Jul 31, 2012

Minggu Terakhir Rania Dgn Pengasuh

Entry kali ni nak story sikit psl Rania & ibu Linda, pengasuh dia. 

Minggu ni mggu last antar Rania umah pengasuh dia, ibu Linda sbb Sabtu ni dah nak balik kg nenek dia kat Melaka & bercuti panjang kat sana. Cuti panjang apa lagi kalau bukan cuti bersalinkan...Ibu dia ni dah x sabar2 sgt nak tggu hari Sabtu, rs lambat sgt nak abis mggu ni. Lagi2 tiap2 ari risau kalau baby nak kluar sebelum sempat balik kg....paling takut masa on the way....Ya Allah, jauhkanlah,harap2 jgnla. Selalu doa untuk aku melahirkan baby ke-2 ni di Melaka d makbulkan Allah...

Semalam antar Rania kul 9, lambat sejam seperti biasa sbb aku nak pegi klinik mcm biasa check up perut ni. Igtkan mula2 nak suruh en husband antar kul 8 mcm biasa tp tgk2 Rania ngantuk sgt sampai x larat nak buka mata. Kesian la plak, so xpelah bagi dia tido dulu & aku antar lambat sikit. So, trus msj kak Linda bg tau antar Rania lambat & mesej bos inform masuk ofis lambat nak pegi klinik. 

So, kul 9 lps bagi Rania minum susu trus antar Rania. Sampai umah kak Linda, sempat lagi sembang dengar kak Linda bercerita psl anak bongsu dia Anis, 8 tahun. Kak Linda kata Anis bangun2 tido je trus tanya mana adik (Rania).

Anis : Ibu, mana adik?
Kak Linda : Ibu dia dah bersalin, x antar Rania lagi dah.
Anis : Ye ke ibu???? Betulke??
Kak Linda : Betulla..
Anis : (terus ambik hp ibu dia check msj) Ibu tipula, kata ibu dia dah bersalin. kenapa ibu dia natar lambat sikit plak..

Aku tergelak je dengar kak Linda cerita. Mmg dah tau Anis syg sgt dgn Rania, dah mcm adik dia sendiri rajin melayan Rania tp kalau ibu dia nak bagi adik dia x bagi plak. Sbb kak Linda kata nnti dia jeolous kak Linda x syg dia lagi, Rania dia x kisah sbb dia tau Rania tu anak org & kak Linda just jaga time aku g keje je. Rania pun bukan main suka lagi kalau kak Anis dia ada, samapi kak Linda kata kadang2 siang tu xnak tido langsung asik nak main je dgn kak Anis dia.

Sebelum ni pun kalau x antar Rania lama umah kak Linda, w/pun 2/3 hari mesti Anis asikla tgk hp ibu dia tgk gamabar/video Rania. Asikla ckp rindu kat Rania & ajak kak Linda g umah Rania nak jumpa. Sampai kak Linda ckp, mcm mnla nnti Rania dah balik kg & x jumpa 3 bulan, silap2 Anis meroyan. Tergelak besar dengar kak Linda ckp mcm tu.

Pagi tadi masa antar Rania, sempat lagi kak Linda cerita semalam Anis xnak pegi sekolah sampai nangis dgn alasan nak main dgn Rania nnti x dapat jumpa Rania lagi sbb mggu ni last dapat jumpa Rania. Kak Linda plak geram di buatnya sbb tiap2 mggu mesti sehari @ 2 hari Anis mesti xnak g sekolah. Marah pun x jadi apa, mmg mcm tula selalunya. Si Rania plak mggu ni kak Linda kata bukan main garang lagi dgn kak Anis dia. Mcm2 hal dieorg ni. 

Masa mula2 antar Rania umah kak Linda dulu aku risau sgt psl Rania, mcm2 perkara buruk yg aku fikirkan..... risau Rania kena derala, ssh hati kalau pengasuh jaga Rania sambil lewa je & mcm2 la aku pk lagi2 bila selalu dengar berita psl kes dera baby oleh pengasuh. Tp alhamdulillah...aku dapat pengasuh yg baik sgt & jaga Rania mcm anak sendiri. X pernah berkira kalau belikan baju or makan untuk Rania. Husband & 2 org ank laki kak Linda pun syg dgn Rania. Rania pun suka je bila pegi umah ibu Linda dia. Kalau pegi kdai dgn ayah dia, pantang nmpk ibu Linda dia mesti nangis nak ikut.

Tapi Rania ni jenis yg takut org sbnrnya, especially dgn org yg dia x kenal @ lama x jumpa mcm atuk nenek dia kat kg. Confirm balik kg nnti dia menangis kalau jumpa family kat kg tu nanti tp biasanya dia akan ok lps 3 4 ari dgn dieorg, kene ambik masa nak serasi. Lama2 ok la tu. Cuma yg aku risaukan nnti lps cuti 3 bulan, dia dah xnak plak kat ibu Linda dia. Jenuh la nnti...tp x kot sbb dia slalu jumpa ibu Linda dia.

K la, sampai sini je entry kali ni. Panjang2 nnti korag boring plak baca. (^^).
Selamat Berpuasa..........


Jul 28, 2012

Terlepas Waktu Sahur

Hari ni dah 8 Ramadhan, bermakna 8 hari dah berpuasa bg umat islam. Tp aku, hanya dapat pose 7 hari je d sbbkan terlepas waktu sahur hari ke 6 puasa. Bukan sengaja xnak puasa, tapi betul2 x larat. Klau dulu time x pregnant & pregnantkan Rania (5-6 bulan usia kandungan), boleh je puasa penih w/pun x bangun sahur. Xda pun rasa mcm nak pengsan ke, letih ke or nak pitam ke. 

Tp skrg bila pregnant (usia kandungan 9 bulan 1 minggu), w/pun bangun sahur still rs x larat asik lapar & dahaga tp kuatkan jugak utk terus puasa Inikan plak bila x bangun sahur, kul 10.00 pagi dah menggeletar tangan, menggigil 1 badan rs mcm nak pengsan. Baby dlm perut ni plak makin kuat meronta, mcm nak bg tau dia pun lapar. En husband & mak cakap kalau x larat berbuka je, x pyh nak tahan2 nnti jadi lain plak ssh. Aku pun pk punya pk nak berbuka ke x, rs syg sgt nak tggl pose tp last2 lom pun kul 12.30 tghhari aku trus capai kunci kereta balik umah w/pun time break ofis aku kul 1 ptg. Sampai2 umah je trus bancuh air milo, capai roti gardiner & selongkar semua mknn yg ada dlm fridge trus baca doa berbuka & mkn terus. Ya Allah, ms tu rs nikmat sgt, lega rsnya. Hilang rs menggigil mcm nak pengsan tadi.

Hari ni, hari ke 8 puasa, sekali lagi terlepas waktu sahur. Sedar2 tgk jam kat hp dah 6.15 p.m. Aduh...camnela bleh terlepas lagi ni...En husband still tido nyenyak lagi, mmg x boleh harapkan diala kalau nak bangun sahur. Kalau aku x bangun, confirm dia pun x bangun. Mlm tadi sebelum tido siap dah terbayang2 nak minum ESP+milo+susu & roti time sahur tp terlepas lagi. Pagi2 lagi perut dah mula rs lain mcm, tp ari ni nak try puasa jugak sampai ke ptg sbb keje halfday je. So, 1/2 hari lagi boleh rehat kat umah & tido (tu pun kalau si kecik Rania tu x kacau). Harap2 dapat bertahan samapi waktu berbuka. Sygla kalau nak tggl pose lagi, dahla nnti time due date time pose, confirm x boleh puasa dah & confirm kena ganti byk hari. 

Baby, tahan sikit ye. Kita cuba puasa sampai ptg ye sayang. "Ya Allah, kuatkanlah aku & bayi dlm rahimku ini utk teruskan berpuasa pada hari ini sampai waktu berbuka". Amin...

Jul 24, 2012

Puasa Hari ke-4

Doa Ramadhan hari ke-4 :-

"Ya ALLAH. berikanlah kekuatan kepadaku untuk menegakkan perintah-perintahMu. Dan berilah aku kemanisan berzikir mengingatiMu. Berilah aku kekuatan untuk memanjatkan syukur kepadaMu dengan kemuliaanMu. Dan jagalah aku dengan penjagaanMu dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat".


Jul 23, 2012

Puasa Hari Ke-3.

Doa Ramadhan hari ke-3 :-

"Ya ALLAH,Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan.Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan. Demi kemurahanMu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan".


Eh, eh, jap je dah masuk hari ke-3 kita pose kan. Rsnya br je semalam dengar pengumuman pose. Mcm en husband ckp ms 1st day gi Bazar Ramadhan " rsnya br je lagi g bazar jumpa kawan awk si....". 

Pose tahun ni mcm tahun lps, ber-3 tp 2 org jela yg pose yg sorg lagi si kecik tu pose tipu2 je, subuh2 dah minum susu. hehehe...Pastu time berbuka dia pun sibuk berbuka, kacau je org nak mkn tp dia bukan nak mkn sgt pun, mkn main2 je... Ibu ayh dia nak makn pun x senang. Tahun ni Rania 2nd time berpose (w/pun x pose) & tahun depan insyaallah kiteorg pose ber-4 plak. 

Mmg letih la pose tahun ni sbb membawa perut yg semakin membesar, hari ni dah 37 minggu dah. Bila2 ms je boleh bersalin w/pun due date 3 mggu lagi. Tp harap2 jgnla, biarla selamat sampai kg halaman kat Melaka dulu. Bukan apa, sng kalau bersalin kat kg sbb ramai ada yg boleh tolong jaga Rania time ibu dia ni kena masuk hospital. Kalau kat sini sape nak jaga dia, kalau kak Linda tu mmgla boleh tp mlm2 nnti ayah dia kena jaga plak. Pastu dgn keadaan aku & baby lagi sape nak uruskan. Kalau kat kg confirm ada mak yg boleh tolong tgk2 Rania & baby, adik bradik lain pun ada boleh tolong. Nak mengurut & berpantang kat kg pun senang sbb dah ada org yg boleh buatkan semua tu.

Alhamdulillah, setakat 3 hari ni masih lagi berpuasa penuh tp dgn syarat mmg wajib bersahur. Kalau x confirm x larat pose sampai petang, lagi2 bila baby dlm oven ni buat aksi gimrama. Kesian baby..Harap2 dapatla puasa penuh sampai due date, xdelah lama sgt nak ganti pose balik nntikan.

Skrg ni mood keje mmg dah xda sbb dlm pale ni asik pk dah x sabar nak balik kg,tp terpaksa gak g keje. Bila kat ofis asikla tgk kalendar menghitung hari. Tba2 rs lmbat plak masa berjalan w/pun pose jap je dah masuk 3 hari. Mmm...biasalah kalau setiap kali plan nak blkg kg mmg mcm ni la jadinya.

Cepatla 4/8......x sabarnya.. "Baby, jgn kluar dulu ye syg, tggu kita selamat sampai kg ibu kat Melaka dulu br baby boleh kluar dr perut ibu tau.." Agak2 baby dengar x??? (^_^)

Jul 20, 2012

Ramadhan Kembali Lagi


"Ya Allah, izinkanlah kami berkesempatan bertemu Ramadhan. Dan berikan taufik hidayah Mu agar dapat kami berpuasa & menghidupkan malamnya dgn beribadah. Dan dengan melalui Ramadhan, jadikan kami dr golongan org2 yg dapat membebaskan diri dr neraka Mu. Dengan Rahmat Mu wahai Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Jul 18, 2012

Bestnyerrr Cuti Bersalin di China.

Ibu2 dah beli x majalah Pa & Ma bulan Ogos punya? Kalau belum, cepat2 g beli sbb info/maklumat dlm mjlah Pa & Ma utk bulan ogos ni mmg padat & best2. Rugi kalau x beli...percylah...(^_^).


Kalau korang nak tau info apa dlm majalah Pa & Ma bulan ni, kena beli k. Cuma nak kongsi sikit pasal pengalaman seorg ibu yg di ceritakan dlm majalah Pa & Ma mengenai cuti bersalin di China. Mmg bestla kalau dapat cuti bersalin kat China, tu pun kalau keje kat Chinala kan...Bagi ibu2 yg dah beli mjlh ni mesti dah tau psl ni tp yg masih lom beli lagi, meh nak cerita ckit psal kelebihan bersalin ni China.

(1) Dapat cuti sebulan sebelum deliver/due date sbgai persiapan menyambut baby baru. (Kalau kat M'sia, jgn harapla majikan nak bagi kecuali kalau company tu bapak sendiri yg punya....)

(2) Dapat cuti 3 bulan selepas deliver bagi ibu yg bersalin secara normal & 4 bulan bagi ibu yg bersalin secara operation. So dapat memulihkan badan & merehatkan diri bersama baby secukupnya.(Kat M'sia skrg bg yg keje goverment mmg dapat lah cuti 3 bulan, private 2 bulan je tp xda tambahan cuti bg ibu2 yg bersalin secara operation)

(3) Bagi ibu2 yg bagi baby susu badan-bf, diberi cuti 1/2 day selama setahun supaya dapat menyusukan baby dgn jayanya. Setahun k...bukan sebulan or 2 bulan... (Kalau kat M'sia sape nak bagi cuti mcm ni.........bertuah sgtla dapat cuti mcm ni, xda sape nak bagi oooiii...)

Selain drpd tu kelebihan lain bagi ibu2 yg hamil di China ialah ketika membuat chek up setiap bulan. Sama je dgn cara kat M'sia cuma bezanya di China kalau appointment pukul 10.00, mmg akan terus jumpa DR x payah tggu berjam2 ambik no giliran mcm kat M'sia ni. Kat m'sia, kalau appointment kul 8, kul 10-11 pun lom tentu dah dapat jumpa DR. betul x????

Pastu bagi seorg ibu hamil akan dirawat oleh seorg Doktor+ dgn 2 org jururawat. Bygkanlah brp ramai Dr yg diperlukan di China dgn rakyat china yg mmg dah diketahui umum pnyalah ramai penduduknya. Kat M'sia ni jgn harapla dpat mcm tu kan w/pun penduduk dia x seramai di China........

So, kepada ibu2....best x cuti bersalin kat China????? Bestkan, kan.....Actually ada lagi kelebihan ms proses bersalin di China, cara Dr mengendalikan ibu yg lps bersalin. Senang cerita, mmg org China di sana menitik beratkan pasal kehamilan ni w/pun di sana kita sedia maklum yg setiap keluarga ditetapkan hanya boleh mempunyai 2 org anak d sbbkan kepadatan penduduknya.

Apepun, aku tetap bersyukur sbb menjadi rakyat Malaysia.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi, beli lah majalah Pa & Ma bulan Ogos ni skrg selagi ada di pasaran. Rsnya majlh ni dah mcm goreng pisang panas, sape lambat jwbya x dapatla....


Jul 16, 2012

Rania di Kedai Buku

Kedai buku ni dah mcm ayah dia yg punya. Sesuka hati berlari ke sana sini, ketawa jerit2. Ambik buku sana , buku sini. Suara dia aja yg dengar. 




Jul 13, 2012

Jul 12, 2012

Menghitung Hari

Pejam celik, pejam celik jap je dah sampai bulan Julai 2012 & 10 hari je lagi akan masuk bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi semua umat islam di muka bumi Allah ni. Semoga tahun ni akan jadi Ramadhan yg terbaik bagi diri kita berbanding Ramadhan sebelumnya...semoga Allah panjangkan umur kita utk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Insyaallah...


Tahun ni tahun ke-2 aku berpuasa ketika mengandung. 1st time ms mengandungkan Rania dulu tahun 2010, ms tu tgh mengandung 5-6 bulan. Aku seronok sgt dapat puasa penuh time tu sbb usia kandungan yg masih lagi kecil, so aku masih larat utk berpuasa tanpa hadapi apa2 masalah. Tahun ni 2012, 2nd time aku berpuasa ketika aku mengandung jugak cuma bezanya usia kandungan ku dah nak masuk 9 bulan, that means due date aku bulan puasa (1 weeks b4 raya). 

35 weeks already.....sebulan je lagi akan deliver.
So, mmg aku x dapatla nak berpuasa penuh (jenuhla nak qada' puasa nnti...) & aku x pasti lagi dgn usia kandungan ku skrg ni boleh buat aku larat utk berpuasa ke x. Time puasa qada' skrg ni pun aku x tahan, asik lapar je...harap2 laratla.

Tp yg paling x best sgt2 sbb aku x dapat beraya tahun ni sbb dalam pantang, bukan je kata x beraya tp nak makan ketupat rendang & kuih raya pun x boleh. Baju raya confirmla dgn t.shirt & kain batik je. Pastu nnti family semua g jln raya especially Rania & en husband, aku plak kena duk umah dgn baby, pastu org lain sedap2 menikmati juadah ketupat rendang kuih muih tp aku plak boleh tengok je .................. Waarrrggghhhhhhhhhhhhhhh. ..............................  sedihnya.......lagi besar dugaan time tu.


("Mak....masakkan ketupat & rendang sebelum org deliver ye.....nnti kempunan ank mak ni") Bolehke camtu??? X kisahla, nak jugak...............(^-^)


Jul 10, 2012

Sukenya...En Husband balik Keje Awal.

Hari ni puasa qada', pagi2  dah mula rs lapar tp still boleh tahan lagi w/pun dah sahur susu & nasi. Tiba tghari, asikla tgk jam mmg x larat...lapar sesangat, baby dalm perut pun meronta-ronta mcm mintak makan sampai senget benget perut ni d buatnya. Kesian anak ibu....sabar ye syg...x lm pun lagi nak berbuka.

Bila dah rasa lapar tu mula la terbayang mcm2 mknn, & terus pk nak masak lauk sambal udang & sup ikan merah petang ni.So, balik keje kul 5 trus balik umah x ambik Rania kat umah kak Linda, en husband yg akn ambik nnti sbb dia balik keje awal ari ni.

Sampai2 umah trus tukar baju, pastu cepat2 g dapur masak sebelum si kecik Rania tu balik mengacau. Kul 5.30, en husband & Rania dah balik. Tp proses memasak berjalan lancar sbb ada en husband yg melayan Rania, so xdelah dia kacau ibu dia ni memasak kat dapur seperti kebiasaaan. Jam lom pun kul 6.30, aku dah siap masak tp nasi je x masak lagi sbb awal sgt, dekat kul 7 nnti br masak .X pernah lagi siap masak awal mcm ni. Pastu terus merehatkan diri sambil tgk tv dgn Rania & en husband jap sebelum smbhyang asar. Azan je trus berbuka dgn Rania yg mcm org puasa gak tp bukan makn pun, main2 je. En husband plak trus mandi & smbhyang maghrib sbb pastu turn aku plak.

Lega rasanya bila dapat duduk bersandar kat sofa melepaskan lelah lps semua keje setlle. Kan seronok kalau tiap2 hari en husband balik awal mcm ari ni. Tp mmg x bolehla sbb en husband biasa akan balik keje kul 6.30, kul 7 mlm br sampai umah. Tu yg membuatkan aku letih sgt2 sbbnya balik keje kena trus ambik Rania dgn perut yg semakin sarat ni kene plak naik tangga umah kak linda tgkt 3, pastu nak naik plak umah aku tgkat 2. Kalau en husband balik awal mcm ari ni, dia boleh ambik Rania.

Pastu samapi umah pun dapat rehat jap je, dah kena start masak sambil melayan Rania yg asik mengacau sbb xda org layan dia. So, mmg time masak tu asik la tergendala. Nak sembahyang asar pun kena tggu siaran upin & ipin kul 6.30 sbb Rania leka tgk time tu, so xdelah dia kacau ibu dia smbhyang. Pastu bila en husband balik kul 7, barulah boleh sambung masak & dekat kul 8 br siap masak, cepat2 plak sembahyang maghrib. Mandi pun biasa tgh2 malam, kadang2 sampai kul 12 mlm br terhegeh nak mandi w/pun tau x elok mandi malam2 boleh kena paru2 berair. Mcm tu la rutin harian setiap hari.

Tu sbbnya seronok sgt bila en husband bagi tau dia ada training ari ni, sbb kalau ada training means dia akan balik awal kul 5.30 mcm hari ni. Tp bukan selalu ada training, jarangla sgt2. Esok en husband kata ada training lagi, 2 hari la dia ada training mggu ni. Tp esok aku x puasa sbb x larat sgt2 nak puasa direct, x taula camne bulan Ramadhan yg akan tba x sampai 2 minggu je lagi.


Jul 5, 2012

Online Shopping at Autumnz

Yeahhhh....barang yg di order semalam dah pun sampai. Tqvm pada Autumnz sbb service dieorg yg mmg best, order ari ni esok trus sampai. Bestkan...Actually yg ni kali ke-3 beli brg drpd Autumnz secara online & x pernah ada apa2 problem, semua sampai denagn cepat & selamat.

Reusable Ice Pack, 3 pcs (RM23) / Double Ziplock Breastmilk Storage Bag,
25 pcs 7 oz (RM12.90) / Cooler Tote (RM18.90).
Opss..lupa plak nak bg tau. Autumnz ni menjual barang2 utk ibu2 & baby, drpd maternity & nursing cloth sampaila kpd barang2 untuk baby. Dapat tau website ni drpd majalah Pa & Ma jugak. Harga barang2 drpd Autumnz ni xdelah mahal sgt pun, kira okla kalau nak shopping kat sini. 1st time beli sehelai meternity/nursing cloth (RM59.90), tiada charge penghantaran kalau harga RM50 keatas. Mula2 takut jugak nak shopping secara online ni, sbb takut nnti barang x dapat w/pun dah di bayar. Tp kalau x try mn nak tau kan...So, try beli sehelai baju ni drpd Autumnz, & mmg memuaskan hati sbb terima barang dgn keadaan baik & cepat. Just order melalui website Autumnz or email je.

Kepada ibu2 yg nak try shopping utk window shopping kat Autumnz ni, klik je SINI. Bayk choise maternity/nursing cloth kat sini yg cantik2. Actually, byk lagi website lain yg jual barang2 utk ibu & baby secara online. Salah 1 drpdnya One Baby World  tp x pernah lagi beli barang online kat sini. Tengok drpd harga kat One Baby World lagi murahla drpd Autumnz & lagi byk barang yg di jual & ada jugak menjual brg secara package yg boleh dikatakan murah berbanding kedai baby lain. Kedai ni jugak ada menjual maternity/nursing cloth drpd Autumnz.Banyak lagi la website khas utk ibu2 yg nak shopping online brg2 baby. 

So, tepuk dada tanya selera. cara mn yg lebih korang suka, shopping online or shopping direct kat kedai. Aku pilih shopping online ni pun sbb kebanyakan brg2 baby & brg2 ibu mengandung ni kat KL. Kat Penang ni mmg xdalah, sbb tu aku pilih shopping secara online lagipun jimat masa & tenaga. (^^). 

Jul 4, 2012

Collagen Drinks

Time lunch tadi g carefour, pastu singgah jap kat kedai yg ada jual minuman kesihatan mcm collagen tu. Try tanya cocoa collagen harga brp sbb nak beli siap2 utk lps pantang ni. Semua sbb terpengaruh dgn iklan kat fb yg bg tau cocoa collagen ni sgtla bagus & berkesan. So, bila dah masuk kedai tu trus tersangkut lama sambil sembang dgn akak tu & terbeli la sekali soy collagen. Dsbbkan ada promosi time tu, soy collagen 2 kotak Rm50(10 packet dlm 1 kotak), cocoa collagen 3 kotak Rm60 tp aku dapat beli RM50 (10 packet dlm 1 kotak) trus aku beli semua.

Soy Collagen, Cocoa Collagen & Losyen Mustajab Pati Halia
Total Rm132 tp dapat discount Rm120 sahaja.

Soy Collagen ni boleh di minum utk ibu2 yg tgh mengandung mcm aku skrg ni sbb selain baik utk aku, bagus jugak utk baby dlm kandungan utk bagi tulang baby kuat & kulit baby putih bersih(kakak yg jual tula ckp...). So, aku pun beli w/pun due date aku x sampai pun 2 bulan lagi. tp okla dapat gak try utk 20 hari & tgk keberkesanan collagen ni utk aku & baby. Lagipun beli byk2 nnti aku takut x sedap plak sbb skrg ni mmg aku kurang sgt suka minum soya. Lagi2 bila dapat tau yg minuman soya sbnrnya x bagus, klik SINI. So, okla aku just minum utk 20 hari saja soy collagen ni, 1 hari 1 packet. Dah try pun rasa, mmg sedap...x rs mcm soya sgt.
Soy Collagen
Yg cocoa collagen ni plak x boleh diminum utk ibu2 yg mengandung, so aku beli utk minum lps bersalin nnti sbb bagus utk aku yg nak bfkan baby. So x tau la lagi rs dia mcm mn sedap ke x, yg pastinya kandungan cocoa collagen ni bukan drpd soya. Nm pun cocoa kan dah tentu la dr buah koko. Tp kakak yg jual tu kata sedap sampai dia x boleh lupa la cocoa collagen ni w/pun try collagen lain.(diala kata mcm tu...). Kalau korang nak tau kelebihan Soy & cocoa collagen ni, google je...hehehe...

Losyen mustajab pati halia tu pun aku beli utk guna lps bersalin nnti nak sapu kat perut supaya x buncit. Bau dia best je...Set utk lps bersalin je x beli lagi, tp x pasti nak beli ke x sbb aku jenis x suka mkn pil. huhu...


Jul 3, 2012

Last Weekend Activity

Saturday Activity

Busy sungguhla last week, time cuti yg agak meletihkan jugak. Lps balik keje kul 1 p.m ari Sabtu ari tu, en husband dah tggu dgn Rania jemput aku balik. So, kiteorg trus on the g Parit Buntar sbb nak shopping brg2 baby kat kedai Baby Manjaku. Sampai2 je kat Parit Buntar trus g makan kat kedai mkn yg kiteorg g sebelum ni sbb perut dah lapar sgt, lagipun kul 2 p.m dah. Abis makan trus g kedai baby manjaku tu.

Masuk je kedai tu, bukan main seronok lagi Rania & automatik kedai tu dah jd mcm kedai ayah dia. Mula la dia berlari ke sana sini, usik brg tu brg ni, kluarkan brg2 yg tersusun kat rak, ambik itu ambik ini. So apalagi, ayah diala yg kena kemas balik, letak balik kat rak brg2 yg Rania ambik & sepah2kan & kena guard Rania yg asik berlari ke sana sini sambil tangan x reti duk diam gapai sana gapai sini. Nasib baikla jurujual kat siru x marah..hehehe..Aku plak meneruskan tugas aku mencari brg2 baby yg nak di beli.

Pilih punya pilih, so ni la brg yg sempat aku beli tp en husband la yg bayar, aku tukang ambik je. hehehe...Actually ada lagi barg x beli, baju pun x cukup lagi tp dsbbkan Rania dah mula meragam lapar & ngantuk,kenalah cepat2 bayar (2 jam gakla duk dlm kedai tu). RM4++ semua harga brg2 tu, kalau x dsbbkan ada bbrp brg yg dpt discount confirm sampai RM500.

Baju & Napkin
Ada jugak beli 2 helai baju Rania(xda dlm gambar)
Bedung, Sarung Tangan & Kaki, Barut, Tuala Mandi & Brg Mandian.
Tikar Getah & Kelambu
New Born Pampers. Pet Pet 1st choise sejak drpd Rania lagi.
Tilam 1 set sekali dgn 2 bantal peluk & 1 bantal kepala.
Bantal Menyusu
Brang2 kat atas ni saja pun dah dekat Rm500 kan....mmg byk nak pakai duit untuk sambut kelahiran baby baru tp lebih byk nak guna duit kalau 1st baby. Sbb Skrg aku 2nd baby just + apa yg perlu & xda, sbb brg kakak dia Rania ada lagi yg boleh di guna pakai cthnya baju, tab mandi baby dll.(lupa..)

Sebelum balik, sempat lagi singgah butik baju kurung sbb nak carikan Rania baju kurung untuk Raya. Mmg dah plan sekali nak cari baju raya utk Rania kat Parit Buntar tu sbb tgk kat situ byk sgt butik baju kurung yg cantik2. Kalau kat Penang ssh sgt nak jumpa baju kurung untk baby besar Rania. Kalau ada pun mmg x cantik. Masuk 1 kedai trus jumpa 1 baju size Rania, try pakaikan dia nak tgk sesuai ke x tp dia dah menangis-nangis dah xnak. Yela, tgh ngantukkan mula buat perangai. Tp okla w/pun baju tu labuh sikit boleh pakai lama sbb Rania ni jenis yg tinggi gak mayb sbb ikut family sebelah aku yg tggi2 w/pun ibu dia ni xdelah tggi. hehehe...Baju yg Rania boleh pakai tu kaler biru, kaler lain xda size plak tp cantik gakla  baju tu. So, trus  beli Rm60 je. Untuk aku??? mm...mmg xda plan nak beli baju raya utk diri sendiri tahun ni sbb dah tau mmg x dapat nak Raya. Dgn perut yg dah memboyot ni, camne nak beli baju kurung??? Tahun ni Rania beraya dgn ayah dia je la, ibu dia & baby kenala beraya kat umah je tanpa baju raya. X dapatla nak pakai baju raya sedondon tahun ni...sedih2..huhu.

Lps2 beli trus balik. Kereta br je jln, Rania dah tido dah, nmpk sgt ngantuk & letih memunggah brg kat kedai baby tadi. hehehe..samapi umah dah 5.30 p.m terus tersandar kat sofa dgn brg2 shopping tadi main letak je kat depan tv. Rania dah terjaga ms ankat dr dlm kereta pastu xnak tido balik .Mmg letih sgt2, x larat rsnya pdhal just g shopping kat 1 tempat je. Mayb sbb bw perut yg dah semakin membesar ni...

Malam ni nak g shopping brg2 Rania & brg2 umah yg dah abis plak. X larat dah rsnya nak kluar lgi tp pampers Rania dah abis, kena kluar beli gak la.Kenapa x beli sekali kat kedai baby tadi??? Mahal...lagipun mmg tiap2 bulan beli brg2 Rania & brg2 umah kat pasaraya Billion sbb brg2 kat situ murah berbanding pasaraya lain. Sesuaila utk family kiteorg yg x brp nak kaya ni utk shoppingkan.

Abis shopping kul 10.30 p.m trus balik & tidokan Rania dgn aku2 sekali tido. Esok pagi2 en husband ada lawan futsal (activity kilang dia), aku mmg x larat dah nak ikut confirm nnti aku bring duk lama2. lagipun en husband x bagi ikut sbb dia malu aku tgk dia main futsal. hehhee...

Sunday Activity

Pagi sampai kul 2.00 p.m aku just duk umah dgn Rania, en husband g main futsal la, kul 8 a.m dia dah kluar dah. Kul 2.00 p.m br en husband balik & aku ajak g penang kedai Lunatots, kedai menjual brg2 baby & barang2 breastfeeding utk ibu2. Kedai ni area USM,aku tau pun drpd majalah Pa & Ma & br 1st time nak g tgk. Sebelum tu check dulu dlm majalh Pa & Ma tu time kedai tu baka & tutup, dah confirm hari minggu pun buka samapi kul 7.p.m, kul 4.00 lps solat & en husband rehat jap, trus g. Mmg x ssh cr kedai tu sbb dulu ms bujang pernah duk sewa umah dgn kwn2 area situ (sungai dua, penang). Kpd ibu2 yg nak tau detail pasal kedai ni boleh tgk blog Suraya Lunatots.

Photo di copy drpd Blog Suraya Lunatots. (pinjam yer....)
Plan aku g kedai Lunatots ni sbb nak cr breast pump. Byk sgt breast pump yg di jual kat pasaran skrg, ada yg murah & mahal, tp yg murah pun berpuluh jugak harganya. So, aku x tau nak beli yg mn 1 yg sesuai dgn aku, lagi2 kena tgk budget aku yg ciput je.Bila kat kedai Lunatots tu, akak yg jaga kedai tu syorkan aku beli breastpump Spectra 3, harga dia Rm338. (Mhalnye.....)Dia terangkan kat aku kelebihan spectra 3 tu & cr penggunaannya. 

Spectra-3
Pastu dia syorkan aku beli package dgn harga RM620 (erk...lagi mahal...). sbb dia kat kalau beli 1,1 lagi mahal. Kalau beli 1, 1 harga dia dalam rm8++.Package tu sesuai sgt utuk ibu2 yg bekerja tp still bfkan anak. Dalam package tu ada :-

(1) Spectra 3 breast pump
(2) Reusable ice pack - 3 pcs
(3) Breastmilk storage bottles - 6 pcs
(4) Cooler toots (black)
(5) Backpack (black)

Rasa mcm ok jugak kalau beli package ni, so trus tanya en husband nak beli ke x sbb dia yg akan bayarkan, hehehe.... Pastu dia kata beli je sbb breastpump ni boleh service kat sini sampai bila2, lagi pun boleh bayar 2x tp aku mintak bayar 3x. Hehee...nasib baik dapat. Deposit aku bayar Rm220, that mean lagi RM400 so end of august after aku deliver br aku boleh dapat breast pump ni sbb selagi x abis bayar mmg x boleh ambik barang. Harap2 sesuaila breast pump ni utk aku sbb aku mmg semangat sgt nak bafi full bf utk 2nd baby ni. Harap2 berjaya & Allah permudahkan segalanya.

Dsbbkan awal lagi, trus g Quensbay bw Rania jln2 sbb x tau nak bw dia g mn. Dah x larat jln kat dlm Quensbay tu, 5.30 p.m trus balik. Esok cuti sbb ada appointment kena g Hospital plak jumpa Dr pakar, pastu g klinik kesihatan check baby & inject Rania utk umur 1 tahun 6 bulan. Huh, letih giler mggu ni.

K la, dah pjg sgt entry kali ni. Jari jemari ni pun x larat dah nak menaip. Jumpa lagi di entry seterusnya..