Jul 12, 2012

Menghitung Hari

Pejam celik, pejam celik jap je dah sampai bulan Julai 2012 & 10 hari je lagi akan masuk bulan Ramadhan iaitu bulan berpuasa bagi semua umat islam di muka bumi Allah ni. Semoga tahun ni akan jadi Ramadhan yg terbaik bagi diri kita berbanding Ramadhan sebelumnya...semoga Allah panjangkan umur kita utk menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Insyaallah...


Tahun ni tahun ke-2 aku berpuasa ketika mengandung. 1st time ms mengandungkan Rania dulu tahun 2010, ms tu tgh mengandung 5-6 bulan. Aku seronok sgt dapat puasa penuh time tu sbb usia kandungan yg masih lagi kecil, so aku masih larat utk berpuasa tanpa hadapi apa2 masalah. Tahun ni 2012, 2nd time aku berpuasa ketika aku mengandung jugak cuma bezanya usia kandungan ku dah nak masuk 9 bulan, that means due date aku bulan puasa (1 weeks b4 raya). 

35 weeks already.....sebulan je lagi akan deliver.
So, mmg aku x dapatla nak berpuasa penuh (jenuhla nak qada' puasa nnti...) & aku x pasti lagi dgn usia kandungan ku skrg ni boleh buat aku larat utk berpuasa ke x. Time puasa qada' skrg ni pun aku x tahan, asik lapar je...harap2 laratla.

Tp yg paling x best sgt2 sbb aku x dapat beraya tahun ni sbb dalam pantang, bukan je kata x beraya tp nak makan ketupat rendang & kuih raya pun x boleh. Baju raya confirmla dgn t.shirt & kain batik je. Pastu nnti family semua g jln raya especially Rania & en husband, aku plak kena duk umah dgn baby, pastu org lain sedap2 menikmati juadah ketupat rendang kuih muih tp aku plak boleh tengok je .................. Waarrrggghhhhhhhhhhhhhhh. ..............................  sedihnya.......lagi besar dugaan time tu.


("Mak....masakkan ketupat & rendang sebelum org deliver ye.....nnti kempunan ank mak ni") Bolehke camtu??? X kisahla, nak jugak...............(^-^)


No comments: