Apr 11, 2013

Welcome New Nephew

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.....semalam ms tgh masak utk makan malam dgn mak, dengar ada msj masuk kat hp. Buka2 tgk drpd Abg Long send gambar baby. Terus jerit kat mak sambil tunjuk gambar baby, "Balong dah dapat baby baru...". Baru je semalam Balong kol mak ckp kak ina(kak ipar) kena masuk wad sbb dah rasa sakit nak bersalin, hari ni dah bersalin. X silap aku Balong pernah ckp due date kak ina ujung bulan 4 ni. Mmm.. sama kes dgn Rania & Raisya la ni x sabarr nak kluar. (^_^). Balong kata kak ina kena masuk ubat x pastila kenapa. Tapi alhamdulillah semua selamat cuma Balong kata tba2 baby kena masuk wad sbb susah nak bernafas, ms lahir ok je dengar menangis. Susah hati mendengarnya. Janganla apa2 perkara buruk berlaku kat baby, semoga dia cepat sembuh & sihat seperti abg2nya.

Sebenarnya Balong & Kak Ina nak baby gegirl..yela sbb dah 2 org dapat boboboy, so harapla kali ni dapat gegegirl plakkan.. Anak-ank diaorg pun harap dapat baby girl. Kalau balik kg time budak 2 org ni ada, confirm Rania  & Raisya tu jadi mangsa ciuman dieorg especially si abg, Razin. Mmg suka sgt2 dgn baby girl.Tapi dah Allah tentukan semuanya, still dapat baby boboboy gak. Balong & kak ina pun x kisah, yg penting baby sihat. Lagipun dieorg dah lama sangat tggu nak dapat baby baru sbb 2 org boboboy dieorg tu dah pun besar dah sekolah dah pun. Pernah story pasal 2 org boboboy ni kat  SINI.

Lahirnya baby baru ni, cucuk mak & abah dah pun ber+ jadi 6 org, 3 boy (Abg Long) + 1 boy (Kak Ngah) + 2 girl (aku ler tue..). So, next baby x tau ler lagi bila plakkan....hehehe..

Gambar baby x dapat nak upload kat sini sbb memory card hp aku kan rosak, sampai skrg x beli baru lagi. So gambar yg Balong bagi melalui  mms tu x dapat nak save. Tapi next time mayb ada.

K la, Da....



Apr 8, 2013

Abah Dah Balik Kampung

Assalamualaikum...

Mggu ni mggu last  keje sebelum menjadi suri rumah sepenuh masa. Tba2 rs x sabar plak nak berhenti keje kan w/pun ada gak tersa sedih sbb lps ni x dapat dah nak pgg duit sendiri. Nak beli apa2 kena mintak en husband, x pun hanya pendamkan dalam hati sbb xnak sshkan en husband yg dah byk tanggungan.

Tapi yg best skrg, mak ada lagi kat umah. Dekat seminggu dah mak kat umah, abah plak dah balik kg balik ahad ari tu. Mmg x boleh dah nak paksa abah duk lama2. Ari khamis abah dah sibuk suruh belikan tiket bas nak balik kg, mak plak mcm xnak balik lagi. So, pagi tu ms tgh keje trus msg abg long suruh kol abah pujuk jgn balik lagi, duk lama lagi kat umah aku. Kotla abah kan termkn pujukan ank dia yg sulung tu sbb pujukan aku mmg x jalan. Tapi...pujukan abg long pun x berjaya gak melembutkan hati abah utk duduk lama lagi kat umah aku. 

Alsan abah....ayam byk kat umah nnti x mkn...(mcmla kak ngah x boleh bagi mknkan ayam tu, bukan nak kena suap pun..), kebun semak nak kena tebas, racun....(mcmla duk seminggu lagi boleh jadi utankan kebun tu...), ada kenduri lagi umah pak lang ko (kenduri umah pak lang tu bulan depan...) & mcm2 lagi la alasana abah tu. Abah tu bukan apa, dia bosan duk rumah aku lama2, yela rumah xjejak tanahla katakan. Duk terkurung je dlm rumah, keje mkn tido, tgk tv, bc sampai letih badan di buatnya. Abah bukannya reti duk mcm tu hari2, kalau kat kg ada je keje dia buat. 

Samalah dengan mak sbnrnye pun....serba salah jugak mula2 nak ikut abah balik atau nak duduk rumah aku lagi. Tapi dsbbkan adik aku kata nak dtg, so mak pun tggl la gi seminggu tggu adik plak dtg & balik kg sama2 dgn adik. Kalau x, jgn harapla aku nak lpskan mak balik kg naik bas sorg2. Kalau abah xpa sbb dia lakikan, w/pun risau jugak biarkan abah balik sorg2 sbb abah ni kelam kabut sikit. Takut nnti dia turun bas time bas berhenti pastu tersilap naik bas lain plak atau tertinggal bas. Tapi alhamdulillah, lps dah pesan byk kali abah selamat dah pun sampai kg & dah 2 x sbnrnya abah balik kg dr penang umah aku sorg2. 

Tapi mak asik merungut gak, konon2 gemuk nnti duk umah aku lama2 keje mkn tido je x buat keje apa. Pastu yg paling x tahan teringat kat bunga2 orkid dia kat kg bersiram ke x. Punyala syg mak kat bunga2 orkid dia tu.Dulu ms pergi haji x igt tahun bila tapi mmg dah 10 tahun lebih kot, kalau call anak2 dr Mekah mesti pesan jgn lupa siram pokok bunga dia. Lebih igtkan bunga drpda anak2..hehhee.. sbbnya tiap2 ari kalau xda keje mak akan belek2 bunga orkid dia, mak la rajin siram bunga2 dia sbb anak2 dia mls nak siram bunga. hehehe..

En husband plan nak balik kg ujung bulan ni, so ckp dgn mak duk jela sampai ujung bulan & boleh balik kg naik kereta sekali. Tapi sepantas kilat mak ckp xnak. Alasan kali ni plak sama mcm alasan abah, umah Pak Lang (adik abah) nak buat kenduri kahwin. Nnnti nak tolong2 lagi, mn boleh balik ujung bulan. Mmm...mcm2 alasan je mak ni kan. Tapi aku faham, mmg bosan duk umah aku lama2 sbb aku sendiri pun bosan kalau asik terperap je dlm umah ni kan plak mak yg dah biasa duk kg. So, mmg dag x boleh nak buat apa la kan dah mmg mak nak balik jugak mgu depan dgn adik. 

Hari ni, bangun pagi trus bagi Raisya bagi mak pgg sbb aku nak msk bubur Rasiya buat bekal umah kak Linda, kemas beg dia, mandi & bersiap nak pergi keje. Tgk2 dia nak plak dgn mak, x menangis. Mayb sbb dah seminggu dia dah biasa tgk mak dah kurang sikit takut kat mak, kalau x jgn harapla cnfirm menangis jerit2 mcm kena dera pdhal org dukung dia je. Si kakak Rania xnak plak duk dgn nenek dia, so ayah dia antar dulu umah kak Linda naik motor mcm biasa, aku lmbt sikit sbb lom siap lagi. 

Time nak kluar pintu g keje Raisya buat x tau je, xda plak nangis nak ikut aku. So, trus tanya mak nak jaga ke? Sbb kalau Raisya ada mak xdelah boring duk umah sorg2kan. Ada jugak si kecik tu nak melayan. Mak kata tgglkan je sbb Raisya pun x nangis. Tapi risau jugakkan sbb Raisya ni kadang mood x ok jugak. Takut lama2 nnti dgn mak meragam menagis je nnti, jenuh mak. Tapi ok kot Raisya sorg, kalau mak jg Rania sma penat mak lagi2 kalau Rania buat perangai.  Apa pun time lunch nnti kena la balik umah tgk.

Oklah, nnti sambung lagi. Nak sambung buat keje. Daa...


Apr 3, 2013

Yeyy...Yeyy...Mak Abah Datang..

Assalamualikum..

Poyo je tajuk entrykan...Excitedla kan mak abah nak dtg umah. Last mak abah dtg lps aku bersalinkan Raisya, bulan 8 last year. Lama dah tu...bukan selalu mak abah boleh dtg umah ank menantu dia yg paling jauh ni, Melaka ke Penang jauh tu...So, bila sekali sekala dapat dtg seronokla. Yg paling best dapat makan masakan mak....hehehe....Lagipun kalau mak abah duk sini dapatla dieorg berehat lama sikit kan, kalau x asikla keje menoreh x abis2. Syg sgt dgn pokok getah tu sampai x sanggup nak tinggal. Abg Long pun suruh mak abah duk umah aku lama2 sikit, bagi rehat puas2. 

Tapi x taula sampai bila mak abah boleh duk sini sbbnyer bosan duk umah aku, umah yg x jejak tanah & rs mcm duk dlm penjara terkurung je dlm umah. Camtula org tua...dah biasa duk kampung dgn pokok2 keliling umah, pagi2 dah dengar ayam berkokok, pastu sunyi dengar bunyi cengkerik je & suasana pun segar. Jauh bezala sgt dgn umah akukan, pagi2 sampai ke esok paginya bunyi kenderaan x abis2 sbb umah pun sebelah jaln raya, pastu nak dengar bunyi ayam jgn harapla sampai ank2 pun bila balik kg jakun je tengok ayam tp nasib baikla ada jugak burung & kucing kat sini kalau x confirm bertambah2 jakunla diaorg x pernah tgk.

Semalam tepat kul 5 time aku dah abis keje trus kol mak tanya dah sampai mana, rupa2nya mak abah pun br je sampai kat bus stand butterworth tu. Nasib baik aku kol awal, kalu x confirm lama mak abah tggu kat bus stand tu sbbnya mak abah x reti guna hp, yg reti boleh jwab phone je w/pun dah byk kali ajar. Kalau msj lagila...dapat 1000 msj pun confirm jadi pekasam dlm hp tu..hehehe...Sbb hp tu pun adik yg punya, bagi mak abah pakai sbb senang la ank2 dia nak kol kalau pergi jauh2 mcm skrg ni, nak tanya dah sampai mana, kat mana. Kalau xda hp sshla sgt2 & susah hati ank2 diakan asik pk mak abah dah selamat sampai ke lomkan...

Cepat plak bas ni, biasa kalau kul 10 pagi bertolak, kul 6 pun lom tentu sampai. Bas baru kot.....Bagus jugak sampai awal, abis keje trus ambik mak abah dulu pastu baru ambik anak2 kat umah Kak Linda. Nasib baikla sempat beli barang2 dapur sikit & balik umah basuh pinggan mangkuk yg x sempat nak basuh pagi tadi, kemas sikit umah sebelum mak abah sampai.

5.45 ptg dah sampai umah Kak Linda, trus ambik budak2 & mak abh tggu dlm kereta jap. Dlm kepala otak dah mmg terpk confirm Raisya menangis xnak kat nenek dia, budak takut org sama mcm si kakak. Tgk2 betul...ms bagi Raisya kat nenek dia pgg sbb aku nak drive terus menjerit nangis mcm kena histeria....Si kakak pun sama langsung xnak naik kereta tgk ada org yg dia dah lama x jumpa dlm kereta tu. Adoiii...pening kepala. Konon2 nak trus je bg nenek dia pgg, aku drive trus balik umah yg jarak 2-3 min je dr umah kak Linda. Tp aku x sampai hati dengar Raisya jerit2 mcm tu dgn si kakak pun x abis lagi nangis, trus ambik Raisya & duduk dgn aku sambil drive, senyap trus si kecik ni.. Nasib baik dekat, kalau jauh jgn harap nak buat mcm ni. Si kakak masih lagi nangis duk kat kerusi depan sebelah aku tu.

Sampai je umah nak kluar kereta kakak dah nagis lagi kuat suruh aku dukung. Mati la mcm ni, dah la tgh dukung Raisya. Last2 pimpin jugak tgn kakak sampai naik atas umah dgn x abis2 lagi dia nangis suruh dukung. Sampai masuk rumah pun lagi kuat dia menangis, hilang sabar di buat nya & apa lagi trus naik tanganlakan kena kat bontot 2-3x tp lagi kuat menangis. Trus angkat dia kurung dlm bilik & nagisla sorg2 dlm bilik tu. Brla dapat bernafas sikit. Si adik plak senyum bila atuk nenek dia mengagah dia tp bila dieorn nak ambik nangis trus. 

Dah 5 min kurung kakak dlm bilik & dengar lagu dia menjerit nagis mintak susu, buka jugak la pintu buatkan susu dgn syarat kena diam dulu. Tapi...mmg x mkn saman, nangis ttp nangis. Trus buatkan susu & dia minum dlm bilik tu. Dia dah abis minum susu, pujuk2 sikit barula ok kluar bilik & br nak ckp2 main2 dgn atuk nenek dia. Adik pun dah ok sikit, atuk dia dukung x menangis dah tp dengan nenek je xnak lagi. Amboi..nak dgn laki je Raisya ni. Legalah sikit dapat lpskan lelah. Kalau x pening kepala dengar tangisan budak 2 org ni. 
Kul 7 br la en husband balik keje.

Mkn mlm mak yg msk, mak bw ikan parang yg dah siap di goreng dr kg sbb takut busuk. Mcm2 lagi mak bwk dr kg, patutla beg berat, sarat barat. Denag pisang, cili api, lada muda, limau, bunga kantan, Daun limau pun ada, kek kukus kegemaran menantu dia,  lagi ntah apa ntah . mkn mlm mak msak asam pedas ikan parang. Perrrrggghh....meleleh air liur, sedap...dah lm sgt x mkn asam pedas ikan parang sbb ikan mmg mmg susah sgt2 nak jumpa kat penang ni, x jual mayb sbb ikan ni byk tulang & org malas nak beli/makan. Tapi kalau org Melaka suka sbb ikan ni sedap w/pun byk tulang. Lagi 1 asam pedas mak buat lagi sedap dr aku buat, x tau la kenapa boleh x sama rasa padahal sama je bahan2 dia mcm mak buat. Tu yg pelik sgt tu... Tp mmg betul la org ckp mskn paling sedap adalh masakan mak w/pun mskn yg masak tu biasa2 je tp tetap sedap. Nnti anak2 aku pun mesti suka masakan aku w/pun ibu dia ni x brp nak pandai msk. hahaha....dan2.

Mmg ber++ lah en husband makan mlm ni. Ni + plak dgn ...x taula nm ape lauk ni. Bhn2 & cara buat dia sngla sgt. Meh nak share sikit kalau korang rasa nak try buat & rasa.

Bahan2 ;- 
tomato 1-2 biji, limau kasturi 2-3 biji, bunga kantan sebatang,bwg besar sebiji, cili padi, garam & gula.

Cara2 :-
semua bahan2 kat ats tu potong nipis2 or kecik2, (limau kasturi perah ambil dulu air dia & kulit dia potong halus2), pastu gaulkan semua & + garam gula sesedap rasa. 

Dah siap....sng je kan. Cuba korang try mmg sedap makan dgn nasi panas2, ber++ selera bila mkn. Nak tau rs dia mcm mn tryla buat sendiri ye. 

Mlm tu semua tido dgn kekenyanyan...especially aku & en husband. Hahhaha..buruk bebeno bunyinyekan...

Punyala kekenyangan & keletihan, bangun pagi dah lewat (sbnrnye sj lewatkan sbb ngantuk & x boleh solat), kul 6.40 br bangun. Bangun2 tgk abh tgh smbhyang subuh, mak tido lagi & aku trus g dapur masak bubur & nasi utk bekal ank2 umah Kak Linda. Mmg kena antar jugak dioerg umah Kak Linda kalau dah mcm tu perangai takut kat org, lagipun xnak susahkan mak nnti penat plak jg budak 2 org ni. Dtg sini nak rehat trus x jadi rehat, x pasal2 nnti aku dituduh mendera mak sendiri plakkan. hehhe...

Bangun pagi si kakak dah buat hal, trus kluar bilik g ruang tamu pgg atuk mintak susu sbb dia igt ayah dia, toleh2 je br persan silap org. Apalagi, nangis terusla...Adoii ai kakak, mlm tadi dah ok pagi ni buat hal balik. Kelam kabut jadinya ibu dgn adik pun sama nagis balik, dengan ibu x mandi lagi semua, beg x kemas lagi. Last2 x sempat nak basuh pinggan mangkuk & botol susu, tggl mcm tu je kat sinki sbb dah lewat. Mintak maaf ye mak...

Balik nnti org masak. Ke mak dah siap masak dah kot...hehhe...



Mar 20, 2013

RESIGN...(Part 3)

Assalamualaikum...

Tghari tadi bos br masuk ofis, lalu depan meja trus masuk bilik dia xda ckp apa pun psala resign tu. Xpelah, kot nnti br dia nak ckp apa2.

Tp dekat  kul 5 pun still x ckp apa,last2 aku yg tanya melalui YM w/pun bos ada dlm bilik je tp lebih rela YM sbb x pyh tgk muka dia. huhu...


  • Mar 20 4:58 PM
    Izan Nur:en mazlee dah antar surat resign tu kat ms yeong ke
  • Mar 20 4:58 PM
    Bos :blum. saya tak terima resignation tu.
  • Mar 20 4:59 PM
    Izan Nur:x bolehla...kena terima gak

    (sesuka hati aku je kan paksa bos..)
  • Mar 20 4:59 PM
    Bos :x
  • Mar 20 4:59 PM
    Izan Nur:x kirala, cukup sebulan sy berhenti


Trus sign out YM. x pastila plak Bos serius ke saja buat lawak. Yg pastinya aku ada gak rs takut. Tp yg pastinya mmg aku nekad dah akan resign gak sbb mmg xda pilihan. Ni melibatkan anak2, kalu psal lain boleh dipertimbangkan. Ank2 adalah segala-galanya..FULL STOP



Accident

Assalamualikum...

X abis lagi hal psl nak resign, hal br pulak jadi. Br je lps accident pagi tadi ms on the way nak pergi kerja. Sampai skrg still lagi rs terkejut,gementar & berdebar2. Tp alhamdulillah, x mengalami apa2 kecederaan cuma savvy biru tu jela cedera (calar) sikit.

Mmg aku rs lega sgt2 la sbb bukan aku yg langgar kerata org tp org lain yg langgar kereta aku. Eheh...org dah langgar kita pun boleh lega lagi????bukan mcm tu....Lega tu sbb kita x langgar kereta org. Sbbnya kalau kita langgar kereta org mayb akan jadi :-

1) confirm kena marah dulu, silap2 kena maki hamun tgh2 jln sesak tu. Kalau driver tu lemah lembut xpe la gak, settle secara baik.
2) confirm kita kena bayar ganti rugi sbb dah langgar kereta dia, kalau calar sikit okla kot bagi duit sikit. Kalau kemek teruk, pecah lampu ke hape, xke kena kluar modal byk lagi2 kalau dia pakai kereta mewah. mmg menangis ler jwbnya kat situ....
3) confirm kena kluar duit utk repair kereta sendiri plak.

Mcm tu la sebaliknya kalu org langgar kitakan...So, kalau d beri pilihan nak pilih MElanggar or DIlanggar, aku akn pilih OR. hahaha..boleh plak main pilih2 yek bab2 ni.

Apa yg jadi kat aku tadi, dsbbkan aku driver yg berhemah & berbudi bahasa (yela sgt...:P), so settle secara baik sbb kereta aku xda rosak , kemek or pecah apa pun just calar sikit je. Kereta (kancil) yg langgar kereta aku tu kemek sikit & lampu dia pecah. So, aku just abaikan je kereta dia sbb dia yg langgar akukan. Lagipun driver tu (laki) dah mintak maaf dgn aku. Kalau dia x mintak maaf rsnya dah mintak kot ganti rugi..hahaha..nmpk sgt x ikhlas memaafkan....hehehe...ikhlas3.

X sangka tenggiling biru ku w/pun dah buruk tapi tetap kuat. Buktinya dah jelaskan di atas..
Yg paling penting, alhamdulillah syukur sgt2 aku selamat. Kalau x selamat lain plak kesnya. Br teringat, lupa nak bc ayat kursi sebelum kluar rumah tadi.


Mar 19, 2013

RESIGN... (Part 2)

Assalamualaikum...

Semalam lps balik keje, dah sampai rumah br perasan ada msj kap hp. Tgk2 drpd bos (apasal tba2 taruk surat). Taruk??? dah lm x guna perkataan tu. eh, sempat lagi.. hehehe.. Confirm bos br bc email, tp aku x reply pun.

Ari ni kul 10.15 pagi bos call sbb dia lom masuk ofis lagi trus tanya (apasal ni? apa cerita? merajuk pasal apa plak? xda angin xda ribut tba2 nak resign????)Ha...ambik ko soklan bertubu-tubi x sempat nak menyelit jawab. Lps Bos dah abis tanya, brla boleh menajwab semua soklan2 dia tu.Bos kata, pk dulu try cari jln mcm mn nak buat supaya x resign sbb aku sgt2 diperlukan (ceewah, bunyi mcm aku keje sbgai projek manager jekan...diperlukanla sgt.....: p   hahahah, poyo je).

Idea yg bos bagi, bw ank sekali kat ofis....Huh, idea yg agak ssh nak diterima, bukan agak susah, mmg susahla. confirm x boleh buat keje kalau puteri 2 org tu ada. Dgn keadaan ofis plak xda tempat khas utk anak, kotor berhabuk dgn penuh barang2,1 hal nak bw buaian lagi dieorg nak tido  nak main. Pastu masalah lagi nak bw diorg naik kereta pergi keje yg ambik ms 15-20 min, jauh tu. Kalau kakak je xpe, tp adik yg br 7 bulan tu...serius x pernah bw dia naik kereta pergi jauh2 melainkan en husband ada. Pegi umah pengasuh pun 2-3 min je dah sampai. Mmg bahaya la, kalau apa2 jadi...haishh x sanggup. Dahtu tiap2 hari kena bw ofis sampai ujung tahun. Mmg giler la kan, kalu seminggu ke ok lagi la. Serius, x boleh terima idea bos ni.

HR plak tunjuk pandai mcm mn nak ajar ank supaya x menangis bila antar kat pengasuh. Nak tau apa yg dia ajar??? ha...dia kata ms antar umah pengasuh tu bg tau dgn ank yg kita nak pergi kerja, pujuk dia. Pastu bila kat ofis selalu call ank2 tanya tengah buat apa supaya dia tau kita ada. Korang boleh terima ke idea tu utk ank yg br 7 bulan x faham apa2.. Kalau utk si kakak tu maybla boleh dipakai gunakan idea ni, ni si adik br 7 bulan. X tau la nak ckp mcm mn, nak kata dia xda ank, dia pun dah ada ank 2 orgkan...
Geram plak jadinya. X pasal2 dah ngumpat dia. huh.

Tba2 ilang mood nak cerita lagi. to be continue....


Mar 18, 2013

RESIGN...(Part 1)

Assalamualaikum....

Sabtu lps, lps balik keje kul 1.00 ptg terus ambik Rania & Raisya umah Kak Linda. Sampai2 je tgk Rania tgh main kat luar dgn kak Anis dia, Adik plak dah tido adts pangku kak Linda yg tgh ckp phone. So, Aku pun dudukla kat pintu tu melayan Rania sambil sembang dgn jiran depan umah tu sementara tggu kak Linda abis ckp phone. Lama plak kak Linda ckp phone, x taula ckp dgn sape. mcm serius je bunyi nyer.

Dah abis ckp phone, kak Linda trus angkat Raisya dr ats pangku dia masukkan dlm buaian & dtg kat aku. 
"Dah ngantuk sgt tu, igtkan nak tggu izan balik tp dia x larat sangat nak buka mata tu". Xpelah, biarla dia tido jap kalau x nnti confirm dlm kereta menangis x cukup tido. Si kakak pulak dah mula buat perangai, tba2 asikla nak menangis je padahal org x usik dia pun. Kakak pun dah ngantukla tu x tido langsung drpd pagi, tu yg buat perangai. Dia mintak susu, baringkan atas sofa terus tertido. So, aku pun trusla masuk duduk kat sofa sebelah dia, terkandas lm la  duk umah kak Linda tukan dah 2-2 tido.

Sementra tggu anak2 bangun, sembangla dgn kak Linda &........

"Izan, Kak Linda x boleh jaga Rania & Raisya lagi. Mak Kak Linda suruh tolong dia berniaga sbb ayah kak Linda dah x kuat dah, dia kena strok". 

Terkejut giler aku, tba2 jadi mcm blur jap dengar....

"Kak Linda ckp dgn mak Kak Linda xpelah bulan 6 nnti bolehla kot tapi mak Kak Linda kata sapa nak tolong dia skrg, mmg dah xda org dah. Tu Kak Linda kata, xpelah tggu izan dapat pengasuh lain dulu".

Dalam hati aku ms tu rs mcm nak nangis dah sbb terpk Rania & Raisya yg dah rapat sgt dgn Kak Linda yg dipggil ibu jugak. Pastu yg paling menakutkan & merisaukan hati sbb Rania & Raisya xnak kat org lain yg dia x kenal, confirm menangis mcm kena dera.  X sanggup nak bygkan kena tgglkan dieorg kat umah pengasuh baru dengan tangisan dieorg sementara aku kene g keje. Confirm aku pun akan nangis nnti.

Yg terlintas dlm otak aku time tu pengasuh Rania yg pernah ngasuh Rania 2 mggu je dulu, tp confirm sgt Rania xnak jugak sbb ms tu dia baby lagi & x igt dah dgn pengasuh tu lagipun lom tentu pengasuh tu available boleh jaga ke x, rsnya mesti dah ada jaga baby lain. 

Stress......

"Kak Linda kena pindah sana(penang-area pulau), anis pun kena tukar sekolah. Ayah dia, akmal & afiq duduk sini".Anis seronokla pindah sekolah, duduk dgn tok dia. Afiq pula sedih sbb dia pun rapat dgn Rania, setiap kali balik sekolah mesti dia  melayan Rania tu."

Aku pun rasa nak nangis dengar. Serius aku x boleh nak pk apa time tu dah, cuma risau...risau...& risau...
4.30 ptg baru baru 2 berdik ni bangun, terusla balik sbb mcm dah nak ujan balik nnti sampai ke mlm plak terkandas umah kak Linda tu.

Sampai umah sambil melayan ank2 amsih lagu  pk lagi mcm mn nak buat. Semua jadi secara mengejut. X sabar tggu en husband balik nak bagi tau psl ni.  Mmg sebelum ni byk kali pernah berniat nak berhenti kerja, lebih2 lagi lps Rasiya lahir. Tapi semuanya just tggl niat je sbb pk mslah kewangan yg masih belum kukuh.
Lagipun projek company yg aku keje skrg ni hampir siap, mayb ujung tahun ni je abis sepenuhnya. Then, aku kena cari keje lain plak. 

Kul 6.30 ptg en husband balik trus je ckp, "Abg, ada masalah besar besar besar sangat" Ayat yg buat muka en husband berubah terus kerisauan. "Kenapa, msalah apa?" Aku pun cerita la semua dr A sampai Z. Pastu bincang punya bincang, & keputusannya....
"sayang berhenti keje je la. Lagipun ms syg ckp ujung tahun ni projek abis mmg abg dah kira dah budget, insyaallah cukup sbb kereta abg bulan 6 ni dah abis bayar dah. Xepalah, nnti anak2 dah besar sikit dah sekolah boleh keje balik".

Mmg tu yg aku nak sbnrnya,tp x sangka plak kene berhenti ASAP mcm ni dlm keadaan yg betul2 x sedia.
Bila kene resign mengejut mcm ni mula pk mcm2, seronok ada sedih pun ada. Seronok sbb boleh jaga anak sendiri, sentiasa depan mata. Yg sedihnya plak xdapat dahla pgg duit sendiri, sebelum ni tiap2 bulan ada income lps ni xde dah. EPF pun terus terstop. Yg paling x best confirm x dapat dah nak shopping especially baju anak2. Bukan en husband x bagi duit tp lagi seronok guna duit sendiri sbb xnak sshkan en husband yg dah byk tanggungan, lagi2 lps aku resign ni confirm lagi kena berjimat. Tp nak x nak terpaksa la jugak buat keputusan secara tba2 ni.

So, ari ni masuk keje trusla type surat resign & email ke Bos. X taula apa reaksi bos bila baca nnti. yg pastinya dia akn tanya kenapa tba2 nak resign. LAgi2 projek dah nak abis, pastu bulan 6 ada audit. Xkanlah nak cari pekerja baru plak, projek tggl 7 bulan je lagi abis. 

Aku x boleh nak buat apa dah, yg aku tau skrg sediakan je la jwpn bila bos tanya nnti & paling penting kena settlekan semua kerja dalam masa sebulan ..Fffuhh...tba2 rasa takut plak.

Apa akan jadi seterusnya...kena tggu episod seterusnya. ececeh...mcm drama la plak kan..huhu..

Mar 14, 2013

Happy 3rd Anniversary

Assalamualaikum..

Pagi tadi dah siap2 semua nak kluar rumah nak g keje, tba2 en husband kiss pp & wish "HAPPY ANNIVERSARY"... Serius terkejut & tergamam sambil tersipu-sipu malu. hehee...geli je part tersipu-sipu tu kan...Tp serius mmg terkejut sbb terlupa sgt2 hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-3.  Siap tanya en husband balik,"eh, ari ni brp hb???eh, bukan semalam ke???" Nasib baik en husband x merajuk sbb lupa tarikh penting ni....camnelah aku boleh lupakan.

Apepun, alhamdulillah....syukur sangat Allah telah panjangkan usia perkawinan kami ditambah pula dgn 2 org puteri comel penyeri hidup mahligai cinta kami berdua. 

"Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan jodoh ku bersama suami ku sehingga kesaat ini. Kekalkan lah nikmat Mu ini keatas kami dan jadikan lah kami berdua suami isteri di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami, yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro, yang Kau jadikan mata air kasih sayang Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra dan yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah, andai semua itu tak layak bagi kami, Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu. Jadikanlah kami suami dan istri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah…indahkanlah rumah kami dengan kalimah-kalimah-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma’-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari keburuk yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.Amin...."


LUV U SO MUCH HUBBY mmmmmuuuuuuuaaaahhhhhh.....

Mar 12, 2013

Memory Card hp ku Rosak!!!!!!

Assalamualaikum..

Huh, tension giler, stresss..........sgt2 hanya d sbbkan memory hp rosak. Mau nyer x stress, byk giler gambar Rania & Raisya dalam tu. Gambar drpd dieorg lahir sampai sekrang. Semua hilang dlm sekelip mata je....warrggghhh.....mn nak cr lain, xda buat back up pun. 

Sedih giler, bengang giler tahap gaban. Tp nak salahkan sape, salah diri sendiri gakla. Mmg aku x reti nak jg betul2kan. Actually semalam, nak download video upin ipin drpd pc kat ofis nak bagi Rania tgk sbb dah xda dah video upin ipin dlm hp tu. Pastu mcm biasa la kluarkan terus memory card tu drpd hp tanpa buat safety remove dulu sbb mmg selalu buat mcm tu. Dah kluarkan dr hp trus masukkan dlm card reader ofis punya. X pastila sama ada memory card ni rosak dsbbkan card reader tu or dsbbkan x buat safety remove.

Sbbnyer ms guna card reader tu, pc x boleh nak detect  memory card tu. X tau nape, byk kali gakla kluar masukkan memory card dlm card reader tu baru boleh. So, seronokla dapat download video upin ipin utk Rania, tp nak try tgk balik kat hp x boleh la plak sbb bateri dah kong..haishh.. xpelah, tggu balik keje nnti.

Bila dah balik keje trusla charge hp & nak tgk video upin ipin tadi tp tgk2 memory card tu problem, terus x boleh buka langsung. byk kali on off hp & kluar masukkan memory card dlm hp tu tp still x boleh. Aku dah mula panas hati nak marah, bengang giler. Last2 biarkan je, dah mls dah pastu trus cepat2 kluar nak ambik ank2 umah kak Linda plak sbb dah 5.30 dah.

Bila dah ambik ank2, Rania mcm biasa trus masuk bilik cari bantal busuk dia & ternmpk plak hp yg tgh dicharge tu. Trus dia cabut wayar charger tu & suruh aku buka. Alamak....igtkan dia x nmpk hp tu. So, aku ckpla hp dah rosak, x boleh buka. Byk kali la kena ckp mcm tu bg dia faham. Fuh, nasib baikla dia faham x menangis jerit2 suruh buka jugak. Trus dia letak balik hp tu dlm bilik. kesian plak dgn dia x dapat nak tgk video upin ipin dlm tu. Ber+++ stressss la aku memikirkannya.

Bila en husband balik trus ckp dgn dia, dia pun trusla try repair pastu dia tanya kluarkan memory card tu ada guna remove safety ke x? aku ckp x sbb byk kali main kluarkan mcm tu je x pernah rosak pun. en husband ckp mmgla sbb dah selalu buat mcm tu, lama2 rosakla. Aku pun buat muncung 14. Arrrgghhh...gerammnyer..(jerit dalam hati).

Tapi nak buat mc mnkan, benda dah jadi. Rsnya mmg x boleh dah guna memory card tu. Warrrrhhhhggggggggggg, menangis sangat2 dalam hati bila teringat gambar2 & video2 ank2 dalam tu. Nasib baikla ada gak yg dah upload kat fb w/pun x semua .

Sedihnyer........
Sobb.....sobbb...sobb....



Mar 4, 2013

Raisya ~ 7 month Already

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Raisya dah pun 7 bulan, membesar dengan sihat. Sepanjang 7 bulan ni br sekali je demam, selesema  & cirit birit. Mayb dia full BF x seperti kakaknya (sedih sgt2 bila terpk pasl ni sbb xdapat nak full BFkan kakak seperti adik). Sbb susu ibu adalh susu 1st sekali yg terbaik berbanding susu lain & mempunyai antibodi yg paling kuat utk baby. 

Raisya suka makan & kuat makan x macam kakak dia yg susah sgt2 nak mkan. So, x perlu di paksa2 utk makan, suap jela ape pun pasti mulut dia akan terbuka luas. Alhamdulillah, senang nak bagi Raisya makan & harap2 biarla sampai besar dia mcm tu x perlu di paksa-paksa untuk makan. 

Perkembangan sekrang, dah kuat meniarap & laju je meniarap dah sampai dapur, bawah meja & semua ruang tamu tu dia mop guna baju dia. Lps ni x pyh ayah mop lantai lagi sbb tiap2 hari adik dah tolong mopkan. hehehe..kejammnyer... tapi kena sental baju adik plak nak ilangkan semua kotor2 itam2 dr lantai yg melekat kat baju adik tu. Fuuhh!! berpeluh.




Kuat menjerit mcm kakak jugak. Menagis x pyh ckpla, mmg kuat menangis, lagi2 kalau ibu xda depn mata. Yg paling x tahan tu time menagis bila ibu tgh masak, makan, mandi @ sembahyang mmg confirm dengarla suara tangisan dia yg kuat mcm kena dera. Tercekik ibu setiap kali nak makan tau x, msak pun kelam kabut jadinya, mandi pun dapat sabun ala kadar je & smbhyg pun jadi x kusyuk.. Adik...adik...

Harap2 biarla kuat menagis adik ni time kecik ni je, dah besar nnti x kuat nangis yer....Kakak pula time kecik mmg x kuat menagis, bw g mn2 senang je tp dah besar ni terbalik jadi kuat menagis plak...Pening pala ibu & ayah tau x....

Ape pun, syukur Alhamdulillah 2 org puteri ibu ni membesar dengan sihat & semakin hari semakin cerdik. Terima kasih ya Allah di ats anugerah terbesar ini kepada kami suami isteri. Semoga puteri-puteri ibu ayah menjadi anak yg soleha.


Mar 2, 2013

Kakak Nak Sekolah???

Assalamualaikum...
Bulan ni genaplah umur Rania 2 tahun 2 bulan, tapi kalau ikut tahun actually dia dah pun 3 tahun tapi dsbbkan dia lahir last day ujung tahun dia still 2 tahun (nmpk sgt dia xnak lahir tahun barukan...)



Bila Rania dah semakin membesar ni, mula terpk bila masa sesuai untuk sekolahkan dia. Sbb zaman skrg ni pelajarn makin lama makin susah & mencabar . Drpd apa yg aku kaji selidik ramai parents yg dah start antar ank dia masuk sekolah seawal umur 3 tahun. So, seharusnya aku pun berbuat mcm tu bukan sbb nak ikut parent2 tu semua tp xnak nnti kalau masukkan Rania sekolah lambat takut dia akan tertinggal byk berbanding dgn rakan2 sebaya dia. Nnti kawan2 dia yg lain dah pandai membaca, dia br nak belajar mengeja, kesian kat dia nnti.

So, aku pun mula la mencari maklumat mengenai tadika yg sesuai untuk antar Rania seawal usia 3 tahun drpd seorg member yg berpengalaman. Pnyalah byk soklan aku tanya dia, offcourselakan sbb mcm2 aku risaukan kalau antar Rania masuk sekolah nnti. Mcm skrg ni Rania still pakai pampers, ckp pun ssh nak difahami lagi, manja terlebih, kuat menangis & mcm2 lagila.  Mcm mnla dia nak sesuaikn diri dgn suasana baru kat sekolah nnti tanpa pengasuh dia yg dah faham perangai dia & selalu manjakan, kat sekolah nnti dia kena berhadapan dgn kawan2 ramai yg mayb ada yg buli dia & dengan cikgu2 yg dia lom kenal yg mayb ok or x.

Lom antar sekolah lagi aku dah terbayang2 nnti bukan Rania yg menangis, tp aku yg menangis nak tgglkan dia. Serius, aku risau sgt2 nak masukkan dia sekolah buat ms ni, tp kalau nak ikut hati sampai ke besarla Rania x sekolah plakkan. So, lps dapat maklumat yg secukupnya drpd member ni, mlm tu aku pun discussla dgn en husband pasal ni. And.............keputusannya en husband kata next year je sbb dia pun rasa Rania still kecik lagi, ckp pun xpandai lagi. So, aku pun lega gakla sbb en husband pk sama dgn aku & start ari ni aku kena kuatkan hati, ajar Rania apa yg patut especially x perlu  lagi pakai pampers & belajar g toilet kalau nak kencing.

Tp sekarang tgk Rania mcm mudah belajar drpd apa yg dia tengok, kalau apa yg kita ajar pun dia mudah ingat. 1,2,3 dia dah pandai kira sampai no 10 w/pun kadang2 selalu lupa no.3 & masih x kenal nombor lagi. Kalau kira dlm english dia just tau sampai 4 je,,,aku sendiri terkejut sbb aku x pernah pun ajar lagi kira dm english ni. Alif, Ba, Ta pun dia dah pandai w/punx semua huruf dia igt. ABC dia x pandai lagi, just tau ABC je sbb aku jarang train dia baca ABC ni, asyik alib ba ta je... hehhe..abisla nnti lamabat mebaca. heheheh...Tp insyaallah, dia mudh belajar & dia suka pada buku2, rajin membaca mcm ibu dia. (ewah..dan2 puji diri sendiri ek..)

Lagu......x pyh ckpla mmg semua lagu dia boleh hafal termasuk lagu cina. Semua lagu kat tv tu dia boleh igt & boleh nyanyi sama w/pun br 1st time dengar. W/pun masih lagi pelat. bolehla faham sikit2 apa yg dia ckp & dia nak. Seorg kakak yg baik kpd adik w/pun kadang2 dia jeles bila lebihkan adik dia. Tp dia x pernah buat apa2 yg boleh sakitkan adik dia cuma kadang2 cara dia geram sayang kat adik dia tu ganas sikit. Yg paling x tahan bila dia marah adik dia. "Adik, nangan(jangan)..amboi..." hahaha..seronok dengar dia ckp amboi tu.

So, end of this year ni kena confirmkan balik nak train sekolahkan dia ke or terus next year baru sekolahkan.  Byk perkara kena dpkkan sebelum sekolahkan kakak. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..


Feb 27, 2013

Mencari Besday Present

Assalamualaikum....

    Esok Besday en husband, so plan time lunch hour ari ni nak g Jusco mencari present. Actually xdelah mencari sgt pun sbbnya dah tau dah nak belikan apa utk en husband, so sampai2 je jusco terusla ke kedai tsbt….


tp sebelum tu nak rewind sikit cerita hari ahad lps...

Ari tu ajak en husband g Jusco, sj je la kan nak bw anak2  g tempat mainan dlm Jusco tu. Time Rania bermain sambil di guard oleh en husband, aku g masuk kedai D.I.Y dgn Raisya, saja nak tgk apa yg ada dlm tukan sbb x pernah pun masuk kedai ni, tgk dr luar mcm menarik je. Mmg best la kedai ni, mcm2 ada, drpd brg2 dapur, brg2 umah, brg2 perpaipan, brg2 baby (x byk sgt), present, alat tulis, haish mcm2 lagi la ada dlm kedai tu. Sng ckp semua ada..aku mcm x nak kluar dr kedai tu sbb besar sgt x puas nak tgk brg2 yg di jual, brg2 dia pun murah jugak. Aku rs mcm aku nak beli. Tp x beli pun sbb sshla dgn dukung Raisya lagi. Nak pggil en husband x bestla sbb confirm nnti dia byk tanya beli utk apa sbb aku suka beli benda yg x penting. Sbb tu aku lebih suka shopping brg2 umah sorg2 dr ajak en husband kecuali brg2 umah yg tiap2 bulan sbb dia yg kluar duit & pilih brg, aku just ckp je apa yg xda. So, kena tggu hari lain shopping kat sini.

Lps si kakak dah  puas main, g la plak membeli Donut Apple sbb tiba2 rs nak makan.Igtkan nak trus balik tp si kakak nangis2 plak nak makan donut tu time tu jugak…so, trusla cr tempat utk makan. Kebetulan ada bangku kosong depan kedai2 jual baju, terusla duduk situ sambil menikmati donut. Si adik plak tertido lps BF. Masa tgh2 makan donut tu terperasan la baju kat kedai yg betul2 ngadap kiteorg duduk. Ternmpkla la baju lelaki tergantung kaler merah & biru yg bagi aku mmg cantik. So, tryla tanya en husband

me : cantik x baju tu???
en husband ; x
me ; x cantik ke???
en husband : yg mana? Yg tergantung atas tu??? Kaler merah tu???
me : ha'a
en husband : cantik
me ; (tersenyum dlm hati) yg kaler biru tu cantik??
en husband : cantik gak
me : (tersenyum lagi dlm hati dgn plan dlm kepala)

ha…so korang mesti fahamkan. So, esok besday en husband & harusla hari ni pergi beli present. Mmg x tau langsung harga baju tu brp & rasa2 dlm rm50 & ++ je kot. So, masuk je kedai tu terusla ke bhgian baju yg tergantung tu. Bila promoter kedai tu dtg trusla aku ckp nak tgk baju merah & biru tu tp dlm hati duk asik pk brpla harga baju nikan?????Sekali tgk2…alamak, mahalnya….lebih drpd yg dijangkakan..dalm hati duk pk nak beli ke x??mmgla duit ada tp takut lari drpd budget je.. Tapi tgh2 pk tu sempat lagi tanya promoter tu, size M beza banyak x sbb aku pgg tu size S.  Nmpk sgt aku mmg nak belikan pdhal dlm hati mcm berbelah bagi lagi nak beli ke x??? Yg paling x tahan bukan tu je…siap tanya lagi promoter tu mana 1 cantik, kaler merah atau biru???? Kalau awk ambik biru ke merah??? Mmmg giler la aku ni. Kalau x jadi beli gak…confirm kena tibai dgn promoter & tuan kedai tu. Dahla promoter siap ukurkan baju size m & S..Nmpk gayanya aku kena beli gakla. Dlm purse ada brp puluh je, mmg x cukupla. Trus ckp kan promoter tu nak kluar duit dulu.Agak2 dia percaya x?? Kalau aku jd promoter tu aku pk mesti plan xnak beli sbnrnya nak cabut lari terus.hahaha…dsbbkan aku sendiri yg pk mcm tu, so xdelah aku larikan. Nnti x pasal2 tercemar muka aku yg agak ayu ni (wek, nak termuntah) Mmg aku g ATM cucuk duit dulu, pastu cpt2 g kedai tu balik & baju tu pun dah stanby kat kaunter menunggu utk berbayar je. 

Dah pun dapat apa yg diinginkan...korang rs2lakan, aku menyesal x beli baju ni???? ofcourse la x...
mmg ikhlas beli utk en husband w/pun masa mula2 tadi dlm hati berbelah bagi nak beli ke x. Tapi lps beli serius x rs menyesal langsung, lagi excited sgt2 nak bagi en husband.Lagipun semenjak kiteorg kawin nikan mmg x pernah belikan en husband besday present. terukkan? kan????ala, kawin pun br nak masuk 3 tahun je pun. Lps ni x taula bila plak nak belikan besday present utk en husband lagikan sbb ni pun dah mahal. haha....mcm x ikhlas bunyi nya kan. 

 Dah beli present, harusla mencari paper beg or kotak  yg sesuai utk letak baju nikan, xkanla nak bagi mcm tu je..x presentla nmnya kan... Tapi part kotak ni mmg nak cari murah2 je sbb confirm nnti kotak tu terbuang mcm tu, so trusla beli kat kedai rm5. tp sbnrnya rm2 je pun. huhu..

Tp sebelum tu sempat lagi masuk kedai D.I.Y, sbb mmg ari tu mmg nak masuk lagi kedai ni kan w/pun dah byk kali asik tgk jam tangan takut terlebih masa lunch hour plak. Just sempat beli 3 brg je, sbb x dapat nak usha lama2 lagi. Tapi bagus jugak x dcukup masa, kalau x lagila mcm2 brg x penting yg aku nak beli. huhu..

Ni la 3 brg yg aku beli kat D.I.Y
Bakul baju (m8.50)  tu utk letak baju kotor Rania & Raisya sbb yg sebelum ni punya dah koyak.
Indoor slipper (rm7.50), beli sbb tba2 je rs pagi tadi ms bangun tido pijak lantai rs mcm pijak ais...sejuk giler.
Cake mould (rm5.50) ada 3 pcs, tp bukan nak buat kek pun ..nak buat agar2 je.  Nak bagi Rania biar dia seronok nak mkn sbb agar2 bentuk bear comel???bolehkan????
Dah dapat semua yg di cari harusla cepat2 balik ofis sbb dah dekat kul 2pm. Nnti akan update psl besday present en husband lagi. (bagi mereka yg nak tgk jela kan...yg xnak tu abaikan je (^^) )



Daaa..............

Feb 2, 2013

Limau...Limau...Limau

Assalamualaikum..

Apsal plak tajuk entry kali ni LIMAU??? saje je la sbb skrg nikan musim limau sedunia..eh ye ke sedunia?? ke..se Malaysia je??? Musim limau berbuah ke??? mm..x pasti la plakkan sbb xda tanam pukok limau ni. Sebenar, benarnye........ala korang pun mesti tau punyerla... x lama lagi nak Chinese New Year (CNY) dah, so bila CNY dah semakin hampir ni confirmla automatiknya limau pun manjadi byak. 

Pergi mana2, pusing kanan, pusing kiri confirm nmpk limau punyer.. Contohnya kat pasaraya2, shopping2 complex, pasr malam, kedai runcit pun ada je limau berkotak-kotak di jual & adanje nmpk org yg tgh makan limau. Kalau yg lagi bertuah bila time shopping brg2, perabot mesti dapat free buah limau w/pun just 2-3 biji. (sbb aku pernah dapat masa beli sofa kat kedai perabot). hehehe. Kalau korang x caya g le tgk sendiri. 

Tapi yg bestnyer time CNY ni confirmla dapat mkn buah limau berkoyan-koyan, berdozen-dezen & berkotak-kotak. Especially mcm aku yg keje private dgn company chinese, haruslah ada limau free yg jenis mahal punye letak kat ofis utk staf2 makan or bawa balik. So, tiap2 harila akan makan buah limau x kira pagi, ptg, siang malam,,,limau..limau...limau..Lama2 jadi LEMAU. huhu..Selagi  CNY x abis selagi tu la mkn limau..Sampai termuntah limau ler gak di buatnyer.

Mcm pagi ni, breakfast je dah mkn limau (mm..makin kurusla aku..) dgn air Horlicks. Siap ada mangkuk comel lagi..Buka2 kotak limau tu terus nmpk mangkuk tu, so trusla Draughtman(yg 1st buka kotak limau) tu bagi aku >>> "nah Zan, mangkuk nestum bg anak ko mkan". huhu..mcmlah kat umah xda mangkuk baby kan...


comelkan...
Byk lagi dalam ni...Usaha utk habiskan cepat, so boleh dapat sekotak lagi.


K la, dah abis limau sebijik & air secawan. Buat keje plak....
>>>>Buah limau ini baik untuk penyakit-penyakit sejuk dan kaya dengan vitamin D. Ia boleh menolong pembentukan kalsium di dalam tulang kita dan boleh mengelakkan dari terkena penyakit “Askarbut”.

Bye.....Selamat makan buah limau, pastikan anda tidak akan LEMAU hokey...(^__^)

Jan 31, 2013

Tiba2 Rasa mcm nak DEMAM..

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis semua.. Yahoo....gaji dah masuk semalam beserta bonus sekali (senyum sampai telinga).Alhamdulillah, dapatla menampung & menampal segala yg kekurangan utk bulan lepaskan..So mlm tadi kluar g Billion en husband & anak-anak semula mcm biasala shopping barang3 umah &  anak2 yg dah abis. Sebelum g shopping, haruslah makan dulu sbb perut masing2 dah berbunyi2 tanda minta diisi. Sementara tggu mknn yg di order sampai, sempatla snap2 gambar anak2.








Lps perut dah siap mkn, perut pun dah kenyang, terus g Billion mengabiskan duit plak. Time sampai si adik dah tertido, sng keje trus masukkan dlm stroller. Si kakak plak naik troli bawa brg w/pun dah nangis2 nak naik stroller gak tp berjaya dipujuk oleh ayahnya. Tgh2 cari brg2 yg nak di beli tba2 badan rs mcm seram sejuk nak demam, badan pun mcm letih semacam, tekak plak rs dakit dr ms mkn tadi. Biasanya kalau tba2 rasa sakit tekak ni tanda2 nak demam.

Nasib baikla Raisya tido lena dlm stroller tu, dah ngantuk sgtla tu..& si kakak plak x meragam (mcm biasala pot pet pot pet mulut dia, lari sana sini, pgg brg sana pgg brg sini). Kul 10.00 tepat baru abis shopping, dekat rm400 gakla abis beli brg2 semua. Tu pun ada lagi brg yg x beli...sng cerita mmg rm1+++ gakla tiap2 bulan utk beli brg2 umah & ank2. Tp alhamdulillah lah, setakat ni raisya masih lagi menyusu badan & dapat kurangkan sikit perbelanjaan kat situ, so harap2 dapatla terus bfkan dia sampai 2 tahun. So kpd ibu bapa di luar sana yg budget korang ciput mcm kiteorg ni, berusahlah menjayakn full Bf utk ank2 korang, 2 tahun dapat jimat duit beli susu. Cuba kira kalau susu sebulan plg koman pun yg harga rm20 (600g) x 6 =rm120 sebulan, so kalau 2 tahun???--------------rm 2880.00. Banyak tu....simpan utk 4-5 tahun dah boleh buat d/payment beli kereta besau sikitkan or beli rumah.

Eh2, termasuk topik lain plak, ok, sambung balik cite tadi. Samapi2 keerat je mata si kecik ni dah bulat balik. mmm..confirm tido lambat plak la ni. Sampai2 umah dah x larat terus terlepak depan tv dgn anak2 tp en husband yg masih lagi gagah & rajin (puji sikit) kemas & simpan semua brg2 yg beli tadi. Kul 11 lebih br ank2 nak tido, trus masukkan Rania dalm buai & si kecik plak susukan dia (bf) sampai tertido sendiri. Dengan ibu2 dia pun tertido sekali sbb betul2 dah x larat. Terjaga je tgk2 dah kul 12, teringat plak botol2 susu raisya & rania x berbasuh lagi. Tgk2 en husband pun lom tido sbb tgh basuh baju, guna washing machine ye bukan guna tangan...nnti kata bini dera laki plak basuh baju guna tangan. Tp kalau guna tangan pun jgn harapla en husband tu cukup rajin nak basuh..

Teringat lom makan ubat & lom bekukan icepack(utk masuk dlm beg susu), so terus cepat2 selesaikan semua. Igt nak basuh botol2 susu tu tp betul2 x larat, terus tido balik & pk nak basuh bila bngun pagi esok je. Tp tgh2 mamai tido tu dengar la en husband membasuh botol2 tu kat sinki dapur tu. Alhamdulillah...esok x pyh basuh. TQVM ye en husband. Pastu trus zzzz...

Sedar2 pagi esoknya dah kul 4.30 pagi. Raisya pun tido nyenyak sbb xda pun bangun tgh malam nangis nak susu. Badan still mcm mlm tadi & tekak pun rs sakit lagi tp bangun gakla masak bubur & nasi untuk bekal anak2 umah kak Linda. Masukkan baju & pampers dieorg dalam beg, sempat lagi pump susu & bangunkan Raisya susukan dia sekali. Rasa mcm nak ambik mc je tp nnti apa plak kata bos...("amboi...dapat bonus terus mc...") aku rsla kan bos akan ckp mcm tu. So, terpaksala kuatkan juga badan ni utk g keje. Harap2 x demamlah kan. Tp sekali sekala demam pun abgus jugak sbb demam tu pun kira penghapus dosa jugakkan.

k la, dah x larat nak taip panjang2..jari jemari ni pun mcm nak demam gak..huhu..

Wasalam.


Jan 14, 2013

My Little Angels

Buah hati pengarang jantung, penawar rindu, pengubat luka ibu & ayah. i love love love love love love love love love love .....................both of u so much.





Jan 10, 2013

Raisya ~ 5 month Already

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik si adik Raisya dah pun 5 bulan. Raisya membesar dengan sihat hanya dengan minum susu cap ibu saja (^_^). Masa ni Raisya dah pandai meniarap sendiri w/pun skrg dah mula malas nak meniarap, asik nak berdukung je. Pastu suka la sgt menjerit, mulut pun byk ckp(means kluarkan suara) mmg x mcm kakak dia ms kecik dulu yg pendiam la sgt. Tp yg pasti mmg mahal sagt snyum tu sama dgn si kakak.




Kak Linda(pengasuh) dia ckp x boleh nak tinggal Raisya langsung w/pun sekejap kalau x confirm menangis. Dia nak Kak Linda duduk ngadap muka dia je, kalau dia bangun tido tgk xda atau dia duk sorg2 je mmg akan kluar la suara tangisan dia. Suara tu kalau slow xpelah, ni tidak kuat sampai 1 blok dengar. Kalau dulu suara kakak dia kuat, tetap x dapat lawan suara adik dia. Kalau  ckp mcm kena dera pun org percaya. Dsbbkan tu la Kak Linda kadang2 x boleh nak buat keje lain sbb terpaksa duk ngadap dia je, kalau suruh org lain dukung pun dia xnak, only Kak Linda je. Kecik2 dah besar anak ibu yg lagi sorg ni..Raisya..Rasiya..



Hari ni pergi klinik utk injection & timbang. Si kakak pun ikut sama sbb nak timbang sekali. Berat Raisya 6.65kg ber+ 0.55kg drpd bulan lps. Raisya lagi berat drpd kakak dia ms 5 bulan dulu.Tinggi pun lebih 1cm dr si kakak. Time adik kena timbang, ukur panjang & kepala x menagis pun tp si kakak Rania pulak menagis xnak naik alat penimbang & xnak ukr tinggi. Menagis mcm nak kena apa je, ssh betul. Last2 x dapat nak ukur tinggi (tp yg pastinya lom 9cm) & berat pula terpksa ayah dia dukung & naik alat penimbang serentak pastu tolak dengan berat ayah.(x pasal2 ayah yg kena timbang berat) utk dapatkan berat Rania. Dah 2 tahun tp berat br 10kg tp alhamdulillah masih di tahap normal, x kurus x gemuk.

Time menunggu turn Raisya nak kena cucuk dia dah mula menangis jerit2 sbb dah ngantuk. X boleh nak tido mayb x selesa panas, samapi turn dia nak kena cucuk pun stil menangis lagi so lagi sng terus cucuk. Lps je cucuk.....diam trus. (mm....mmg nak kena cucuk selalu ni, hehehe). 

Dah settle semua trus balik sbb ibu & ayah nak masuk keje plak. Bulan depan kena dtg timbang lagi.


Jan 4, 2013

Happy Birthday to Me....

Assalamualaikum...

Hari ni genapla umur ku 30 tahun..haish, mcm x jy je dah masuk alam 30-an, tersa sgt diri ni dah tua. Tp bukan tua pun, dewasa & matang je sbnrnyakan...(nak sedapkan hati).

Xda pun buat celebrate besday, lagipun dag celebrate besday Rania 30 dec ari tu, kira sekali ibu dia la. Yg penting wish besday drpd husband wajib ada means dia x lupa besday wife dia nikan. Kalau x.....harusla merajukkan, xnak ckp...hehehe.

Actually mls la sgt nak ckp psl Besday tahun ni sbb.....sedih dah 30-an. Warrrggghhh.....nak 20-an lagi x bolehke?? Lagipun xda cerita menarik nak ckpkan. Ngada2 betul, bini sape ntah. Ape pun Alhamdulillah, time ni aku dah pun 2 tahun lebih menjadi seorg isteri & ibu serta yg terbaru ber+ sorg lagi cahaya mata hasil perkahwinan kami. Mempunyai seorg suami yg bertanggungjawab, rajin & anak2 yg comel & bijak penyeri hidup aku. Semoga Kebahagian ni akan kekal hingga ke syurga. In Syaa Allah...Amin..



Happy Family
Luv u all so much