Mcm2 produk kecantikan muka yg ada kat pasaran skrg, terlalu byk. Kalau listkan confirm x cukup space & sampai esok pun x abis. Kadang2 sampai pening di buatnya x tau nak buat pilihan produk yg sesuai utk muka sendiri. Lagi2 kalau masuk Gurdian @ Watsons (1st choise tempat aku beli produk kecantikan).
Actually aku ni bukannya jenis yg menjaga kecantikan sgt. Make up pun ala kadar je, sng ckp make up utk elak muka pucat je. Lagipun aku mmgla sgt2 x pandai make up,setakat pakai mascara & blusher tu boleh la sikit2. X pernah plak berminat nak blajar make up ke ape, sng cerita mmg x berminat.
Kulit muka aku mmg jenis x berjerawat, so mmg sentiasa licinla dr dulu..Igt lagi ms mak andam make upkan aku ms aku nak kahwin, dia puji kulit muka aku. Dia kata best make up aku, licin je muka. Tepek bedak sikit je dah cantik.(kembang jap...(^_^)). Mayb ikut kulit mak yg mmg x berjerawat, adik bradik lain pun mcm tu. Kalu ada jerawat pun setakat jerawat biasa, 2 3 ari pastu ilangla. So, dsbbkan tula dulu aku sukala sgt tukar2 produk pembersih & krim muka. Mcm2 dahla aku pernah pakai sampai x igt dah nm produk tu sbbnya pakai sebulan dah tukar produk gara2 terpengaruh dgn iklan tv, kwn2 atau pun promoter yg jual produk tu.
Tp sampaila sekali tu ms aku buat practical kat kilang 6 bulan...muka aku yg licin tu dah x licin. Byk jerawat tumbuh kat pp aku sampai merah2. Kwn2 aku yg jrg jumpa semua tegur nape muka aku jd camtu, aku pun naik malu nak berdepan dgn org ramai. X taula kenapa, mayb sbb keadaaan kilang tu yg xda aircond, panas & berhabuk. Masa tu la br aku tau camne perasaan org lain yg muka dia sentiasa berjerawat, mmg aku risaula sgt2...try mcm2 produk nak kembalikan balik kulit yg asal dulu. Dsbbkan byk produk yg aku try, aku pun x pasti produk apa yg dah pulihkan kulit muka aku licin sepenuhnya.Bila org tanya, aku x tau nak jwb tp bukan kedekut cuma x pasti produk mn 1 yg dah sembuhkan kulit muka aku.Alhamdulillah...aku dapat semula kulit asal aku w/pun ada lagi parut tapi x ketara. Tepek bedak compact sikit dah x nmpk.
Tp lps tu aku x serik, masih lagi suka tukar2 produk pencuci muka ni. Sampaila bbrp bulan sebelum aku menamatkan zaman bujang aku, aku telah memilih produk Safi Rania Gold yg dipengaruhi oleh iklan kat tv gak(nmpk sgt aku ni mudah terpengaruh dgn iklan).So, start tu la aku trus pakai produk ni & hantaran perkahwinan en husband pd aku pun produk Safi Rania Gold. Sampaikan anak aku pun aku nmkan Rania & setiap kali aku bg tau nm anak aku Rania msti dieorg akn ckp Rania Gold...geram plak aku. Penat2 aku crkan nm Rania Iman Insyirah, diarg tukar Rania Gold plak. Tp mula2 jela, skrg xde dah.
Dan sampai skrg dah 2 tahun lebih aku masih setia dgn Safi Rania Gold ni, & x pernah tukar produk lain. Tp bukan semua produk Safi Rania yg aku pakai. Yg aku pakai pencuci muka, toner & serum. krim malam & siang x pakai sbb aku ni jenis malas nak pakai byk2.... lagi pun mahal le nak beli semua tu. Serum dia tu pun dah rm30 lebih...so, pakai pun time siang je.
Produk2 yg aku pakai :-
![]() |
1) Pencuci muka.
Wajib pakai setiap kali mandi pagi & petang. Kalau x pakai pencuci muka rs mcm muka ni x bersih je...
2) Toner.
Dulu x kisah pakai ke x, tp sekrg dah mcm penting jugak. Mcm x best plak rs kalau x pakai lps cuci muka.
3) Serum
Pakai ni lps pakai toner. Pakai sikit je pun dah cukup & rasa best bila pakai. X berminyak & cepat meresap dalam kulit.

4) Pelembap bibir.
Benda paling wajib yg aku perlu ada.Bibir aku jenis bibir kering. So, mmg bergantung dgn benda ni setiap masa, kira mcm ic gakla benda ni x boleh tinggal.Kalau dlm handbag tu mmg perlu sentiasa ada pelembap bibir jenis liptick tu, sng pakai & d bw ke mn2.

5) Compact powder
Lps pakai serum, pakai bedak ni mmg best. Mcm pakai alas bedak je, rata je bedak tu bila pakai. Kulit muka nmpk licin je, parut2 pun x nmpak. So, x pyh nak buang masa, buang duit beli alas bedak. Yg ni je dah cukup asalkan serum safi rania gold tu ada. Kalau serum tu xda, mmg aku pun mls nak pakai bedak sbb rs mcm bedak tu x melekat je kat kulit muka aku.
6) Lipstik
Last sekali br pakai lipstick Dsbbkan bibir aku mudah kering,aku suka pakai lipstiks jenis pelembap mcm ni. 2 in 1, memerahkan & melembapkan bibir.Harga pun x sampai rm20.
7) Mascara
Kalau time g keje mmg mls sgt2 nak pakai. Pakai bila mood rajin tu dtg terutama sekali time nak g kluar jalan2 atau g kenduri kahwin.
No comments:
Post a Comment