semuanya selamat & baby pun sihat. Hilang terus rs sakit & letih, lebih2 lagi bila dengar tangisan  comel si kecil tu. Dr trus tunjukkan aku baby kat aku & tanya baby boy or girl utk pastikan aku sedar & cam wajah ank ku. Aku mmg dah tau baby girl melalui scan sebelum ni. En husband berikan kucupan kat dahiku slps aku selamat melahirkan ank ke-2 ni, .sambil tangan dia x lps2 usap dahi aku yg dah berpeluh-peluh tu drpd tadi.

Lps baby aku selamat dikluarkan terdengar Dr tu ckp "besar baby dia ni ha....igtkan kecik je. Pandai mak dia bela". Aku hanya mampu tersenyum masih x mampu nak ckp apa2. Hanya dlm hati je berkata-kata mayb sbb dia tgk aku & en husband kurus, so dia x sangka baby aku besar. Selepas baby dah selamat dilahirkan, en husband perlu kluar dr labour room. Baby pula di bwa utk dibersihkan.

Sebelum sesi menjahit di mulakan, aku diberikan secawan air milo utk pulihkan balik tyenaga aku yg dah byk hilang tadi. Prose menjahit tu mmg agak lama jugakla, sampai letih kaki aku menggigil-gigil. Byk kali aku tanya nurse tu lama lagi ke sbb mmg aku rs dah letih sgt. Nasib baikla nurse tu x marah & ckp baik2 dgn aku suruh aku sabar sbb x boleh buat cepat2 takut nnti terbuka balik. Sejuk hati aku dengar suara lebut dia yg mcm memujuk tu.

X igt dah kul brp semua nya selesai. Sebelum aku di tolak masuk dlm wad biasa, ank aku yg telah dibersihkan & dibalut dgn kemas di bawa ke dalam dakapn aku utk diberikan susu pertama dr badanku. X dapat nak ucapkan dgn kata2 betapa gembiranya aku di saat tu bila melihat wajah comel si kecil. Serius, wajah x tumpah mcm x kakak dia masa lahir dulu. Dah nm pun adik-beradik kan...

Sesungguhnya Allah tu mmg berkuasa, bila mulut si kecil tu di suakan je pd puting breast aku trus dihisapnya xda langsung kekok w/pun ni la 1st time dia belajar utk makan/minum melalui hisapan. Kemudian aku trus di bw masuk kedalm wad biasa sambil baby berada dalam dakapan aku.

Alhamdulillah....semuanya telah selamat.

Inilah 2nd princess kami :-


Nama : Raisya Iman Ierdina binti Khairil
Tarikh Lahir : Sabtu,4/8/12 bersamaan 15 Ramadhan 1433 Hijrah.
Masa lahir : 11.28 pagi
Berat/ Panjang : 2.42kg / 50cm
Tempat lahir : Hospital Bukit Mertajam, Penang.


Tggu sambungan setrusnya dlm part 3 plak ye..Kita minum dulu...!!!


No comments: