Mar 31, 2012

Dinner with Family ~ Ikan Bakar Nurul, Batu Uban Penang

Malam tadi En husband blanja kami mkn ikan bakar seperti yg dijanjikan semalam. Seperti yg aku postkan dlm entry semlam, kedai mkn pilihan ~ Ikan Bakar Nurul. Aku pun dah lm x mkn ikan bakar, dulu ms bujang selalu gak mkn kat sini. Kalau korang nak tau, kedai mkn ni pernah terpilih sebagai dlm rancangan Jalan2 Cari Makan TV3. And....mmg ramai artist yg dah pernah dtg kedai mkn ni. Kalau korang nak try mkn kat sini or nak tau maklumat lanjut pasal kedai ni...google je confirm jumpa.




Lps2 maghrib terus pergi sbb kalau lambat confirm ramai org sbb kedai tu mmg tiap2 hari ramai org. Tp bila sampai je...mmmg dah ramai dah pun, tp still ada lagi meja utk kitaorg duduk mkn sbb kwsan kedai tu mmg luas. Yg paling aku suka suasana kedai mkn ni dia buat ala2 kampung, ada pondok2 siap pondok atas pokok
pun ada utk mkn. Mmg cantikla dia decorate kedai mkn ni. Bersih...mkn pun selesa je.

Salah 1 pondok yg ada kat kedai tu.
Igt nak mkn kat dlm pondok ni tp dah ada org lain duduk la plak.
So, kiteorg mkn kat sini je...
So menu pilihan~aku dgn en husband yg pilih. Ikan siakap bakar, Ikan siakap masak 3 rasa, Udang galah masak pedas, tom yam campur & sayur goreng belacan. Fuh..mmg sedap giler, lagi2 bila mkn time lauk masih panas sambil duduk bersila kat dlm pondok mcm gaya org kampung dgn makan ramai2 mmg berselera makan. Sampai licin la semua lauk. hehe...Cuma aku yg kene mkn last sbb nak melayan si kecik Rania yg x reti duduk diam.Tp dgn adanya Rania jugakla yg lebih menceriakan kami time dinner ni.

Boleh pilih sendiri kat sini-yg pastinya semua segar2 lagi
yg terbaik dr ladang...ops silap, dr laut.

Mmg puas hati sgt sbb mak & abah ckp sedap makn kat situ. So, x sia2 bw dieorg mkn kat kedai Ikan Bakar Nurul tu. Cuma yg aku terkilan sgt2 x dapat nak ambik gambar buat kenangan sbbnya camera hp aku rosak. Warghh...sedih giler. Time2 nila camera ni nak rosak. Tensen aku.....

Lps2 mkn, perut pun dah kenyang dgn mata pun dah ngantuk terusla balik...Ha...sebelum tu korang nak tau x brp harga mknn kitaorg tadi????

1) Ikan siakap bakar
2) Ikan siakap masak 3 rasa
3) Udang galah masak pedas (5 ekor)
4) Tom yam campur (utk 2 org mkn)
5) Sayur kangkung goreng belacan (utk 3 org mkn)
6) Nasi putih (5 org mkn + 2 nasi tambah)
7) Minum : Teh o panas, fresh orange, apple, carrot susu & laici.

Semua sekali harga dia RM113. En husbadnla yg bayar. Korang rs murah ke mahal??? Pk la sendiri (^_^)

(gambar2 dia atas copy paste dr internet je....huhu)



Mar 30, 2012

Bersenang-Lenang Bila Mak Ada kat Umah...

Bunyi tajuk entry mcm jahat je kan....Ha...korang jgn pk yg bukan2 k. W/pun aku bukan la anak yg baik, tp aku xkan mendera ibu ku tau...

Masuk ari ni dah 3 ari mak abah & adik duk kat umah aku. So, sepanjang diaorg ada mmg aku x antar Rania g umah Kak Linda. Bukan sbb nak sshkan mak utk jg tapi diorg yg mmg nak jg sbb tujuan utama dioerg dtg umah aku kat Penang ni pun sbb nak melawat cucu perempuan dieorg yg sorg ni. Jarng sgt la jumpa, sekali jumpa dah besar. lagipun kalau Rania ada xdelah dieorg boring duk kat umah aku yg x jejak tanah tu...boring tersangatler x mcm umah kat kg.So, sebelum balik  Melaka dapatla gak dieorg melepaskan rindu kat cucu perempuan yg sorg ni.

Dsbbkan aku keje, mak tolongla masak. Sbb abah & adik pun nak mkn tghari gak. Lauk semua dah ada dlm peti ais tu cuma mak kena masak je.Biasa mak akan masak terus sekali utk mlm. So bila aku balik keje, dapatla rehat sikit sbb x pyh nak naik tgga tgkt 3 ambik Rania kat umah Kak Linda & x pyh nak masak utk mkn mlm & x panat sgt nak melayan kerenah Rania sbb ramai yg ada melayan dia. Aku cuma perlu kemas sikit2 je kat dapur, masak nasi utk malam. mmm...mcm ni la akak aku kat umah tu, bestla dia balik keje je mknn dah terhidang sbb dia & abg ipar duk ngan mak. Eh..eh..bukan jelesla....cj je ckp camtu. hehehe..

Sbb tula tajuk entry mcm tu...sampai Sabtu ni je la mcm ni. Pastu dieorg semua nak balik dah. Huhu..tba2 terasa sedih nak berpisah, dahla jarang jumpa. Setahun 2-3 x je jumpa. sedih..sedih...Dah2...sagt nagis plak kat opis ni.

Pinjam photo dr FB-Nurul Ikan bakar.
Mlm ni En husband kata nak blanja mkn ikan bakar. Mmg saat nila yg aku tggu sgt ~ nak bw mak abah g mkn ikan bakar kat penang. X sabar nak tggu mlm ni.....Dah terbayang-bayang kemeriahan di meja mkn sambil melayan si kecik Rania tu...Semoga mlm ni menjadi malam yg paling menggembirakan buat mak abah & keluargaku. Semoga Allah redhai kami selalu. amin....

X sabarnya nak tggu malam...rs msm nak gerakkan sendiri jarum jam ni ke kul 5m nak balik cepat. Bolehke??? hehehe....


Touching Sungguh...sob..sob..sob..

Cerita Pasal Handphone....

Zaman skrg ni, rsnya setiap org mesti ada pakai hp x kira muda, tua  sampai kanak2 yg masih lagi tadika pun dah pakai hp. Kalau dulu hp ni bukan la keperluan penting tp skrg dianggap tersangatla penting pd semua org. Kalau dulu xda hp pun x kisah, guna je telefon umah. X pun kalau takut nak guna telefon umah(biasa nak gayut dgn awek/pakweler...) guna je public phone, melambak-lambak public phone kat luar. Just perlu sediakan duit syiling je, kalau xde duit syiling tukar je kat kedai.Tp skrg kalau xda hp, atau hp tertinggal, ilangke confirm x senang duduk. Sng ckp x boleh idupla kalau xda hp.

Dulu hp cap ayam tu pun mahal, beratus gak kalau nak beli, so kalau ms student IPT dulu dah pakai hp 3310(hp boleh utk baling anjing sbb kuat...hehehe) tu pun kira banggala sgt sbb x semua student mampu beli.Tp kalau skrg pakai hp3310 tu lg confirm kene kutuk "hek eleh, org x pakai dah la hp mcm ni. Skrg org pakai hp yg ada camera, touch screen.." Budak2 tadika, sek rendah  pun pakai hp canggih skrg. Lagi2 skrg ni dah mcm2 jenis hp ada kat pasaran, makin canggih. Sampaikan ada yg tukar hp tiap2 bulan, pantang ada hp terbaru confirm beli. Kalau org byk duit bolehler....kalau yg x byk duit tu kenela kumpul sikit2  dulu br boleh beli.

Kadang2 terpk gak aku, apelah kegunaan hp utk budak2 yg masih sekolah ni. Budak2 zaman dulu boleh je x pakai hp. Bila tanya..nnti mesti dieorg jawab, nnti senang nak call mamy, cal daddy..kalau ada apa2 boleh call dieorg. Atau pun bg aku jwpn yg paling tepat sbnrnya nak main game yg ada kat dlm hp tu je..... bagi yg sekolah rendah @ menengah plak sbbnya sng nak msj or cal girlfren/boyfren. Atau pun sj je nak bergaya dgn hp...huhu...mcm2 la.


Eh, eh, sibuk cerita pasl org, yg aku ni x pakai hp ke???? hehehe...mestila pakaikan. Ok, aku start pakai hp pun lps aku abis study, ms tu last semester buat practical. So dapat gaji drpd buat practical tula aku buat beli hp, x silap aku tahun 2003. 1st hp yg aku beli tu Nokia 3310.X silap aku ms aku beli tu harga dia RM5++, mahal lagi time ni. Skrg x sampai RM100 pun dah boleh beli.


Ni 2nd hp yg aku beli. Sbb tukar hp 3310 tu dah rosak (alasn je tu...sbnrnya nak tukar hp br...(^^)). X igtla plak tahun & harga dia ms aku beli.


Yg ni plak 3rd hp aku. nokia jugak sbb mmg aku minat model Nokia.Yg 2nd tu aku bg adik aku guna(tp dia dah trade in beli hp baru sbb hp tu pun dah buruk bebenau).. Nak try plak plak hp jenis slide,ada camera & boleh buat 3g. Mmg aku syg tersangat2 hp ni. Harga dia dekat RM1000 gak la, beli masa sebelum kawin 2008 kot. Start pakai hp ni aku x pernah lg pk nak tykar hp w/pun byk kali gakla hp ni rosak. Tp sampaila 1 ari tu(time ni dah kawin) 2011 rsnya ntah mcm mn aku terbasuh hp ni siap guna mesen basuh lagi. Yg paling best siap cuci kering lg. Sedih giler aku tgk2 hp ni dah jd puzzle...Mmg x boleh repair langsung dah. Tp aku still simpan lg hp ni.

Ni la hp yg aku guna skrg. Kau x dsbbkan hp aku yg 3rd tu aku x basuh, confirm aku x pakai hp ni. Ntah mcm mn nak tukar selera drpd Nokia kpd Sony Ericson plak. Touch screen hp. Hp ni lg muran dr 3rd hp nokia aku tu, Aku beli Rm550 je.. Mmg sekrg hp dah murah w/pun touch screen hp.Setakat ni x tau lg sampai bila boleh kekal dgn hp ni sbb skrg xda pun pk nak tukar hp br. Cuma terpk nak beli Ipad je.. hehehe..(^_*).

So start 2003 sampai skrg 2012, br 4 hp je aku guna. Korang mesti dah berbelas berpuluh jenis hp korang dah gunakan. & yg paling pentingnnya korang punya hp mestila lg canggih dr yg aku guna kan..kan...kan.. X kisahla tu, yg penting sekrg cuba korang pk kebaikan & keburukan hp ni kat korg.(^_^). Peace..


Mar 28, 2012

Scan Baby - 5 month

Br balik dr klinik jumpa Dr utk scan baby. Alhamdulillah...tgk gambar baby kat skrin scanner tadi nmpk fizikal baby sempurna, cukup semua. Yg bestnya ms Dr nak scan tu, baby main tendang2 sampai Dr tu kata "dudukla diam2 jap, dia main tendang2 plak. Tgk kaki dia tgh tendang". Gelihati aku, ank ibu yg ni terlebih aktifla. Mmg rasa sgt beza  ms mengandungkan Rania dulu dgn yg no-2 ni. Dulu Rania xdelah seaktif ni lagi2 usia kehamilan br 5 bulan. Tp baby ke-2 ni mmg terasa aktif bila kerap sgt terasa gerakan dia dlm perut. Excited aku tgk gambar scan tu.

Tp...x dapat nak tau lg jantina apa sbb masih x nmpk. Mmm...org ckp kalau ssh nmpk tu maknanya perempuan. Yela, perempuan kan pemalu sama mcm Rania dulu. Tp x igt scan Rania ms brp bulan br nmpk jantina. Kene tggu 2 bulan lagi utk repeat scan, & time ni br boleh tau jantina baby. Lambatla nak tggu bulan 5 nnti.

Ape pun, aku bersyukur sgt2 sbb baby sihat. Biarla dia sihat sepanjang berada dlm rahimku sampai la dia kluar tgk dunia & sampai dia membesar, sampai bila2 mcm kakak dia skrg. Cm harap sgt baby kali ni xda kene jaundis mcm kakak dia dulu. X sanggup lagi nak tgk dia kene cucuk kat tangan comel dia berbelas kali. X sanggup nak nagis lg dah. Insyaallah...semoga Allah melindungi anak2 ku selalu. Amin..


Produk Kecantikan Muka

Mcm2 produk kecantikan muka yg ada kat pasaran skrg, terlalu byk. Kalau listkan confirm x cukup space & sampai esok pun x abis. Kadang2 sampai pening di buatnya x tau nak buat pilihan produk yg sesuai utk muka sendiri. Lagi2 kalau masuk Gurdian @ Watsons (1st choise tempat aku beli produk kecantikan).

Actually aku ni bukannya jenis yg menjaga kecantikan sgt. Make up pun ala kadar je, sng ckp make up utk elak muka pucat je. Lagipun aku mmgla sgt2 x pandai make up,setakat pakai mascara & blusher tu boleh la sikit2. X pernah plak berminat nak blajar make up ke ape, sng cerita mmg x berminat.

Kulit muka aku mmg jenis x berjerawat, so mmg sentiasa licinla dr dulu..Igt lagi ms mak andam make upkan  aku ms aku nak kahwin, dia puji kulit muka aku. Dia kata best make up aku, licin je muka. Tepek bedak sikit je dah cantik.(kembang jap...(^_^)). Mayb ikut kulit mak yg mmg x berjerawat, adik bradik lain pun mcm tu. Kalu ada jerawat pun setakat jerawat biasa, 2 3 ari pastu ilangla. So, dsbbkan tula dulu aku sukala sgt tukar2 produk pembersih & krim muka. Mcm2 dahla aku pernah pakai sampai x igt dah nm produk tu sbbnya pakai sebulan dah tukar produk gara2  terpengaruh dgn iklan tv, kwn2 atau pun promoter yg jual produk tu.

Tp sampaila sekali tu ms aku buat practical kat kilang 6 bulan...muka aku yg licin tu dah x licin. Byk jerawat tumbuh kat pp aku sampai merah2. Kwn2 aku yg jrg jumpa semua tegur nape muka aku jd camtu, aku pun naik malu nak berdepan dgn org ramai. X taula kenapa, mayb sbb keadaaan kilang tu yg xda aircond, panas & berhabuk. Masa tu la br aku tau camne perasaan org lain yg muka dia sentiasa berjerawat, mmg aku risaula sgt2...try mcm2 produk nak kembalikan balik kulit yg asal dulu. Dsbbkan byk produk yg aku try, aku pun x pasti produk apa yg dah pulihkan kulit muka aku licin sepenuhnya.Bila org tanya, aku x tau nak jwb tp bukan kedekut cuma x pasti  produk mn 1 yg dah sembuhkan kulit muka aku.Alhamdulillah...aku dapat semula kulit asal aku w/pun ada lagi parut tapi x ketara. Tepek bedak compact sikit dah x nmpk.

Tp lps tu aku x serik, masih lagi suka tukar2 produk pencuci muka ni. Sampaila bbrp bulan sebelum aku menamatkan zaman bujang aku, aku telah memilih produk Safi Rania Gold yg dipengaruhi oleh iklan kat tv gak(nmpk sgt aku ni mudah terpengaruh dgn iklan).So, start tu la aku trus pakai produk ni & hantaran perkahwinan en husband pd aku pun produk Safi Rania Gold. Sampaikan anak aku pun aku nmkan Rania & setiap kali aku bg tau nm anak aku Rania msti dieorg akn ckp Rania Gold...geram plak aku. Penat2 aku crkan nm Rania Iman Insyirah, diarg tukar Rania Gold plak. Tp mula2 jela, skrg xde dah.

Dan sampai skrg dah 2 tahun lebih aku masih setia dgn Safi Rania Gold ni, & x pernah tukar produk lain. Tp bukan semua produk Safi Rania yg aku pakai. Yg aku pakai pencuci muka, toner & serum. krim malam & siang x pakai sbb aku ni jenis malas nak pakai byk2.... lagi pun mahal le nak beli semua tu. Serum dia tu pun dah rm30 lebih...so, pakai pun time siang je.

Produk2 yg aku pakai :-



1) Pencuci muka.
Wajib pakai setiap kali mandi pagi & petang. Kalau x pakai pencuci muka rs mcm muka ni x bersih je...








2) Toner.
Dulu x kisah pakai ke x, tp sekrg dah mcm penting jugak. Mcm x best plak rs kalau x pakai lps cuci muka.









3) Serum
Pakai ni lps pakai toner. Pakai sikit je pun dah cukup & rasa best bila pakai. X berminyak & cepat meresap dalam kulit.








4) Pelembap bibir.
Benda paling wajib yg aku perlu ada.Bibir aku jenis bibir kering. So, mmg bergantung dgn benda ni setiap masa, kira mcm ic gakla benda ni x boleh tinggal.Kalau dlm handbag tu mmg perlu sentiasa ada pelembap bibir jenis liptick tu, sng pakai & d bw ke mn2.





5) Compact powder

Lps pakai serum, pakai bedak ni mmg best. Mcm pakai alas bedak je, rata je bedak tu bila pakai. Kulit muka nmpk licin je, parut2 pun x nmpak. So, x pyh nak buang masa, buang duit beli alas bedak. Yg ni je dah cukup asalkan serum safi rania gold tu ada. Kalau serum tu xda, mmg aku pun mls nak pakai bedak sbb rs mcm bedak tu x melekat je kat kulit muka aku.






6) Lipstik
Last sekali br pakai lipstick Dsbbkan bibir aku mudah kering,aku suka pakai lipstiks jenis pelembap mcm ni. 2 in 1, memerahkan & melembapkan bibir.Harga pun x sampai rm20.








7) Mascara
Kalau time g keje mmg mls sgt2 nak pakai. Pakai bila mood rajin tu dtg terutama sekali time nak g kluar jalan2 atau g kenduri kahwin.










8) Blusher
Ni pun pakai ikut mood. mcm mascara, biasa pakai bila time nak g jalan2 atau g kenduri kahwin je.







Tu  je la produk yg aku biasa pakai. Simple & senang. X perlu ms lama utk make up.


Rania with New Hairband





Bila Atuk, Nenek & Mak Usu datang Penang.

Semalam balik keje trus ambik mak abah & adik kat terminal bas butterworth. Dioerg br sampai dr Melaka. Melawat anak menantu & cucu yg dirindui kat penang ni. Almaklumla jarang jumpa....lps ambik diaorg, trus ambik Rania kat umah kak Linda.

Mmg dah agak, dia xnak dgn atuk nenek & mak usu dia sbb jarang jumpa, dia pun x biasa. Asikla berkepit dgn ibu dia ni, siap nak menyorok bawah ketiak lagi. Pemalu sgtla ank ibu ni. Tp lps 2 3 jam, dah ok dah dah boleh main & gelak2 dgn atuk nenek & mak usu dia. Mmg mcm tula selalunya kalau dgn org yg jarang jumpa, kene ambik masa utk kenal dulu.Meriahla umah aku mlm tadi bila berkumpul ramai2 mcm ni. Seronok aku bila mak abah dtg tp mak kata sabtu ni nak balik dah. mmm..igtkan duk sini sebulan ke...

Dsbbkan mak abah ada kat umah, so x antarla Rania kat umah Kak Linda. Bagi atuk nenek & mak usu dia melayan cucu yg jarang jumpa ni. Tp pg tadi dah menangis nak ikut aku & en husband g keje, mulala xnak kat atuk nenek dia. Nak x nak kene gakla tinggal, pandai2la mak usu dia melayan nnti. Rania tu pun nagis jap je tu, nangis ngade2 je.


Mar 26, 2012

Alhamdulillah...dah 5 bulan.

20 Weeks
Cepatnya.....kejap je dah 5 bulan. Rasanya br je lagi pregnant. Ape pun Alhamdulillah..Allah panjangkan usia & menjaga anak dlm kandungan ku ni. & aku dah mula terasa gerakan2 kecil dlm rajim ku ini.Rabu ni ada appointment dgn Dr sbb nak scan baby(x sabar sgt2), nak tgk perkembangan baby & scan utk check jantina baby. Harap2 sgt kali ni dapat baby boy plak. Tapi kalau  dapat baby girl lagi pun xpe, asalkan yg paling penting baby sihat fizikal & mental.

Actually, aku & en husband x pernah rancang utk dapatkan baby ke-2 secepat ni. Kami rancang bila Rania dah umur 2 @ 3 tahun baru nak + 2n baby. Sbbnya  kami takut x dapat nak beri perhatian yg secukupnya kepada baby & keadaan ekonomi kami yg belum brp nak stabil. Jujur ckp, ms mula2 x datang period lewat 5 ari x silap, dah mula ssh hati sbbnya period aku mmg teratur tiap2 bulan. Lagipun mmg patutla risau sbb aku mmg x mkn pil perancang, main rancang sendiri je.So, bila dah lewat sgt ni bg taula en husband & en husband suruh buat pregnancy test. Mlm tu terus beli pregnancy test kits, & pagi2 esoknya bangun tido terus buat pregnancy test). & u know resultnya....cuma aku x tau dah brp bulan.

Selepas dpt tau result tu +ve...aku menangis sbbnya aku mmg x sangka & betul2 x ready. & aku hampir2 berniat utk gugurkan. Tapi alhamdulillah....Allah tutup jalan utk aku buat perkara terkutuk tu. Bygkanla, kalau aku buat benda tu...astaghfirullahalazim....betapa berdosanya aku berniat mcm tu. & en husband pujuk aku, setiap anak yg Allah berikan adalah rezeki buat kami. Mn tau kali ni kali terakhir aku pregant...kalau aku gugurkan, Allah x bagi kami anak lagi mcm mn???? Ya Allah, menyesal sgt2 aku berniat mcm tu. Pastu, terus aku tekad utk teruskan jaga & terima bayi dlm kandungan ku ini dgn sepenuh ikhlas hatiku. Aku x nak dia rasa seperti tidak diperlukan. Ampunkan aku Ya Allah....Aku janji akan menjaga dia dgn baik sebagaimana aku menjaga Rania. Cuma aku rahsiakan perkara ni drpd family aku kecuali mak aku. Xda sape pun yg tau, kalau ada yg tau pun sbb terkantoi...saja nak buat surprise.....(^_^)

Tp..mmg pregnant kali ke-2 ni, aku kurang jaga kehamilan aku. Bukan sengaja tp dsbbkan letih & x cukup masa. Ms pregnantkan Rania dulu, aku & en husband je 2 org dlm rumah tu. Aku keje pun, balik keje just nak masak pastu boleh rehat. Tp skrg, balik keje aku perlu masak pastu jaga Rania yg br je setahun lebih, masih tengah lasak & perlu diberi perhatian lebih. Sbb tu aku cepat letih & dulu selalu dapat mengaji lps solat tp skrg mmg kurang sgt2. Kadang2 risau jugak tp aku serahkan pd Allah, semoga dia terus kuatkan aku & bantu aku utk jaga bayi dlm kandungan ku ini & juga anak ku Rania yg sedang membesar.

Semoga Allah permudahkan segalanya utk keluargaku & murahkan rezekiku, suami ku & anak2 ku. Semoga kami sentiasa berada di dalam perlindungannya. Amin..


Mar 20, 2012

Number One For Me


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I’m here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it’s time for you to rise
For all the things you sacrificed
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now

And it’s not too late

I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
Now I finally understand
That famous line
About the day I’d face in time
Coz now I have a child of mine
Even though I was so bad
I’ve learnt so much from you
Now I’m trying to do it too
Love my kids the way you do
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me
There is no one in this world
That can take your place
Oooh I’m sorry for ever taken you for granted
I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I’m around you
Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Mom I’m all grown up now
I’ts a brand new day
I’d like to put a smile on your face everyday
Mom I’m all grown up now
And it’s not too late
I’d like to put a smile on your face everyday
The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
Number one for me



Mar 14, 2012

…..HAPPY 2nd ANNIVERSARY….

Alhamdulillah...dah 2 tahun usia perkahwinan kami. Pelbagai pahit manis berumahtangga berjaya kami tempuh bersama.

Kenangan Abadi Terindah

Love ForEver

Kehadiran cahayamata pertama kami Rania Iman Insyirah yg kini telah pun berumur setahun 2 bulan,melengkapkan lagi kebahagiaan kami suami isteri.Di usia perkahwinan kami yg baru 2 tahun ni, syukur sekali lagi kepada Allah kerana telah mengurniakan kami rezeki lagi iaitu zuriat ke-2 kami yg kini telah pun berusia 4 bulan usia kandunganku. 



Dari kiri berdiri : mak, (aku&hubby),abah.
Duduk dari kiri : kak ngah, abg long & adik.


Semoga kebahagiaan kami akan kekal hingga ke syurga. Amin....


Mar 13, 2012

Bowling Time

Cewah...tajuk entry tu mcm aku plak yg main. Pgg bola bowling pun x reti, main lagila x reti. Kalau bola tu masuk longkang biasala tp kalau aku main silap2 bola tu kebelakang. hahaha...Teringin gak nak main, mcm best je. Tp seganla nnti org tgk.

So, last sunday ari tu aku & Rania ikut en hsband g lawan Bowling anjuran kilang dia. Mmg byk kali kilang dia buat, sebelum ni aku pernah ikut jugak, cuma kali ni 1st ikut sekali dgn Rania. So, start dr pagi sampai kul 2.00 p.m ari tu kilang en husband dah bookingla utk staff dia lwn bowling. Masuk2 je  bilik bowling tu..bilik ke?? ape2 je la, kwn2 en husband dah serbu si Rania tu. Yg chinese, india yg x kenal tu pun duk asik pandang Rania. Semua geram dgn pp Rania yg tembam tu lagi2 time tu dia pakai hat, ber++ terserlah pp dia. Yg kelakarnya bila org hulur tangan nak dukung dia, dia sambut salam, cium tangan org tu. hehehe....bagusnya anak ibu ni, pandai sgt.

Sementara tunggu game bermula, lpskan Rania berjalan kat area nak baling bola bowling tu..(x tauler nmnye.. .heheh). Apalagi, bukan main suka la dia, siap nak pergi samapai kat pin boeling tu. Ish2..asal boleh je Rania ni. Dia seronok agaknye tgk tempat tu luas sgt, kat umah dia xda area kwsn luas mcm tu. hehehe...Bila dukung, jerit2 nak turun gak.

Ada gaya x mcm pemain bowling profesional???(^_^)

Pastu bila game dah mula, tgkla en husband main bowling. Adala jugak gaya & bakat w/pun jarang main. hehehe...Dsbbkan game lamabt lagi nak abis, Rania plak dah mula meragam..aku pun bwla jalan2 round shopping complex tu.

Masa turun escalator, ternmpkla 1 kedai souvenier yg kat dlmnya bykla patung angry bird, si rania pun apa lagi, dr atas escalator tu dah jerit. Nmpk aje angry bir tu w/pun jauh lagi. Aku pun masuk kedai tu, br pgg patung angry bird tu dia dah terus rampas dr tanagn aku. Kalau dia dah pgg tu jgn harapla dia bagi balik. So, kenala belikan jugak untuk dia, nasib baik rm12.90 je. hehehe..Lagipun mmg nak cari patunf angry bird utk dia sblum ni tp x jumpa. Kat sini br jumpa. So, ms nak scan patung tu nak bayar mmg dia x bgla. So, terpaksala cashier tu buka harga pd patung tu utk scan. Rania...Rania...




Lps tu, igt nak trus g kat Ayh dia balik, tp ternampakla plak rumah mainan utk kanak-kanak. trus bw Rania lepak kat situ jap, letak Rania dlm rumah kecik tu. Bukan main suka dia sambil pgg patung angry bird. Bila mintak nak pggkan dulu patung tu  mmmm...x baginye dia. Bukan main kuat dipeluknya.


Kul 2 p.m, game pun tamat. Rania pun dah meragam nak tido, tp suruh tido xnak tido. Mayb bising, & x  selesa tido dlm stroller tu. En husband x tunggu sampai umumkan pemenang sbb dah tau sape yg menang. group en husband dapat tempat ke-20.hehehe...okla tu...Aku pun dah letih, lapau dah.

Rania masuk kereta x sampai 5 minit dah tido, ngantuk sgtla tu dr pagi x tido. Pastu en husband terus beli mkn bungkus bw balik. Plan pg tadi nak g jln2 lps main bowling, tp x larat, masing2 dah letih so terus la balik. 
Sampai umah dah kul 3.30 p.m. Cepat2 solat zuhur..Igtkan pastu nak tido, tp Si Rania ni plak dah bangun xnak tido, kenala melayan dia w/pun mata dah x larat nka buka..letihnya...



Frens Wedding~10/03/2012

Sabtu ari tu g Perlis 1 Family sekali dgn mami(mak angkat) sbb nak g kenduri kawan baik masa study kat politeknik dulu.Mami ni kira mak angkat dia jugakla. Betolak kul 11 pagi, 1.30 ptg dah sampai. Time sampai, pengantin laki x samapi lagi. So, kitaorg trusla g serbu mkn dulu. Lapau...break1st pun sempat mkn roti canai sekeping je.

Sementara makan tu, bg la sikecik Rania tu berdiri kat tepi kerusi aku mkn tu. Time2 ni mmg dia suka sgtla kalau dilpeaskan mcm tu, alamaklumla dah pandai berdiri. So, dia jalan la sambil pgg kerusi sampai kerusi org lain yg tgh duduk pun dia pergi. Tu lom dapat jln sepenuhnya, kalau dah dapat jln x pyh pgg ape2 confirm ntah mn2 dia pergi.

Tgh2 mkn tu, pengantin pun sampai. Diiringi dgn paluan kompang dr radio je..Mmg cunla kawan aku tu pakai baju pengantin kaler merah, menyerlah. Sementara tunggu pengantin makan, layanla si kecik ni. Tiba2 dia ternampkla sekor kucing kat situ. Apalagi sibuk nak kejar, jln pun x pandai lagi. Kucing tu masuk bwh meja, dia pu  nak masuk. Ayah diala jadi mangsa melayan. Pastu bila dukung x bagi, kluarla jeritan tangisan dia yg mmg kuat tu. seboleh-boleh nak jugak kejar kucing tu. Dahla time tu tgh panas, ramai org lgi kat khemah makan tu. Pening kepala di buatnya si Rania ni.

Rania in Red Colour

Pastu, bila pengantin dah masuk umah, sesi potong kek & bergambar kat pelamin kiteorg pun ikut sama. Dapatla ambik gambat dgn pengantin sekeping 2 sbb ramai sgt yg beratur tunggu turn nak ambik gambar, almaklumla Raja seharikan...Kiteorg plak lps ambik gamabar terusla balik. Sbb dah letih sgt dgn di+++ Rania meragam.Kul 2 kiteorg pun bertolak balik.

Dari kiri : Me, Rania, Hubby, dah tentula penntgain..& last sekali mami

Tapi...nak d jadikan cerita................

Masa dah nak balik tu, aku salam la kwn aku Yana yg pengantin ni tadi. Ntah mcm mn dia boleh pgg perut aku. & tiba2 dengarla suara dia yg mcm menjerit tu gak "eh, dah ada adik...Rania nak dapat adik lagi". Terus aku tutup mulut dia dgn tanagn aku. abisla make up dia, hehehe..sape suruh ckp kuat2. mmg perut aku dah nmpk buncit, yela dah masuk 4 bulan. Tp aku pakai baju kurung besar so x perasanla aku pregnant, tp dsbbkan si Yana tu dah pgg perut aku,  mmg boleh taula aku pregnant. Cis, kantoi dah....Br nak rahsia sampai aku selamat bersalin. Tp aku dah pesan siap2 kat dia, jgn bg tau org lain. Biarlah rahsia. hehehe...

So, tamatla aktiviti hari sabtu. Sampai2 umah terus terbaring anak-beranak keletihan. Esok ada program lain plak.


Mar 9, 2012

Story of Yesterday

Semalam en husband x keje kene jaga Rania sbb Kak Linda ada kursus. Aku x bleh cuti sbb sabtu & isnin ni aku kene apply cuti. So, en husbandla kene apply cuti jaga Rania. So, semalam en husband antar aku g keje sbb Rania menangis nak ikut aku, of coursela si kecik tu pun ikut sekali. Pagi2 dia dah buat perangai, menangis...bagi susu pun x nak minum. Dalam kereta ms on the wat nak g kerja paksa jugak minum br nak minum. Pastu bila dah sampai ofis, menagis lg nak ikut. Biasa kalau antar umah ibu Linda dia x kisah pun tp ari ni betul2 buartperangai. Nasib ayah diala kene melayan kerenah dia sehari ari ni.

Balik keje kul 5, en husband  & Rania dah tunggu. Tgk2...tertido si kecik tu dlm kereta. Ayah dia kata ari ni asik nak berdukung je...tido xnak, tu yg tertido dlm kereta ms on the way nak ambik aku. Mmmm..Rania... Rania... Pastu kitaorg g care4 sbb nak cr wedding present utk member baik aku yg kawin sabtu ni kat Perlis, (sbb tu aku apply cuti ari sabtu). X tau lg nak beli present apa, yg terpk brg elektrik. So, survey2 la dulu br tau nak beli apa. Si kecik tu plak dah terjaga ms letak dia dlm stroller, terus bagi dia susu.

Dah jumpa brg yg nak di beli, tp x confirm lagi. Try nak tgk kat Tesco dulu. Kalau xda, br beli yg ni. Brg apa??? adalah...mn bleg bg tau.(^^).So, trusla g Tesco plak. Sampai2 Tesco, mkn KFC dulu sbb lapar giler x mkn tengahari.

Rania tgh tggu ayah dia beli KFC

Lepas, mkn g survey tgk kat bhgian  brg2 elektrik.Tp menghampakan...lagi x byk pilihan kat Tesco ni. Last2 beli benda yg x dirancang utk beli sbb tgk murah sgt. Igt nak  g care4 lagi 1, tp x larat la plak, lagi pun dah dekat kul 7. Esok je la beli kat care4. So, tukar plan terus g umah mami ayah sbb nak antar kad jemputan kahwin kwn aku tu. Actually mami & ayah ni mak angkat aku ms aku study kat Politeknik dulu. Bukan aku je, semua kwn2 serumah aku dulu jd ank angkat mami ayah ni termasukla kawan aku yg nak kawin ni. Tp aku rs aku yg paling rapat dgn mami & ayah skrg sbb kwn2 aku yg lain semua dah kawin, duk jauh2 & jarang jumpa.

Sebelum tu kiteorg g gerai mami dulu kat depan sek, x jauh dr umah dia sbb time2 ni biasa dia tgh kemas brg2 dia. Lupa nak bg tau, mami ayah ni meniaga kuih muih setiap hari kecuali sabtu ahad & cuti sekolah. Sbbnya biasa budak2 sekolah yg biasa beli kuih mami ni, lgpun gerai dia mmg betul2 kat depan sekolah. Mmg abisla tiap2 ari dia jual kuih. Kalau x abis pun xdalah byk. Kira lakula perniagaan dia, selain tu dia ada jual nasi arab jugak. Biasa mak2 budak2 sekolah nila yg biasa beli termasuk cikgu2 sekolah.Kadang2 bila balik keje aku trus singgah  kedai mami ni dgn Rania, confirm nnti x blk dgn tgn 0. Ada je yg mami bagi bekal utk aku & en husband. Sbb tu aku x pergi selalu, kalau x rugila mami asik bagi aku je. hehehe..

Mami & Ayah.
Photo dicuri dr FB anaknya. hehehe..
Sampai je kat gerai mami, mmg mami ayah ada, tgh nak tolak kereta sorong dia yg buat meniaga tu. Kesian aku tgk dieorg ni. Kaki ayah tu slalu sakit2 sbb ayah ada penyakit kencing manis, so ibu  jari kaki kanan dia terpaksa di buang sbb mmg x boleh di selamatkan lagi. So, skrg mmg ayah x boleh berdiri lama2. Mami pulak  bukannya kuat sgt, selalu sakit kepala, cepat letih. Yelah, bygkan meniaga sorg2 dr kul 11 pagi sampai kul 7 ptg. Balik meniaga trus nak kemas2, cuci2 bekas2 buat berniaga tadi. Pastu nak kene sediakan bahan2 untuk meniaga esoknya plak. Kul 2 pagi br tido, pastu kul 5 pg dah kena bangun nak masak pulak semua kuih-kuih tu. Bygkan, 3 jam je tido tiap2 ari. Kalau aku mmg x larat. Mami ayah tu pun mmg x larat dah sbnrnya tp nak buat mcm mn, dah tu je harta pencarian diaorg sbb ayah dah pencen. Anak?? lupa nak bg tau, diaorg ada 3 org anak, semua lelaki & sepasang kembar. Yg sulung dah lm meninggal & aku pun x pernah jumpa yg sulung tu, just tgk gambar je. Yg kembar tu mmg biasa dahla dgn aku. Yg sorg dah kawin & duk sini, so setiap mggu je dia boleh dtg jenguh mami ayah sbb ari2 lain dia keje.Kembar lg sorg, abg dia ni sakit dah bertahun & sekarang ada kat KL. Sakit apa...x taula nak ckp tp mmg dah lm dia duk KL & aku pun dah lm x jumpa dia. Tp sakit2 dia tu pun, Doktor dia tu cuma dsbbkan sakit tula dia x dapat nak bekerja. So, sbb tula mami ayah kene terus kerja sbb anak dia masih bergantung dgn diaorg terutama sekali yg sakit tu. Huh..pjgnya aku citekan psl dieorg...dah kluar tajuk ni. hehehe..ok2 sambung balik cite awal tadi.

Duk jap je umah mami, sbb dieorg pun byk keje lagi nak buat. Lgpun x bw susu Rania, jap lagi mengamuk plak dia. Duk jap umah mami ayah tu pun, si Rania ni dah mulakan operasi dia mengemas. Benda pertama sekali yg dia kemas, magazine2 yg ada kat bwh meja kat living room tu.Terlebih ghajin anak daraku sorg ni, x cukup magazine kat umah dia kemas, sambung plak kat umah tok mi dia.

Tolong "kemas"

Pastu lps maghrib, terus balik. Penat2 mami tu pun sempat jugak buatkan kitaorg air. Tu la mami, ttp akan hidangkan mkn minum kat tetamu w/pun hanya air bujang je. Mami mmg mcm tu...ckpla brp puluh kali x payah buat, dia ttp akan buat. & sempat lagi bungkuskan kitaorg nasi arab yg x abis ms meniaga tadi. Bukan main byk lagi dia bagi w/pun kitaorg ckp dah kenyang br lps mkn. Terpaksalah jugak ambikkan...org dah bagi. Pastu trus balik umah.

Sampai2 umah, si kecik tu bukan nak trus tido. Dia tolong plak ayah dia pasang alamari kecik yg beli kat Tesco tadi, mcm pandai je nak pasang, pdhal nak kacau je ayah dia tu.-RM15.90 je almari ni. Kecik je, bolehla nak letak magazine yg byk kat umah tu.


Dah siap pasang, dah kemas2, bagi Rania susu pastu terus tidokan dia. Letakje dlm buaian, buka video nasyid kat dlm hp bg dia dengar, x lm pastu dia pun tertido. Sng, x pyh ssh2 nak buai. Tp ada ms la, kadang sampai berjam buai pun dia xnak tido.

So, tamat la cerita semalam. Aduh...letihnya menaip. mesti korang pun boring bc ek. Ala..jgnla boring2, penat taip panjang2 ni. hehehe...(^_*).


Mar 7, 2012

My Favorite "Ulam"

Korang suka mkn ulam x? Mesti ada yg suka & ada yg x suka kan..Punca utama yg x suka ulam ni biasanya dbbkan rasa pahit. Betul x??? & biasanya ulam2 ni org2 tua yg suka makan. Tapi skrg org muda pun dah suka makan x kira kat kg @pun kat bandar. Kalau g kedai mkn yg jaul beraneka lauk tu pun mesti ada sediakan sekali mcm2 jenis ulam.

Mcm aku gak...dulu aku pun x suka mkn ulam sbb kebanyakan ulam ni rsnya pahit. Tp ntah bila, ntah mcm mn aku boleh tersuka ulam-ulam ni tp x semua la jenis ulam yg aku suka.Yg pastinya semuanya bermula bila aku try mkn bila tgk org lain makn mcm sedapnya...org lain tu mak akula paling dekat .So, bila sekali mkn rs sedap, terusla terjatuh cinta dgn ulam-ulam ni.Mmg sedap, org kata penambah selera mkn. Lagi2 bila time ujan..perut tgh lapar..confirm mkn ber+++ w/pun berlaukkan ulam, sambal belacan & ikan goreng. Fuh!! terangkat pinggan...Korang2 yg x suka mkn ulam tu, cuba2la try rs dulu. Kalau x cuba mn nak tau kan...

Antara ulam-ulaman yg paling aku suka :~


jantung pisang
Aku blajar mkn jantung pisang ni pun dr mak aku.  Sbb dulu mak aku  suka sgt cr jantung pisang, pastu dia rebus bg lembut. Pastu cicah dgn sos kicap yg mak aku buat sendiri(x igt dah camne buat sos kicap tu). Mmg sedap giler, tp skrg dah jarang buat sbb kat umah aku dah xda pokok pisang. huhu..sedih.

kacang panjang
Kacang panjang ni aku suka mkn start dr tgk mak aku mkn, siap ada bunyi mcm rangup je.Sekali suap nasi, sekali mak aku gigit2 sekali kacang ni masuk dlm mulut dia.Selera je tgk mak aku makan. So, sekali cuba terus aku suka.
daun salad
Daun salad ni pun best jugak kalau mkn dgn nasi. Tp kalau mkn dgn burger mmg aku x suka.Biasanya kalau org yg jual burger ni akan masukkan daun salad dlm burger tu. Mmg aku x suka sbbnya salad tu akan jd layu, dah x mcm rupa salad bentuknya. So, kalau en husband belikan aku burger dia dah tau kene ckp kat org buat burger tu jgn letak sayur dlm tu termasukla bwg2 & timun. 

tomato

Yg ni mmg paling aku suka. Lebih sedap mkn dgn nasi mcm tu je drpd di masak. Lagi aku suka kalau ada lauk sambal @ kuah pedas, mmg lagi best kalau ada tomato ni buat ulam. Fuh sedap giler. X pun aku buat air asam yg mak aku ajar ; tomato, bwg kecik @ besar,cili api kalau nak pedas, kalau nxnak pedas sgt lada merah tu. Semua bahan2 ni dipotong kecik2..pastu perahkan air limau yg kaler ijau kecik2 tu (aku panggil limau sambal, x tau nm sbnrnya).+ sikit gula & garam. mmg sedap... Tryla nnti.

ulam raja
Actually aku x pasti ulam ni ada brp jenis. Sbbnya yg aku tau, ada 1 lagi ulam yg sebijik mcm ulam raja ni cuma bezanya daun dia lg kecik dr ulam raja ni & rasa dia pun lain tp x tau nm apa ulam tu. Aku suka ulam yg daun kecik tu, mmg best. Ulam raja ni aku x suka sgt sbb rasa dia x brp nak sedap.

kacang botol


Kacang botol ni pun sedap mkn dgn nasi. Mcm kacang panjang gak, rangup..
timun kecil
Kalau korang perasan, ada 2 jenis timun yg berlainan saiz. Yg biasa tgk timun yg saiz besar tu, lagi 1 timun saiz dia kecik tapak tangan org dewasa je. Ha..timun yg kecik nila aku sgt, aku paggil timun comel. Mmg sedap timun ni, rangup mcm mkn keropok. Aku blajar mkn ms kat umah mak mertua akula. Family dieorg suka mkn timun ni, so sekali aku try mkn...abis sepinggan aku sorg bedal. hehehe...pelahapnya menantu.

pucuk gajus
Ha..ulam ni plak aku br je blajar mkn drpd en husband, sbb en husband mmg suka mkn ulam ni termasukla family dia. So start dr diala aku cuba-cuba mkn. Mula2 try mcm x suka, rs pahit tp lama-lama rs sedap plak. en husband siapla perli2 " sejak beli mkn ulam ni?". Aku buat x tau je trus sumbat dlm mulut. hehehe.. Sbnrnya en husband ni mmg x suka mkn sayur tp dia suka mkn ulam. Kubis tu pun dia suka mkn buat ulam, kalau masak dia x suka, dia kata bau mcm lipas. ntah ape2...


So, tu la antara ulam-ulam yg aku suka mkn buat ms skrg. Insyaallah akan ber+++ sikit demi sikit. Yg penting, korang kene cuba mkn br tau betapa sedapnya ulam2 ni. Selain tu ulam ni sbnrnya beri kita kesihatan yg baik selain drpd bagi muka kita kelihatan awek muda...Percayala..ni bukan cubaan, ni mmg betul2 realiti. (^_*).