Jul 23, 2012

Puasa Hari Ke-3.

Doa Ramadhan hari ke-3 :-

"Ya ALLAH,Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan.Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan. Demi kemurahanMu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan".


Eh, eh, jap je dah masuk hari ke-3 kita pose kan. Rsnya br je semalam dengar pengumuman pose. Mcm en husband ckp ms 1st day gi Bazar Ramadhan " rsnya br je lagi g bazar jumpa kawan awk si....". 

Pose tahun ni mcm tahun lps, ber-3 tp 2 org jela yg pose yg sorg lagi si kecik tu pose tipu2 je, subuh2 dah minum susu. hehehe...Pastu time berbuka dia pun sibuk berbuka, kacau je org nak mkn tp dia bukan nak mkn sgt pun, mkn main2 je... Ibu ayh dia nak makn pun x senang. Tahun ni Rania 2nd time berpose (w/pun x pose) & tahun depan insyaallah kiteorg pose ber-4 plak. 

Mmg letih la pose tahun ni sbb membawa perut yg semakin membesar, hari ni dah 37 minggu dah. Bila2 ms je boleh bersalin w/pun due date 3 mggu lagi. Tp harap2 jgnla, biarla selamat sampai kg halaman kat Melaka dulu. Bukan apa, sng kalau bersalin kat kg sbb ramai ada yg boleh tolong jaga Rania time ibu dia ni kena masuk hospital. Kalau kat sini sape nak jaga dia, kalau kak Linda tu mmgla boleh tp mlm2 nnti ayah dia kena jaga plak. Pastu dgn keadaan aku & baby lagi sape nak uruskan. Kalau kat kg confirm ada mak yg boleh tolong tgk2 Rania & baby, adik bradik lain pun ada boleh tolong. Nak mengurut & berpantang kat kg pun senang sbb dah ada org yg boleh buatkan semua tu.

Alhamdulillah, setakat 3 hari ni masih lagi berpuasa penuh tp dgn syarat mmg wajib bersahur. Kalau x confirm x larat pose sampai petang, lagi2 bila baby dlm oven ni buat aksi gimrama. Kesian baby..Harap2 dapatla puasa penuh sampai due date, xdelah lama sgt nak ganti pose balik nntikan.

Skrg ni mood keje mmg dah xda sbb dlm pale ni asik pk dah x sabar nak balik kg,tp terpaksa gak g keje. Bila kat ofis asikla tgk kalendar menghitung hari. Tba2 rs lmbat plak masa berjalan w/pun pose jap je dah masuk 3 hari. Mmm...biasalah kalau setiap kali plan nak blkg kg mmg mcm ni la jadinya.

Cepatla 4/8......x sabarnya.. "Baby, jgn kluar dulu ye syg, tggu kita selamat sampai kg ibu kat Melaka dulu br baby boleh kluar dr perut ibu tau.." Agak2 baby dengar x??? (^_^)

No comments: