Mar 4, 2013

Raisya ~ 7 month Already

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Raisya dah pun 7 bulan, membesar dengan sihat. Sepanjang 7 bulan ni br sekali je demam, selesema  & cirit birit. Mayb dia full BF x seperti kakaknya (sedih sgt2 bila terpk pasl ni sbb xdapat nak full BFkan kakak seperti adik). Sbb susu ibu adalh susu 1st sekali yg terbaik berbanding susu lain & mempunyai antibodi yg paling kuat utk baby. 

Raisya suka makan & kuat makan x macam kakak dia yg susah sgt2 nak mkan. So, x perlu di paksa2 utk makan, suap jela ape pun pasti mulut dia akan terbuka luas. Alhamdulillah, senang nak bagi Raisya makan & harap2 biarla sampai besar dia mcm tu x perlu di paksa-paksa untuk makan. 

Perkembangan sekrang, dah kuat meniarap & laju je meniarap dah sampai dapur, bawah meja & semua ruang tamu tu dia mop guna baju dia. Lps ni x pyh ayah mop lantai lagi sbb tiap2 hari adik dah tolong mopkan. hehehe..kejammnyer... tapi kena sental baju adik plak nak ilangkan semua kotor2 itam2 dr lantai yg melekat kat baju adik tu. Fuuhh!! berpeluh.




Kuat menjerit mcm kakak jugak. Menagis x pyh ckpla, mmg kuat menangis, lagi2 kalau ibu xda depn mata. Yg paling x tahan tu time menagis bila ibu tgh masak, makan, mandi @ sembahyang mmg confirm dengarla suara tangisan dia yg kuat mcm kena dera. Tercekik ibu setiap kali nak makan tau x, msak pun kelam kabut jadinya, mandi pun dapat sabun ala kadar je & smbhyg pun jadi x kusyuk.. Adik...adik...

Harap2 biarla kuat menagis adik ni time kecik ni je, dah besar nnti x kuat nangis yer....Kakak pula time kecik mmg x kuat menagis, bw g mn2 senang je tp dah besar ni terbalik jadi kuat menagis plak...Pening pala ibu & ayah tau x....

Ape pun, syukur Alhamdulillah 2 org puteri ibu ni membesar dengan sihat & semakin hari semakin cerdik. Terima kasih ya Allah di ats anugerah terbesar ini kepada kami suami isteri. Semoga puteri-puteri ibu ayah menjadi anak yg soleha.


No comments: