![]() |
20 Weeks |
Cepatnya.....kejap je dah 5 bulan. Rasanya br je lagi pregnant. Ape pun Alhamdulillah..Allah panjangkan usia & menjaga anak dlm kandungan ku ni. & aku dah mula terasa gerakan2 kecil dlm rajim ku ini.Rabu ni ada appointment dgn Dr sbb nak scan baby(x sabar sgt2), nak tgk perkembangan baby & scan utk check jantina baby. Harap2 sgt kali ni dapat baby boy plak. Tapi kalau dapat baby girl lagi pun xpe, asalkan yg paling penting baby sihat fizikal & mental.
Actually, aku & en husband x pernah rancang utk dapatkan baby ke-2 secepat ni. Kami rancang bila Rania dah umur 2 @ 3 tahun baru nak + 2n baby. Sbbnya kami takut x dapat nak beri perhatian yg secukupnya kepada baby & keadaan ekonomi kami yg belum brp nak stabil. Jujur ckp, ms mula2 x datang period lewat 5 ari x silap, dah mula ssh hati sbbnya period aku mmg teratur tiap2 bulan. Lagipun mmg patutla risau sbb aku mmg x mkn pil perancang, main rancang sendiri je.So, bila dah lewat sgt ni bg taula en husband & en husband suruh buat pregnancy test. Mlm tu terus beli pregnancy test kits, & pagi2 esoknya bangun tido terus buat pregnancy test). & u know resultnya....cuma aku x tau dah brp bulan.
Selepas dpt tau result tu +ve...aku menangis sbbnya aku mmg x sangka & betul2 x ready. & aku hampir2 berniat utk gugurkan. Tapi alhamdulillah....Allah tutup jalan utk aku buat perkara terkutuk tu. Bygkanla, kalau aku buat benda tu...astaghfirullahalazim....betapa berdosanya aku berniat mcm tu. & en husband pujuk aku, setiap anak yg Allah berikan adalah rezeki buat kami. Mn tau kali ni kali terakhir aku pregant...kalau aku gugurkan, Allah x bagi kami anak lagi mcm mn???? Ya Allah, menyesal sgt2 aku berniat mcm tu. Pastu, terus aku tekad utk teruskan jaga & terima bayi dlm kandungan ku ini dgn sepenuh ikhlas hatiku. Aku x nak dia rasa seperti tidak diperlukan. Ampunkan aku Ya Allah....Aku janji akan menjaga dia dgn baik sebagaimana aku menjaga Rania. Cuma aku rahsiakan perkara ni drpd family aku kecuali mak aku. Xda sape pun yg tau, kalau ada yg tau pun sbb terkantoi...saja nak buat surprise.....(^_^)
Tp..mmg pregnant kali ke-2 ni, aku kurang jaga kehamilan aku. Bukan sengaja tp dsbbkan letih & x cukup masa. Ms pregnantkan Rania dulu, aku & en husband je 2 org dlm rumah tu. Aku keje pun, balik keje just nak masak pastu boleh rehat. Tp skrg, balik keje aku perlu masak pastu jaga Rania yg br je setahun lebih, masih tengah lasak & perlu diberi perhatian lebih. Sbb tu aku cepat letih & dulu selalu dapat mengaji lps solat tp skrg mmg kurang sgt2. Kadang2 risau jugak tp aku serahkan pd Allah, semoga dia terus kuatkan aku & bantu aku utk jaga bayi dlm kandungan ku ini & juga anak ku Rania yg sedang membesar.
Semoga Allah permudahkan segalanya utk keluargaku & murahkan rezekiku, suami ku & anak2 ku. Semoga kami sentiasa berada di dalam perlindungannya. Amin..
No comments:
Post a Comment